Pelakon Siti Khadijah Halim, tampil berkongsi pandangannya mengenai jodoh dan perkahwinan sekali gus menegaskan dia lebih rela berkahwin lewat daripada tersalah memilih pasangan hidup.
Katanya menerusi sesi temu bual bersama audio siar, Sembang Seram, perkara paling penting dalam sesebuah hubungan adalah sikap bertanggungjawab dalam diri seorang lelaki sebelum melangkah ke fasa perkawinan.
“Aku nak lelaki yang bertanggungjawab, sebab tanggung jawab ni semua orang akan cakap dia bertanggung jawab. Ia pelbagai…cuci pinggan pun tanggung jawab, angkat tuala sendiri pun tanggungjawab, tapi kalau itu pun tak boleh nak buat, maknanya kau tak ready berumah tangga,” katanya.
@sembangseram “Lebih baik aku kahwin lambat, daripada aku kahwin dengan orang yang salah lah” – SKH #sitikhadijahhalim #sembangseram #podcast #horrorstory #ceritaseram ♬ original sound – sembangseram
Dalam pada itu, pelakon drama rantaian Wanita Syurga itu menegaskan, dia lebih memilih pasangan hidup yang mempunyai cara dan pemikiran yang sama dengannya.
“Aku nak cari orang yang sama macam aku. Kalau aku tak jumpa orang tu, aku rasa susah. Sebab bila kau bercinta dengan orang, lepastu orang tu pula memang seratus peratus lain dengan kau, itu akan buang masa kau sendiri dan buang masa dia untuk ubah diri kau ikut apa yang kau nak.
“Daripada dia ubah aku, lebih baik dia pergi dekat orang lain yang sah-sah itu adalah match dia. Jadi aku tak nak ubah sesiapa, aku just nak cari orang yang macam aku. Yang berfikiran macam aku. Sayang boleh cuba cari, tapi orang yang tepat susah,” jelasnya.
View this post on Instagram
Mengulas lanjut, Khadijah juga mengakui mahu mendirikan rumah tangga sekali sahaja seumur hidup dan berharap dipertemukan dengan pasangan yang tepat.
“Lebih baik aku kahwin lambat daripada aku kahwin dengan orang yang salah. Kalau nak kahwin pun, aku nak kahwin sekali… Tak ada siapa nak kahwin banyak kali. Penat.
“Tapi kalau boleh putar balik masa, aku memang nak kahwin awal. Anak-anak pun dah besar dan sebagainya. Tapi setiap apa yang berlaku tu ada sebabnya,” ujarnya.








