Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin March 5, 2018 @ 10:15am

6 Jenis Makanan Ini Membantu Hindari Kanser, Korang Boleh Amalkan Dari Sekarang!

Kanser merupakan penyakit yang paling ditakuti oleh semua orang. Ramai yang masih lagi tidak tahu bahawa pemakanan merupakan aspek utama yang perlu dijaga agar kita terhindar daripada penyakit-penyakit yang merbahaya ini!

Mencegah lebih baik, daripada mengubati! Jadi 6 jenis makanan ini yang boleh korang amalkan.

1. Minyak Zaitun

http://www.alodokter.com/manfaat-minyak-zaitun-untuk-wajah-dan-kulit-tubuh

Kalau korang nak tahu, minyak zaitun mempunyai keupayaan untuk membunuh sel-sel kanser tau! Bahan anti-kanser iaitu oleocanthal yang terdapat dalam minyak zaitun itu sendiri mampu memusnahkan sel kanser iaitu lysosomes.

Hebatnya lagi minyak zaitun ini boleh memusnahkan sel kanser dalam masa 30 minit! Jadi, korang boleh gunakan minyak zaitun ini dalam masakan ataupun makan begitu je pun boleh!

 

2. Bawang Putih

http://nationalgeographic.co.id/berita/2017/11/studi-terbaru-temukan-khasiat-luar-biasa-dari-bawang-putih

Terdapat kajian menunjukkan bahawa, kalau kita makan banyak bawang putih ia dapat mengurangkan risiko kanser usus! Bukan itu je, tetapi membantu mengurangkan risiko kanser pankreas, kanser payudara, dan kanser esofagus.

Bawang putih ini mengandungi antioksidan yang kuat sebab itu boleh membantu membuang sisa-sisa karsinogenik yang berpotensi dalam tubuh sekaligus mencegah kanser. Bawang putih juga mampu bertindak memusnahkan bakteria dalam perut tau!

Korang boleh lah makan bawang putih mungkin boleh dijadikan sebagai makanan utama yang perlu diambil setiap hari.

 

4. Cendawan

https://www.mushroomcouncil.com/

Kalau korang yang suka makan cendawan, perlu teruskan tau! Sebab ada beberapa jenis cendawan yang mempunyai ciri-ciri anti kanser. Contohnya, cendawan Reishi mempunyai keupayaan untuk melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser dan dapat membantu mencegah kanser paru-paru, payudara dan prostat.

Manakala cendawan Maitake pulak boleh menyekat pertumbuhan sel-sel malignan dan mencegah kanser payudara dan paru-paru. cendawan Turki Tail boleh memusnahkan virus yang berkaitan kanser serviks. 

Tetapi korang kena tahu jugak ye, sesetengah cendawan boleh diproses untuk dijadikan ubat-ubatan dan sesetengah cendawan hanya boleh dimakan sebagai makanan harian. Kalau dapat makan sup cendawan sedap kan?!

 

5. Brokoli

http://nationalgeographic.co.id/berita/2017/03/manfaat-sehat-brokoli-lancarkan-pencernaan-hingga-cegah-kanker

Kalau korang nak tahu brokoli juga mengandungi bahan yang disebut sebagai sulforaphane yang mempunyai ciri-ciri kanser. Disebabkan bahan ini, brokoli mempunyai kuasa untuk meningkatkan tahap enzim perlindungan badan sekaligus mampu mengurangkan risiko kanser.

Menariknya, brokoli juga boleh membantu membersihkan tubuh bahan daripada bahan kimia menyebabkan kanser dengan membuangnya. Sulforaphane dalam brokoli juga boleh membantu memusnahkan sel stem yang menyebabkan pertumbuhan tumor.

 

6. Salmon

http://paleoaholic.com/paleo/paleo-baked-salmon/

Kajian mendapati bahawa makan lebih banyak ikan boleh mengurangkan peluang anda untuk mengembangkan kanser berkaitan darah seperti Myeloma, Limfoma, dan Leukemia. Asid lemak dalam salmon juga dikaitkan dengan risiko kanser Endometrium.

Lepas ini korang boleh masak salmon dekat rumah sebab salmon juga kaya dengan vitamin D, yang mempunyai keupayaan untuk menurunkan risiko kanser payudara dan kanser kolon.

Vitamin D dalam salmon telah didapati mempunyai keupayaan untuk merangsang pertumbuhan tisu kanser dengan menghalang aliran darah dalam tumor. Hebat kan! 

Jadi, lepas ini korang boleh lah ambil makanan ini dan jadikan sebagai makanan harian korang okay! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 23 May 2018

Doktor Nasihat Hati-Hati Beli Ayam Di Bazar Ramadan Kalau Tak Nak Terkena Kuman Ini

Sebelum beli ayam di bazar Ramadan, anda perlu peka tentang kebersihan juadah itu.

Featured Fri, 13 Dec 2019
Featured Sun, 13 May 2018

Rawat Rambut Rosak Dengan Pati Minyak Semula Jadi Ini. Hasilnya, Sihat & Berkilau

Kandungan minyak semula jadi ini pasti membantu mengekalkan kesihatan mahkota rambut anda agar ia sentiasa sihat berkilau.

Featured Thu, 13 Dec 2018

4 Rahsia Nak Pilih Tembikai Yang Manis & Sedap

Mudah saja sebenarnya nak kenali buah tembikai yang isinya manis.

Gaya Hidup Tue, 17 Apr 2018

Ini Sebab Kenapa Anda Tak Patut Biarkan Handphone Anda Dicas Semalaman

Anda pernah dengarkan, yang kita tak patut biarkan telefon kita dicas berlebihan? Kononnya lama-lama kuasa bateri itu akan berkurangan.

Featured Sun, 23 Sep 2018
Featured Tue, 12 Oct 2021

Nak Bercuti Rentas Negeri Tapi Masih Ragu-Ragu? Jangan Risau, Ikuti 5 Saranan Ini!

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan berita gembira yang dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia iaitu kebenaran untuk merentas negeri yang telah berkuatkuasa bermula Isnin, 11 Oktober 2021. Ramai yang sudah merancang untuk […]

Featured Sat, 1 Dec 2018
Gaya Hidup Sat, 29 Dec 2018
error: Content is protected !!