Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd September 10, 2020 @ 1:36pm

Segera Langgan Sukuk Prihatin, Tarikh Akhir Langganan 17 September ini

Kerajaan hari ini memaklumkan tarikh tutup langganan Sukuk Prihatin adalah pada 17 September ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Sukuk Prihatin membuka peluang kepada rakyat untuk bersama dalam usaha kerajaan membina semula ekonomi negara pasca- Covid-19.

“Ia adalah sukuk digital pertama di Malaysia, di mana dana yang terkumpul akan disalurkan kepada inisiatif seperti penambahbaikan keterhubungan di sekolah luar bandar,sokongan kepada peniaga mikro dan penyelidikan penyakit berjangkit,” katanya dalam Laporan Laksana Ke-20 Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) di Kuala Lumpur, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, Sukuk Prihatin bukan saja akan membantu mereka yang terjejas, malah ia menawarkan kadar keuntungan dua peratus setiap tahun bagi tempoh matang dua tahun, dengan bayaran keuntungan suku tahunan.

“Pada tempoh matang, pelabur boleh memilih untuk menderma prinsipal dan mendapat potongan cukai. Langganan boleh dibuat melalui kemudahan JomPAY dan DuitNow secara atas talian melalui laman web 27 institusi perbankan dengan tarikh tutup langganan adalah pada 17 September 2020,”katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Wed, 28 Dec 2022

Lawaknya Gelagat Uqasha Senrose & Kamal Adli ‘Masuk Air’ Menari Dangdut!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di TikTok yang menunjukkan pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli sedang berada di sebuah restoran. Menerusi hantaran yang dimuat naik semula oleh pengguna @norzana1980 itu menunjukkan Aprena Manrose, sepupu […]

Featured Tue, 11 Jul 2023

Anjur Pertandingan Azan, Rosyam Nor Tawar Hadiah Lumayan Bernilai RM110,000

Terbaiklah Datuk! Jarang-jarangorang baut macam ni.

Hiburan Sun, 30 Apr 2023

Samsons Cipta Kenangan Terindah Buat Peminat Di Malaysia

Memang betul betul kenangan terindah!

Featured Mon, 30 Sep 2024
error: Content is protected !!