Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 15, 2020 @ 9:12pm

Pelakon Veteran, Abu Bakar Juah Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Kalau sebelum ini pelakon veteran, Abu Bakar Juah, 72, dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dua minggu yang lalu, namun siapa sangka, beliau yang menghidap kanser hati itu telah menghembuskan nafasnya pada jam 6.35 petang tadi.

Hembuskan nafas terakhir di samping isteri tercinta

Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir beliau di kediamannya di Alam Denai, Cheras.

Berita mengenai pemergian Allahyarham disahkan sendiri oleh anak kedua beliau, Zarith Abu Bakar.

” Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah, Allah SWT lebih menyayanginya.

“Ibu, adik beradik dan menantu berada di sisi arwah ketika menghembuskan nafas terakhir. Hanya menantu yang bertugas di Kemboja sahaja tiada. Katanya.

Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Denai pada jam 10 pagi esok.

Doktor sahkan kanser menyerang dengan lebih agresif

Pelakon yang popular menerusi drama Puaka Niang Rapik ini dilaporkan menderita penyakit tersebut sejak 2016. Namun, setelah menjalani 12 pusingan kimoterapi, doktor mengesahkan beliau akhirnya bebas darpada penyakit tersebut.

Bagaimanapun, awal tahun ini, doktor mengesahkan penyakit menyerang semula, malah lebih agresif hingga merebak sampai ke hati.

Pelakon Didie Alias juga sempat berkongsi dilaman instagram miliknya mengenai pemergian Allahyarham, Abu Bakar Juah.

Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Rusidah Mohd Yassin sejak 1980 dan dikurniakan empat anak dan seorang cucu.

Apapun, kami di Xtra.com.my mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham.

Sumber : Berita Harian, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Jul 2024
Featured Wed, 13 Nov 2024

Ahmad Idham Kecewa, Artis Baru ‘Lapar’ Publisiti – “Jika Berlaku Insiden Buli, Boleh Maklum Pada Pengarah Bukan…”

Jika wujud insiden buli oleh pelakon senior seperti yang didakwa pelakon baru itu, mereka boleh sahaja maklumkan kepada pengarah dan bukannya pihak media.

Featured Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Sun, 17 Dec 2023

“Bercakap Tak Guna Otak!” – Selar Bangsa Melayu Dengan Sifat Keji, Netizen Kecam Zul Yahya

Alamak! Rata-rata netizen tak bersetuju dengan kenyataan abang Zul Yahya 🫣😱

Trending Thu, 23 Apr 2020
Trending Tue, 26 Jun 2018

Rosmah Likely to be Charged in 1MDB Case Too

It seems like justice is being served.

Featured Sat, 25 Jun 2022

Disaman A. Aida, Amelia Henderson Pilih Berdiam Diri – “Tunggu Kenyataan Rasmi Saya”

Kita tunggu kenyataan Amelia pulak, mesti ada sebab kan dia buat macam tu!

error: Content is protected !!