Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 17, 2020 @ 3:59pm

Tahniah! Penganugerahan Darjah Kebesaran Buat Dr Noor Hisham Abdullah

Menerusi laman Facebook Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, beliau sempat berkongsi berita gembira buat semua pengikut beliau apabila dikurniakan Darjah Kebesaran Pingat Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri.

Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan ini telah dianugerahkan sendiri oleh Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2020 di Istana Melawati, Putrajaya.

Beliau yang menyatakan rasa syukur dengan penganugerahan ini turut menjadikan para petugas barisan hadapan sebagai tunggak dan pembakar semangat dalam menjalankan tugas demi keselamatan negara.

” Alhamdulilah, gelaran dan darjah kebesaran ini merupakan satu penghormatan kepada semua petugas barisan hadapan dan di belakang tabir Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ianya sekaligus merupakan lambang kepercayaan dan penghargaan Kerajaan kepada penjawat awam

Malah, perkongsian Dr Noor Hisham Abdullah ini turut dihujani ucapan tahniah dari pengikut beliau.

Apapun, xtra.com.my ingin mengucapkan sekalung tahniah diatas penganugerahan Darjah Kebesaran Pingat Panglima Setia Mahkota (P.S.M) kepada Tan Sri Dato Seri Dr Noor Hisham Abdullah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 14 Jun 2022

“Kesan Lebih Baik Berbanding Antibiotik” – Ayam Thailand Diberi Makan Ganja

Ayam ternakan diberi makan ganja terbukti memberi banyak kesan positif terhadap daging dan telurnya.

Featured Fri, 11 Jun 2021

Total Lockdown Dilanjutkan Sehingga 28 Jun

Kerajaan telah memutuskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dalam tempoh 2 minggu lagi. Perkara itu diputusakan setelah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentang dan mencadangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan […]

Trending Thu, 23 Jun 2022

“Kami Dah Sah Berpisah Tapi Tetap Berkawan” – Bad Indigo dan Ashira Tidak Lagi Bersama

Bad Indigo dan Ashira mendedahkan mereka tidak lagi bersama, tetap masih berkawan.

Filem Thu, 8 Dec 2022

Duan Nago Bogho Bukan Sekadar Filem Aksi, Angkat Perjuangan Maruah Seni Mak Yong

Tidak dapat dinafikan filem yang bercorak aksi sememang-memangnya merupakan genre yang cukup digemari oleh penonton di Malaysia. Melihat kepada potensi filem yang sebegini telah membuatkan syarikat produksi Kalamarif Holdings Sdn. Bhd. muncul dengan sebuah naskhah […]

Featured Wed, 30 Nov 2022

Jaga Aurat Isteri, Aeril Zafrel Dipuji Warganet – “Kita Ini Meniaga Jangan Tunjuk Aurat”

Pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kembali tular di media sosial kerana aksi mereka yang berjaya meraih perhatian netizen. @kakmid8803 Diam seribu bahasa! Kelu terus wawa zainal.. Tapi asben jenis tegur soft je […]

Featured Wed, 18 Jan 2023
Hiburan Fri, 4 Jul 2025

“Iman Bukan Naik Turun, Tapi Sentiasa Keluar Masuk” – Shera Aiyob Titip Nasihat Buat Kila Fairy

Shera Aiyob titip nasihat buat Kila Fairy istiqamah jaga penampilan

error: Content is protected !!