Euforia Bola 2026
Tips By: tex_admin January 8, 2018 @ 9:31am

Kenapa Selalu ‘Missed Period’? Selain Mengandung, Ini 9 Sebabnya!

“Eh, baru aku perasan bulan ni belum datang haid. Tapi, takkanlah mengandung kot? Tak ada simptom-simptom mengandung pun. Lagipun, baru saja pakai suntikan perancang. Apa punca lewat haid selain mengandung ya?”

Sebenarnya memang banyak punca lewat haid selain mengandung yang selalu berlaku kepada wanita.

Haid yang normal adalah salah satu tanda aras kesihatan seseorang wanita. Antara punca lewat haid termasuklah faktor biologi, persekitaran, ataupun faktor luaran.

SELAIN MENGANDUNG, INI 9 SEBAB ANDA ‘MISSED PERIOD’

Untuk mengatasi masalah haid tidak teratur, anda perlu mengenalpasti punca lewat haid yang sebenarnya menjejaskan kesihatan anda.

1. PERUBAHAN BERAT BADAN MENDADAK

Ada yang mungkin sedang diet atau mengalami penambahan berat badan secara mendadak. Oleh itu, pastikan anda mengubah corak pemakanan anda secara perlahan-lahan dan tidak terlalu membuat perubahan drastik.

Keadaan ini boleh mengganggu keseimbangan hormon lalu menjejaskan pusingan haid anda.

2. STRES

Punca lewat haid yang paling sering dialami adalah stres. Mungkin tekanan akibat gangguan di pejabat, tekanan hidup berkeluarga, masalah kewangan, dan pelbagai lagi masalah dalam kehidupan seharian.

Stres menyebabkan hormon GnRH kurang dihasilkan oleh badan, lalu menjejaskan proses ovulasi dan menstruasi anda.

3. SAKIT

Masalah kesihatan seperti demam atau penyakit lain juga boleh menjadi punca lewat haid. Walaubagaimanapun, ia selalunya bersifat sementara. Jika ianya berpanjangan, anda perlu mendapatkan nasihat doktor.

4. PERUBAHAN RUTIN

Apabila anda baru berpindah, berubah syif, berubah pejabat seumpamanya, rutin anda juga akan berubah. Perubahan rutin ini juga boleh menyebabkan proses dalam tubuh badan anda berubah, lalu mempengaruhi haid anda.

5. PERTAMBAHAN AKTIVITI FIZIKAL

Sesetengah daripada anda mungkin melakukan lebih banyak senaman ketika dalam proses menjayakan diet anda. Oleh itu, tubuh biasanya akan mengambil sedikit masa untuk beradaptasi dengan perubahan ini.

Period yang datang lewat mungkin akan berlaku selama beberapa bulan sebelum dapat disesuaikan dengan tubuh anda.

6. PRA-MENOPAUSE

Sebelum anda memasuki tempoh menopause atau ‘putus haid’, anda akan melalui tempoh fasa pra-menopause. Ketika waktu ini, period anda mungkin menjadi kurang dari segi jumlahnya atau jumlah hari.

Selain itu, tempohnya juga datang secara tidak berkala, bukannya normal seperti selalu.

7. PENGAMBILAN PERANCANG KEHAMILAN

Pengambilan perancang kehamilan seperti suntikan depo, implan, pil perancang, dan sebagainya juga mampu menjejaskan haid anda. Ada yang menyebabkan haid anda lewat, sedikit, atau langsung tidak datang.

Pengambilan ubat-ubatan lain atau suplemen juga kadangkala mempunyai kesan terhadap haid anda yang biasanya normal.

8. PENYUSUAN BADAN SECARA EKSLUSIF

Ibu yang sedang menyusukan anaknya biasanya akan mengalami ‘tempoh tidak subur’ semulajadi.

Ini kerana, penyusuan badan akan melepaskan hormon yang dapat mempengaruhi haid normal anda, terutamanya bagi ibu yang menyusu badan secara ‘direct’. Ada yang tidak datang haid sehingga 2 tahun lamanya, iaitu sehinggalah anak anda bercerai susu.

