Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops January 17, 2018 @ 9:07am

Tip Diet Efektif

Sudah penat berdiet tetapi berat badan masih tidak berkurangan? Di mana silapnya? Mungkin anda meninggalkan waktu makan tertentu tetapi makan dengan kuantiti yang  banyak apabila berpeluang untuk makan. Fakta membuktikan, pengambilan kalori yang melebihi jumlah yang ‘sanggup’ dibakar oleh tubuh badan, sudah pasti membuat berat badan naik.

Pengambilan kalori yang melebihi 3500 kalori dalam sehari akan menyebabkan berat badan meningkat sekitar ½ kg. Jika inginkan tubuh yang langsing, namun tetap dapat menikmati makanan kegemaran, anda sebenarnya hanya harus meningkatkan aktiviti fizikal harian agar kalori yang berlebihan terbakar.

Berikut merupakan tip mudah bagi memastikan diet yang anda lakukan berjaya.

1) Minum lapan gelas air kosong pada setiap hari. Ini merupakan tip diet yang paling asas, tetapi masih ramai yang tidak melakukannya. Air kosong 100 peratus bebas kalori, kafein, bahan kimia dan merupakan pilihan yang sangat ideal untuk menahan selera makan. Minum air yang secukupnya memudahkan tubuh badan menyingkir toksik melalui sistem perkumuhan dan seterusnya memastikan buah pinggang sihat. Bahkan, ia juga membantu meningkatkan sedikit metabolisme badan.

2) Kunyah makanan secara perlahan-lahan. Walau sesibuk manapun jadual harian anda, pastikan anda memperuntukkan masa untuk makan. Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan agar anda berpeluang menikmati keenakkan makanan tersebut. Sebagai bonus, perut lebih mudah berasa kenyang. Ini bermakna anda tidak perlu mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Makan secara tergesa-gesa akan mendorong pengambilan makanan secara berlebihan dan menyukarkan proses penghadaman.

 

7439201 – young woman asian caucasian eating healthy muesli bar.

3) Makan sekerap yang mungkin. Tetapi ia mestilah dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana hidangan bersaiz kecil lebih baik daripada hidangan bersaiz besar. Sekiranya anda mengambil hidangan kecil sepanjang hari, kadar metabolisme badan akan kekal pada tahap yang tinggi dan ini mengelakkan perut daripada mudah lapar. Malah, ia juga memudahkan proses pencernaan dan pembakaran kalori.

4) Ambil sup. Menu ini merupakan pilihan yang baik untuk berdiet. Antara sebabnya ialah, ia mengambil masa untuk dihabiskan, rendah kalori dan membuatkan perut terasa cepat penuh. Malah, ada kajian yang menunjukkan sup boleh meningkatkan tahap metabolisme dan mengurangkan rasa lapar yang keterlaluan. Pilihlah sup yang rendah lemak seperti sup sayur-sayuran, sup ayam atau sup  herba.

5) Ambil ‘makanan kalori negatif’ dalam diet harian. ‘Makanan kalori negatif’ ini bukanlah bermakna ia bebas daripada kalori tetapi ia memerlukan lebih banyak kalori untuk menghadamkannya berbanding kalori yang terkandung di dalamnya.  ‘Makanan kalori negatif’ terdiri daripada buah-buahan dan sayuran seperti asparagus, lobak merah, brokoli, timun, epal, oren, stawberi dan betik.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Baca artikel penuh di Aplikasi Wanita.

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 9 Sep 2018

5 Gaya Potongan Rambut Yang Nampak Menawan Pada Wanita Bermuka Bulat

Ia boleh membantu membuatkan muka anda nampak lebih panjang.

Events Fri, 3 Feb 2023
Gaya Hidup Thu, 2 Aug 2018

4 Cara Mudah Untuk Hilangkan Bau Kaki

Malunya bila kena buka kasut depan orang lain!

Featured Tue, 1 Jun 2021

Tan Sri Lim Kok Wing Meninggal Dunia

Pengasas dan Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing meninggal dunia di Hospital Pantai, hari ini pada usia 75 tahun. Universiti Limkokwing dalam satu kenyataan memaklumkan, mendiang seorang yang banyak berjasa dalam pendidikan inovatif […]

Featured Thu, 10 Aug 2023
Gaya Hidup Thu, 28 Jun 2018

Ini Rahsia Puteri Aishah Untuk Kekal Cantik & Sihat Yang Perlu Anda Tahu

Kalau anda nak sentiasa cantik dan sihat macam Puteri Aishah, sila amalkan tip yang dikongsikan ini.

error: Content is protected !!