Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin September 25, 2020 @ 12:05pm

Bukan Warganegara Perlu Bayar Caj Penuh Kuarantin Sehingga RM4,700

Bagi individu bukan warganegara Malaysia yang memasuki negara ini di semua pintu masuk antarabangsa, mereka diminta untuk membayar caj penuh kuarantin berkuatkuasa pada Khamis.

Caj penuh tanpa subsidi

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mereka perlu membayar caj penuh tanpa subsidi pada kadar RM4,700 iaitu RM2,600 caj tetap pengoperasian dan RM2,100 kos penginapan.

Manakala, bagi individu kedua dan ketiga yang berkongsi bilik dengan individu pertama, kos penginapan adalah separuh iaitu RM700.

Kanak-kanak adalah PERCUMA

Namun, bagi kanak-kanak yang berumur dibawah 6 tahun, kos penginapan mereka adalah percuma.

“Bagi anak yang berumur di bawah 6 tahun kos penginapan adalah percuma,”  Katanya.

Terdahulu, kerajaan memutuskan bahawa caj kuarantin bagi semua individu yang memasuki pintu masuk negara adalah di bawah tanggungan sendiri.

Arahan berkenaan dimulakan dengan pungutan caj kepada anak kapal (seafarers) bukan warganegara sahaja.

Dan, bagi rakyat Malaysia, kos kuarantin adalah sama. Iaitu, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan subsidi kos kuarantin sebelum ini.

“Mereka hanya perlu membayar kos penginapan sebanyak RM2,100 seperti diputuskan dan dilaksanakan sebelum ini, manakala kos pengoperasian sebanyak RM 2,600 adalah kekal ditanggung oleh kerajaan,” Jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Aug 2025

Klien ‘Request’ Anak Shila Amzah Jadi Talent, Ubai Berseloroh – “Awal Lah Budak Ni Dapat Myvi”

Ubai MZ mencuri perhatian selepas memuat naik beberapa hantaran di platfrom Threads miliknya.

Hiburan Wed, 25 Dec 2024

Anak-Anak Munif Hijjaz Ceburi Bidang Nasyid… Putra Aiman & Haikal Iman Lancar Single Perjalanan

Anak-anak Munif Hijjaz, Putra Aiman dan Haikal Iman, tampil dengan single Perjalanan.

Featured Wed, 1 Jun 2022

“Hari-Hari Tanya ‘New Papa’…” – Lufya Akui Masih Belum Terbuka Hati

Tak kisahlah single ke ada pasangan ke asalkan hidup bahagia je kan 😊

Trending Fri, 22 Jan 2021
Trending Sat, 27 Oct 2018

‘Tak Apa, Muntah Je…’, Gambar Abang Bomba Pangku Si Comel Curi Tumpuan Netizen

Salute! Abang Bomba ni memang terbaik, semoga terus dilindungi Allah SWT ketika menjalankan tanggungjawab.

Hiburan Wed, 5 Apr 2023
error: Content is protected !!