9. PERJALANAN JAUH

Perjalanan jauh yang memakan masa panjang, terutamanya yang melibatkan perubahan zon waktu, musim, persekitaran dan sebagainya turut menjadi punca lewat haid.

PUNCA LEWAT HAID PERLU DIKENALPASTI

Terdapat banyak punca lewat haid yang boleh dikenalpasti. Ini kerana, haid yang normal menunjukkan tahap kesuburan anda berada pada tahap yang baik.

Jika anda telah membuat ujian kehamilan dan mendapatinya negatif, anda boleh cuba lagi dalam masa seminggu. Namun, jika masalah ini berpanjangan, anda bolehlah berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#BabyXTRA Fri, 5 May 2023

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Neelofa Semakin Aktif, Banyak Makan Suplemen Kalsium Elak Rasa Lenguh Badan!

Semoga urusan bersalin baby kedua Neelofa akan dipermudahkan segalanyaaa ❤️❤️

Featured Wed, 7 Dec 2022

Hafiz Mahamad Dedah Aktiviti Harian – “Saya Hanya Menumpang Rezeki….”

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad mendedahkan dia hanya menumpang rezeki isterinya, Syafiqah Aina.   View this post on Instagram   A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) Hafiz berkongsi perkara terbabit menerusi kemas kini […]

Featured Tue, 20 Dec 2022

Imran Bard Bangga Miliki Kancil Turbo – “Kalau Kat Highway Aku Kanan Je!”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard sekali lagi berjaya mencuri tumpuan warganet dengan gelagat dan kata-katanya yang sering menyelar tohmahan orang luar terhadap dirinya. @kucengnanges hidup kancil! 🚙 #anakkirimansyurga #imerang #imranbard #anaqkirimanheaven #kancilturbo ♬ original sound […]

#BabyXTRA Fri, 10 Mar 2023

#BabyXTRA: Isteri ‘Burnout’ Semasa Berpantang… Suami Pula ‘Lepas Tangan’? Aeril Zafrel Kongsi Tips Penting

Banyak kes suami selalu lepas tangan kan terutamanya bila isteri tengah pantang 😌 Aeril wajar jadi suami contoh!

Tips Wed, 31 Jan 2018

10 Kata-Kata Motivasi Dato’ Fazley

Dato’Fazley berkongsi 10 kata-kata motivasi dan nasihat untuk menyuntik semangat semua!

Cahaya Mata Wed, 21 Dec 2022

Beri Pendedahan Tentang Anatomi Di Awal Usia, Sheikh Muszaphar Harap Anak Jadi Doktor

Angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dipuji warganet kerana mengajar anak-anaknya yang masih kecil berkenaan struktur dan penyusunan organ-organ tubuh manusia. @drsheikhmuszaphar #doctors ♬ Bara Bara Bere Bere – Gino Debugati Menerusi perkongsian […]

Tips Thu, 25 Jan 2018

5 Cara Atasi Malas

Malas merupakan sikap yang memang ada pada setiap individu. Antara punca seseorang itu menjadi malas adalah kerana kurang motivasi diri, terlalu senang dengan keadaan sekarang serta tubuh badan yang letih.
Sikap malas jika tidak diatasi boleh memberi impak negatif kepada diri, karier dan juga kesihatan. Berikut merupakan lima cara mudah untuk mengatasi masalah malas.

Featured Thu, 17 Nov 2022

“Sembuh Tidak Pernah Ada Untuk Orang Kehilangan” – Pesanan Ustaz Abdul Somad Undang Hiba Warganet

Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS), tular di media sosial kerana mengulas berkenaan kehilangan seseorang di dalam kehidupan. @specialbear_ “sakit yang tiada ubat” 💔#ustazabdulsomad #fyp #kehilangan #healingtiktok ♬ Pilihan Yang Terbaik Sadvibes Version – […]

error: Content is protected !!