Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 20, 2025 @ 12:01pm

Klien ‘Request’ Anak Shila Amzah Jadi Talent, Ubai Berseloroh – “Awal Lah Budak Ni Dapat Myvi”

Suami kepada penyanyi popular, Shila Amzah iaitu Ubai MZ mencuri perhatian selepas memuat naik beberapa hantaran di platfrom Threads miliknya.

Kata Ubai atau nama lengkapnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, dia sedang mencari mana-mana pekerjaan yang bersesuaian untuk dilakukan termasukah ‘job review’.

Ia susulan, sebagai tambahan untuk bayaran sekolah anak mereka iaitu, Seth Uwais.

“Memandangkan banyak duit nak guna untuk sekolah anak ni, kita pulun lah job banyak sikit.

“Kau orang kalau ada job review boleh lah roger saya,” katanya.

Bagaimanapun, dalam hantaran berlainan, Ubai memaklumkan, terdapat beberapa klien yang mahu dia melakukan ‘review’ bersama Seth.

“Ada beberapa klien  yang nak review dan nak Seth jadi talent. Awal lah budak ni dapat kereta Myvi,” selorohnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 10 Nov 2024
Hiburan Mon, 30 Sep 2019
Hiburan Thu, 24 Jul 2025

Asia Championship 2025: Pentas Tinju, Dunia Digital Bertembung 18 Oktober Ini

Asia Championship 2025 bakal berlangsung 18 Oktober ini!

Events Fri, 18 Oct 2019
Featured Wed, 20 May 2026

“Janganlah Potong Mood, Saya Ni Penggeli” – Abby Abadi Tegur Peniaga Guna Kotak Sangkar Hamster Bungkus Makanan

Abby Abadi meluahkan rasa kesal apabila makanan yang dipesan menerusi atas talian yang diterimanya dibungkus menggunakan kotak sangkar haiwan.

Featured Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Fri, 17 Jan 2025
error: Content is protected !!