Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 27, 2020 @ 10:36am

13 Kes Baharu Covid-19 Dan 1 Kematian Dicatatkan

Pertambahan jumlah kes setiap hari ternyata amat membimbangkan. Terbaru, jangkitan kes didalam negara setakat Ahad, merekodkan 13 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan adalah sebanyak 8,897 kes.

Bukan itu sahaja, satu kematian juga telah direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah seramai 124 individu.

Babitkan warganegara Malaysia

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, daripada kes baharu itu, tiga adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan seorang warga negara Malaysia dan dua bukan warga negara yang dibenarkan masuk ke Malaysia.

“Kes jangkitan dalam kalangan bukan warga negara membabitkan satu kes daripada Kluster Bukit Tiram”

Daripada 10 kes penularan tempatan di dalam negara tersebut, sembilan kes adalah dalam kalangan warga Malaysia manakala, satu kes dalam kalangan bukan warga negara.

Tambahnya lagi, terdapat dua kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana satu satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Pertambahan kes kematian

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19.

Kematian membabitkan seorang warganegara Malaysia yang berusia 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan hypercholesterolemia.

Bukan itu sahaja, beliau juga mempunyai gejala seperti demam dan batuk pada 3 Julai lalu dan mendapat rawatan pada 9 Julai sebelum dirujuk ke Hospital Umum Kuching pada masa yang sama untuk rawatan lanjut.

“Keputusan Covid-19 didapati positif dan keadaan beliau semakin merosot dan semakin tenat. Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Julai pada jam, 12.04 pagi.” Jelasnya.

Justeru itu, adalah diingatkan agar seluruh masyarakat Malaysia mematuhi SOP yang telah ditetapkan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 10 Sep 2019

妈妈怒!研究:老公比小孩更让人崩溃

对大部分妈妈来说,生活中要承受许多压力,除了努力工作,下班后还得应付难缠的公婆和哭闹的孩子;不过最近有研究指出,其实对女性而言,最大的压力来源并不是爱胡闹的小朋友,而是……

Trending Wed, 9 Oct 2019

Neeta and Hanbyul Hugging Made Netizens Uncomfortable

Netizens got weird out by Neeta and Hanbyul hugging, but didn’t bat an eye when Muslim actors and actresses do so in dramas.

Cahaya Mata Wed, 7 Dec 2022

Ziarah Ayah Kepada Mangsa Dibaham Buaya, Ebit Lew Bergegas Dari Jakarta Ke Sabah

Pendakwah bebas Ebit Lew mengambil kesempatan untuk menziarahi bapa kepada mangsa yang meninggal dunia akibat dibaham buaya di Lahad Datu, Sabah.   View this post on Instagram   A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) […]

Hiburan Thu, 17 Jul 2025
error: Content is protected !!