Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops January 30, 2018 @ 11:00am

5 Mitos Diet Yang Perlu Anda Tahu

Perkataan diet memang sukar dipisahkan daripada golongan wanita. Ini kerana diet membawa pengertian yang cukup besar. Semua wanita pasti ingin mempunyai bentuk dan berat badan ideal.

Jadi, pelbagai cara pun sanggup dilakukan semata-mata ingin menurunkan berat badan. Bagaimanapun, untuk berdiet juga perlu punya ilmu. Jangan semborono mengikut nasihat yang entah betul entah tidak. Hey ladies! Periksa info di bawah okay!

1) Makan selepas jam 8 malam buat berat badan bertambah

Melambatkan waktu makan malam memang salah kerana selagi kamu belum tidur, tubuh badan masih memerlukan tenaga. Tidak ada masalah kamu makan malam pada jam berapa pun, tetapi pastikan jarak waktu makan dengan waktu tidur kamu sekurang-kurangnya satu jam. Ini bertujuan untuk memberi masa kepada tubuh badan mencerna makanan. Lagi satu, jangan ambil makanan dalam saiz yang besar. Perhatikan kuantitinya.

2) Produk tenusu menggemukkan

Well, ini tidak benar! Susu, yogurt, keju, air krim adalah produk tenusu harian yang rendah lemak dan kalori tetapi sangat tinggi kalsium, protein, dan vitamin D.  Jika kamu alah dengan laktosa, kamu memiliki pelbagai pilihan lain untuk mengggantikan sumber untuk kalsium dan vitamin D seperti sayuran hijau , jus buah-buahan, dan sereal.

3) Jus buah baik untuk diet

Jus buah memang kaya dengan nutrisi. Bagaimanapun ia tinggi kalori berbanding potongan buah-buahan segar. Jika kamu ingin menurunkan berat badan, jus buah-buahan adalah salah satu minuman yang perlu dielakkan. 

Fakta yang perlu kamu tahu, ramai penjual jus buah-buahan di kafe atau restoran menambah gula yang sangat banyak dalam sehingga menjadi kurang baik bagi kesihatan tubuh ataupun bagi program diet. Sebaiknya buat sendiri jus dan jangan tambah gula dan susu okay!

4) Diet tanpa nasi, diet paling efektif

Mitos! Tubuh badan memerlukan karbohidrat sebagai sumber energi. Kekurangan karbohidrat boleh mengakibatkan ketidakseimbangan hormon lapar dan hormon kenyang. Sehingga boleh membuat tubuh kamu sukar memahami isyarat sama ada kamu sedang lapar atau sebaliknya.

5) Minuman Diet Tiada Masalah

Minuman diet, terutama yang tercatat sugar free, tidak bererti ia bagus untuk untuk diambil oleh kamu yang berdiet. Minuman diet, meskipun tertulis bebas gula, masih punya kandungan kalori, belum lagi ditambah dengan berbagai-bagai bahan lain yang terkandung di dalamnya. Jangan salah faham okay.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Mar 2023

Asha Merican Morning Sickness Sampai Turun 10 KG

Uishhh, teruk juga morning sickness Asha ni 😳

Featured Sun, 9 Jul 2023

Wany Hasrita Selamat Melahirkan ‘Baby Girl’ Secara Normal

Awww…. Tahniah Wany & Suami atas kelahiran anak sulung mereka🥰

Events Thu, 15 Dec 2022

Pilih Sesuatu Ikut Keupayaan & Minat, Syamira Nazir Ingin Fokus Dalam Kerjaya

Pengacara Syamira Nazir yang mula mencari tapak dalam dunia seni menceburi sesuatu bidang mengikut keupayaan dan minat. Biarpun tidak muncul sebagai seorang pelakon di kaca televisyen, Syamira yang merupakan finalis Dewi Remaja 2019 memberitahu dia […]

Featured Fri, 23 Sep 2022
error: Content is protected !!