Featured By: Ad Ops January 25, 2018 @ 10:00am

10 Makanan Kekal Awet Muda

Kekal awet muda menjadi idaman ramai wanita. Hati mana yang tidak berbunga-bunga apabila dipuji kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Ketika ini banyak makanan atau suplemen tambahan yang boleh didapati di pasaran untuk kekal awet muda.

Bagaimanapun, ada cara semulajadi yang lebih menjimatkan. Cuba amalkan pengambilan berikut dalam diet harian anda!

1) Air Kosong

Minum banyak air kosong untuk memastikan organ-organ badan berfungsi dengan baik. Jika tubuh badan kekurangan air, ia juga boleh menyebabkan masalah kulit kering dan kusam. Masalah kulit ini membuatkan seseorang itu kelihatan lebih tua daripada usia.

2) Minyak Zaitun
Minyak zaitun mengandungi polyphenols, sejenis antioksidan yang berupaya mencegah penyakit akibat penuaan. Lemak tidak tepu di dalamnya turut mampu dalam menurunkan risiko penyakit jantung dan kanser.

3) Ikan Salmon
 Ikan Salmon juga kaya dengan kandungan Omega 3, iaitu zat yang sangat diperlukan dalam perkembangan otak. Omega 3 juga sangat baik untuk kesihatan kerana fungsinya untuk mengurangkan berat badan, memperbaiki mood dan menyihatkan kulit.

4) Pisang
Buah pisang dapat menjadi salah satu pilihan makanan ringan yang menyihatkan. Buah ini juga kaya dengan kalsium yang khasiatnya membantu mengembalikan keseimbangan elektrolit serta menyerap lebihan air yang ada dalam tubuh.

5) Teh hijau
Seseorang yang mengamalkan pengambilan teh hijau akan kelihatan lebih muda lima tahun daripada usia sebenar berbanding orang yang kerap meminum teh biasa.

6) Tomato
Dalam kandungan buah tomato terdapat pigmen merah (likopen) yang khasiatnya dapat untuk membantu dalam memperlahankan proses penuaan.

7) Epal
Salah satu zat antioksidan yang ada di dalam buah epal dapat membantu membunuh virus.  Lebih baik makan bersama kulitnya kerana khasiat epal terdapat di bawah kulit.

8) Kacang badam
Kandungan vitamin E yang tinggi pada badam sangat baik untuk kesihatan kulit, rambut dan kuku. Vitamin E merupakan antioksidan yang kuat untuk melindungi sel daripada serangan radikal bebas yang dihasilkan oleh pencemaran udara dan sinaran ‘ultra violet’.  

9) Strawberi
Antioksidan yang terdapat pada strawberi dapat meningkatkan penghasilan kolagen yang membantu menjaga kulit tetap halus dan tegang. Manakala, kandungan vitamin C dipercayai mampu menyamarkan garis-garis halus kesan penuaan pada wajah anda.

10) Mengkudu
Buah mengkudu yang telah masak mengandungi bahan antiseptik yang berfungsi untuk melegakan kesakitan, bahan antioksida, merangsang pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan daya ketahanan badan.

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Mar 2023
Eat Travel Mon, 12 Nov 2018

Ini Bukan Sembarang Muzium, Syaratnya Wajib Pakai Sut Skuba! Wow Luar Biasa!

Cancun Underwater Museum (MUSA), sebuah muzium bawah laut yang menjanjikan pengalaman luar biasa.

Featured Fri, 27 Mar 2020
Featured Mon, 13 Aug 2018

Tahukah Anda Baking Soda Boleh Menyebabkan Iritasi Pada Kulit Wajah?

Penggunaan baking soda dalam perawatan kulit dapat memberikan kesan yang buruk.

Featured Wed, 5 Oct 2022

[VIDEO] Zahirah Macwilson Senaraikan Nama Bayi Lelaki Untuk Anak Kedua?

Dah ada yang kedua ke tu? Mesti comel kan 😍

Featured Fri, 2 Dec 2022

Tarbiah Netizen Tak Qada Solat: “Kena Ke Neraka Dulu Baru Syurga” – Ustaz Wadi Anuar

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar memberi pesanan kepada warganet yang pernah meninggalkan solat. @zikirselalu Qadha solat #fypシ #ustazwadiannuar ♬ Instrumen Piano Sedih – kucing tetangga Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman TikTok oleh @zikirselalu, […]

Featured Wed, 1 Mar 2023