Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops January 24, 2018 @ 1:00pm

8 Cara Terbaik Elak Perut Buncit

Perut buncit memang satu masalah besar bagi kebanyakan wanita. Apa tidaknya, ia boleh mencacatkan penampilan. Lebih-lebih lagi jika ingin menyarung sepasang kebaya. Jadi, apa cara untuk melarikan diri daripada masalah ini?

Jom semak info berikut:-

1. Mulakan hari anda dengan jus lemon

Salah satu terapi terbaik untuk menghilangkan lemak di perut. Setiap pagi mulakan hari anda dengan mengambil jus lemon. Caranya, perahkan jus lemon ke dalam segelas air suam dan tambahkan dengan sedikit garam. Jus lemon ini berfungsi untuk meningkatkan metabolisme tubuh badan.

2. Jangan mengambil sebarang makanan dalam tempoh dua hingga tiga jam sebelum masuk tidur. Ini kerana makanan yang tidak sempat dihadam akan terus disimpan di dalam tubuh badan dan boleh menyebabkan kegemukkan.

3. Kurangkan saiz hidangan. Jika sebelum ini anda makan sepinggan nasi, selepas ini cuba ambil setengah pinggan nasi. Paling penting, berhenti makan sebaik sahaja perut terasa penuh. Trik yang boleh dicuba ialah, guna pinggan atau mangkuk kecil untuk mengisi makanan.

Beras perang adalah pilihan yang lebih baik untuk diet

4. Makan bawang putih mentah

Bawang putih memang banyak kebaikan. Salah satunya, efektif untuk menurunkan berat badan. Caranya, kunyah 2 hingga 3 ulas bawang putih setiap pagi, dan minum segelas air lemon selepas itu. Cara ini akan menggandakan proses penurunan berat badan dan membuat peredaran darah menjadi lancar.

5. Masak sendiri

Menikmati hidangan yang dimasak sendiri adalah lebih baik daripada menjamu selera di luar. Sebabnya, anda boleh memasak hidangan lebih berkhasiat dan sihat. Paling bagus jika setiap hidangan dimasak dengan cara gril, bakar atau kukus berbanding kaedah menggoreng.

6) Pelbagai senaman

Mungkin ada yang tidak tahu, tubuh badan akan terbiasa dengan senaman yang dibuat berulang kali. Untuk meningkatkan kadar stamina, perlu mempelbagaikan jenis senaman seperti latihan kardiovaskular dan menguatkan otot abdomen.

7) Perhatikan nutrisi

Jangan malas membaca label makanan apabila ingin membeli.  Jauhi makanan yang mempunyai lemak tran dan kandungan gula yang tinggi, sebaliknya nikmati makanan yang memiliki serat tinggi serta segar seperti buah-buahan dan sayuran.

8) Minum air kosong mencukupi

Bagaimana hendak tahu air kosong yang diminum mencukupi? Sebenarnya, setiap 25 kg anda memerlukan satu liter air. Air yang mencukupi membantu untuk meningkatkan metabolisme serta membuang toksin daripada tubuh badan.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Mar 2023
Featured Mon, 5 Aug 2019
Featured Wed, 12 Dec 2018

Keluarga Ini Tawarkan RM418,050 Kepada Jurufoto Yang Boleh Melancong Keliling Dunia Dengan Mereka

Tugasnya hanyalah menangkap gambar ketika ahli keluarga tersebut bersuka ria.

Featured Thu, 19 Mar 2020
Featured Mon, 10 Nov 2025

Puteri Zarith Nafi ‘Bitter’, Enggan Terpalit Hubungan Toksik – “Malas Nak Cerita Kisah Lalu”

uteri Zarith menjelaskan bahawa dia memilih untuk tidak mengulas kisah lama demi menjaga ketenangan diri dan imej peribadi.

Featured Fri, 20 Mar 2020
familuv Thu, 25 Oct 2018
error: Content is protected !!