Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops February 2, 2018 @ 10:00am

Kenali Kanser Kolorektal

Kanser kolorektal atau lebih dikenali sebagai kanser usus besar mungkin tidak sepopular kanser payudara dan servik. Namun, ia juga merupakan penyakit yang digelar pembunuh secara senyap dan ketiga tertinggi di kalangan wanita. Ramai yang tidak menyedari bahayanya penyakit ini kerana kebanyakan pesakit kanser kolorektal terutama bahagian usus besar tidak mengalami sebarang simptom pada peringkat awal.

Simptom kanser kolorektal yang tidak nyata dan sering disalah tafsir sebagai masalah lain membuatkan ia sering diabaikan begitu sahaja. Kebanyakan pesakit hanya bertemu doktor apabila kanser berada pada tahap kritikal iaitu tahap tiga atau empat di mana sel kanser sudah merebak ke organ lain, seperti hati atau paru-paru. Proses ini mengambil masa bertahun-tahun dan tidak menunjukkan gejala jelas sehinggalah ia semakin teruk. Apabila berada pada tahap ini, kemungkinan peluang untuk hidup adalah tipis.

Siapa yang berisiko?

Biarpun punca sebenar penyakit ini tidak diketahui dengan tepat, namun ia dikatakan ada kaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang. Mereka yang berisiko tinggi mendapat kanser kolorektal ialah:

1. Golongan berumur 50 tahun ke atas.

2. Sejarah diri – Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti payudara, ovari atau penyakit radang usus seperti ‘ulcerative colitis’ dan ‘Crohn’s disease’.

3. Sejarah keluarga – Individu yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai polip kolorektal atau kanser kolorektal.

4. Mempunyai sindrom genetik yang berkaitan dengan kanser seperti ‘familial adenomatous polyposis (FAP)’ atau ‘hereditary non-polyposis colorectal cancer’.

5. Pemakanan – Pengambilan makanan yang tidak seimbang, kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat.

6. Gaya hidup tidak sihat – Mereka yang obesiti dan kurang bersenam berisiko tinggi diserang kanser kolorektal.

7. Alkohol – Ada penyelidik mengatakan terlalu banyak mengambil minuman keras boleh meningkatkan risiko penyakit ini.

8. Rokok – Kajian menunjukkan perokok mempunyai risiko 30 hingga 40 peratus menghidap kanser usus berbanding bukan perokok. Selain menjadi penyebab kepada banyak jenis kanser lain, asap rokok juga boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip (ketulan kecil).

Tanda-tanda kanser kolorektal

1. Kerap buang air tetapi tetap rasa tidak puas.

2. Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang-seli.

3. Najis bercampur dengan darah.

4. Najis berwarna kehitaman (akibat kehadiran darah). Warna najis menunjukkan lokasi pendarahan dalam usus. Jika darah itu merah dan terang bermakna pendarahan berlaku pada bahagian hujung usus yang berdekatan dengan rektum. Najis yang kehitaman menunjukkan pendarahan berlaku pada pertengahan atau pangkal usus (dekat dengan apendiks).

5. Perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis).

6. Perut rasa memulas.

7. Terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu).

8. Perut rasa tidak selesa (sama ada senak, sakit atau kembung).

9. Muntah.

10. Hilang selera makan.

11. Berat badan turun tanpa sebab.

12. Kerap penat.

13. Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air.

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022

“No! Kalau Pegang Saya Tumbuk” – Celoteh Comel Anak Aisyah Hijanah Undang Tawa

Tular sebuah video pempengaruh, Aisyah Hijanah yang sedang mengajar anaknya Khadeejah Hijanah untuk tidak membenarkan orang yang tidak kenal cuba mendekati dan menyentuhnya. Telatah Khadeejah yang masih pelat berbicara menjadi bahan jenaka warganet di media […]

Featured Thu, 7 Sep 2023
Featured Sun, 2 Jan 2022

“Masih Mampu Tersenyum” – Lelaki Temui Semula Keretanya Hancur Musnah Selepas Dihanyut Banjir

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah berkongsi keadaan keretanya yang hancur berkecai akibat dipercayai dihanyutkan banjir yang berlaku di Bentong, Pahang. Video yang dimuat naik oleh @aimanxkesah92 itu menunjukkan sebuah kereta jenis Proton Inspira yang […]

Drama Fri, 14 Mar 2025

Adrea Abdullah ‘Ustazah’ Dalam Keluarga Itu Terkejut Terima Mesej L*cah – “Entah Macam Mana Dia Boleh Naik Syok”

Lebih mengejutkan, individu yang menghantar mesej berkenaan merupakan seorang budak.

familuv Sat, 2 May 2020

Sedihnya lihat ‘rumah’ pelajar bijak ini yang begitu daif

Jika selama ini kita menganggap kisah pelajar miskin yang berjaya menggenggam segulung ijazah hanya berlaku dalam drama sahaja, namun penularan wabak COVID-19 sejak Februari lalu membuka pelbagai kisah masyarakat yang selama ini tidak diketahui ramai. […]

Featured Tue, 16 Dec 2025

Netizen Kongsi Cerita Mengemis Kasih Sayang Suami, Respons Nadia Annuar Curi Perhatian – “Saya Pun Dah Return Factory Sebab…”

Jawapan Nadia nyata mengundang reaksi netizen apabila ia disampaikan dalam nada berseloroh, namun sarat dengan sindiran halus.

familuv Tue, 9 Oct 2018
error: Content is protected !!