Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops January 26, 2018 @ 12:25pm

Apa Patut Pakai Untuk Temuduga?

Percaya atau tidak, pakaian yang anda pakai ketika menghadiri sesi temuduga adalah lebih penting daripada apa yang anda fikir. Mungkin ramai yang tidak menyedari perkara ini, malah ada juga yang langsung tidak memperdulikan soal pemakaian ketika menghadiri temuduga.

Walaupun anda mempunyai kelayakan pendidikan dan pengalaman kerja yang bagus, tidak mustahil jawatan yang dipohon tidak berjaya diraih.

Ini kerana  sesetengah firma amat mementingkan penampilan dan cara berpakaian penjawatnya.Jadi sebagai persediaan menghadapi temuduga, anda bukan sahaja perlu tonjolkan bakat dan personaliti tetapi juga cara berpakaian.

Jadi, apa patut pakai?

1. Wangian

Pada hari temuduga, sebelum anda mula mengenakan pakaian, satu perkara yang perlu anda elak adalah memakai wangian yang terlalu kuat harumannya. Anda pastinya tidak mahu memberi gangguan kepada penemuduga. Mereka mungkin tidak menyukai pewangi anda seperti anda menyukainya. So, pilih perfume atau aftershave kegemaran yang mild.

2. Pakaian

Untuk temuduga formal, jika ingin memakai sut, pilih suit yang sesuai untuk korporat, bukan yang berwarna terang seperti merah, jingga atau hijau pisang. Biasa syarikat yang mengamalkan pemakaian lebih formal termasuklah perbankan, perundangan ataupun broker. Pilih sut berwarna hitam, kelabu gelap atau biru gelap.

https://media.cyrillus.com

Sementara untuk temuduga semi formal atau kurang formal seperti agensi kreatif atau syarikat media tidak memerlukan anda memakai sut. Walaubagaimanapun anda perlu memakai pakaian yang lebih menarik daripada apa yang dipakai pekerja lain di syarikat terbabit. Jadi pilihlah sesuatu yang lebih dressy tetapi kasual. Boleh pakai jaket berwarna pastel untuk menyuntik mood ceria.

3. Kasut

Pilih kasut berwarna hitam untuk nampak formal. Jika pilihan tempat kerja anda itu bukan formal, bolehlah bermain dengan warna. Tetapi jangan keterlaluan. Warna coklat, biru, putih atau hijau gelap pilihan yang baik. Selain itu, jangan memakai high heels yang melebihi 3 inci. Bimbang cara berjalan anda mengundang rasa kurang selesa kepada si penemuduga.

4. Aksesori

Ketika menghadiri temuduga, anda juga disarankan untuk mengurangkan pemakaian aksesori. Tidak perlu membawa beg besar untuk mengisi portfolio, resume, rujukan atau lain-lain kerja, sekadar masukkan ia dalam satu fail. Anting-anting yang sarat, statement necklace dan gelang bukan material temuduga. Tidak kira apa jua industri, elak memakai barang kemas yang tidak perlu.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Apr 2021

“Berlakon Pandai, Nyanyi Sedap” – Ramai Terpegun Dengar Suara Diana Danielle

Bukan sahaja berbakat dalam lakonan namun pelakon jelita, Diana Danielle membuktikan dirinya merupakan seorang yang versatile dan serba boleh. Terbaru, Diana memuat naik satu teaser lagu cover nyanyian beliau di laman Instagram miliknya menyanyikan lagu […]

Featured Wed, 18 Dec 2024

Didie Alias Enggan Kenang Persahabatan Bersama Enot – “Dia Tak Ada Dalam Memori Hidup Saya”

Didie bagaimanapun enggan berbicara lanjut mengenai hubungannya itu.

Drama Mon, 18 Aug 2025

Norish Karman Lebih Berdikari, Tak Kisah Berhabis Ribuan Ringgit Demi Watak

Kata Norish, sikap itu adalah hasil pengalaman lampau sebagai anak seni.

Featured Tue, 26 May 2026

“Lebih Baik Kau Kahwin Lambat Dari Kahwin Dengan Orang Yang Salah” – Siti Khadijah

Siti Khadijah Halim tampil berkongsi pandangannya mengenai jodoh dan perkahwinan sekali gus menegaskan dia lebih rela berkahwin lewat daripada tersalah memilih pasangan hidup.

Featured Thu, 1 Sep 2022

“Saya Tak Mahu Layan Perkara Ini” – Shahir Jelas Dakwaan Isu Hutang

Semoga permasalahan ini boleh diselesaikan dengan baik.

error: Content is protected !!