Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul July 28, 2020 @ 3:32pm

Aliran Trafik Ke Pantai Timur Dijangka Melonjak Lebih 50 Peratus

Aliran trafik ke pantai timur, menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (Lebuhraya KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) dijangka melonjak lebih 50 peratus bagi perjalanan sempena Aidiladha, antara 29 Julai hingga 2 Ogos ini.

Pengarah Eksekutif Anih Berhad Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata syarikat pemegang konsesi KLK dan LPT1 itu menjangkakan lonjakan trafik daripada purata trafik harian sekitar 156,000 berikutan orang ramai bergerak merentas negeri dalam tempoh itu.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya merancang perjalanan dengan merujuk Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan di Twitter, @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur.

“TTA dikeluarkan bagi membantu pengguna merujuk kepada waktu perjalanan yang sesuai sebelum turun ke lebuh raya serta bertujuan untuk mengawal jumlah pergerakan trafik.

“Ia dilihat sebagai antara pendekatan terbaik membantu mengelakkan kenderaan bertembung pada satu masa yang sama di plaza tol, khususnya di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak hingga boleh menyebabkan kesesakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Fauzi berkata semua kemudahan awam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan di hentian sebelah di lebuh raya itu dibuka kepada pengguna dengan menerapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi.

“Oleh itu, syarikat ingin memaklumkan bahawa kemudahan R&R atau hentian sebelah akan ditutup sementara kepada pengguna sekiranya penuh bagi mengekalkan amalan penjarakan sosial.

“Justeru, jika perkara ini berlaku, pengguna dinasihatkan untuk meneruskan perjalanan menuju kemudahan R&R atau hentian sebelah seterusnya,” katanya.

Beliau turut menasihati pengguna agar memastikan baki nilai kad Touch ‘n Go (TNG) mencukupi kerana tiada urusan transaksi tambah nilai kad TNG di lorong tol, manakala Pusat Khidmat Pelanggan di plaza tol hanya beroperasi dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 23 Aug 2018

6 Things To Do in Traffic To Stay Zen

Basically, how to keep your blood pressure under control.

Hiburan Sat, 22 Feb 2025
Trending Mon, 30 Apr 2018

Aiskrim ‘Perisa’ Tikus? Lihat Apa Wanita Ini Lakukan…

Bukan auta tapi insiden ini benar-benar terjadi di bandar Jiangsu Huaian apabila seorang wanita tergigit ekor tikus yang tersekat di dalam aiskrim. Euwwwww!

Featured Wed, 27 Jul 2022

#WhazzupNetizen: Warganet Anggap Hukuman Denda #JusticeForAlia Tak Memadai, Wanita Dikecam Letak Syarat Tinggi Melebihi 170 cm Cari Suami & Ini Sebab Sebahagian Tempat Blackout

Denda RM20 ribu boleh hilangkan trauma terhadap #JusticeforAlia tak? Wanita dikata ‘demand’ mahu bakal suami tinggi lebih 170 cm? Haa siapa ada alami blackout tadi? Ini 3 topik menarik dalam segment #WhazzupNetizen minggu ini!

Hiburan Sun, 29 Jun 2025

Misha Omar Akui Gementar Rakam Lagu ‘Break’, Teruja Dapat Bekerjasama Dengan Idola Sendiri

Misha Omar menyifatkan pengalaman bekerjasama dengan Toh Pati, Melly Goeslaw sebagai satu momen istimewa

Trending Wed, 1 Jun 2022
Hiburan Mon, 9 Jun 2025

Anggi Marito Akui Persaingan Sengit Di Indonesia – “Setiap Hari Muncul Berpuluh Penyanyi Baru”

Anggi Marito akui sukar kekal nama di Indonesia, fokus buat lagu

Featured Sat, 6 Aug 2022
error: Content is protected !!