Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin December 5, 2023 @ 3:08pm

Ernie Zakri, Afieq Shazwan, Amir Masdi & Fara Fauzana Bakal Meriahkan Putrajaya Green Light Run 2023

Diinspirasikan dari acara larian unik di Tokyo, Jepun, TuneAds Sdn Bhd membawakan kepada peminat acara larian Putrajaya Green Light Run 2023 (PGR23) pada 9 Disember 2023, bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengah malam bertempat di Anjung Floria, Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Tune Advertising Sdn Bhd, Muhammad Hafiz Rozlan, berkata larian ini unik kerana pelari perlu berlari mengatasi masa lampu isyarat bertukar warna hijau dan melepasinya sebelum lampu isyarat bertukar merah.

“Sekiranya gagal melepasi selepas lampu isyarat bertukar merah, pelari perlu berhenti untuk menunggu lampu isyarat bertukar hijau semula. Ia menyebabkan pelari akan berdepan kesuntukan masa untuk menamatkan acara larian.

“Cabaran larian ini memerlukan pelari mempunyai stamina, strategi dan fokus dalam melepasi semua lampu isyarat di sepanjang laluan sejauh tujuh kilometer,” katanya.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik lain turut berlangsung antaranya Zumba bersama Nas Adila Dance Crew, pertandingan E-Sport, gerai jualan, belon panas, zon kanak-kanak serta cabutan bertuah seperti motosikal, skuter elektrik, televisyen 50 inci dan banyak lagi.

Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan konsert terbuka yang dihos oleh Fara Fauzana bersama artis terkemuka tanah air antaranya Ernie Zakri, Afieq Shazwan, Amir Masdi dan ramai lagi.

“Selain daripada mengamalkan cara hidup sihat kalangan masyarakat, kami juga mempromosikan Putrajaya sebagai satu tempat riadah pada waktu malam.

“Larian ini unik dan pertama di Malaysia, dan kami memilih Putrajaya agar masyarakat dapat menikmati suasana beridah di Putrajaya bersama keluarga dan sahabat handai,” kata Hafiz.

Acara yang ditaja VFive Group, Gloria Jeans, 1901 HotDog dan Decathlon adalah penganjuran bersama Kelab Kita Kasih Malaysia, Persatuan Sukan Rekreasi Putrajaya dengan sokongan kerjasama Perbadanan Putrajaya, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Tourism Malaysia dan dianggarkan seramai 8,000 ke 10,000 pengunjung bakal memeriahkan acara ini.

Acara larian ini terbuka kepada semua peringkat umur dengan bayaran masuk RM48 dan RM68 sahaja.

Peserta yang berminat untuk menyertai acara larian boleh melayari www.raceaxia.com atau untuk maklumat lanjut, e-mel kepada [email protected]

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 29 Mar 2023

6 Produk Corvan Ni Korang Wajib Ada Untuk Raya Lebih Bergaya!

Photo credits: @_sarahmohdshah (Corvan Spot Cleaner S6) & @its.shareenaz (Corvan K18 Pro) Selesai berpuasa di bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri pula yang disambut. Banyak persiapan perlu dibuat. Kena beli baju raya, pasang langsir baru, sediakan […]

Featured Mon, 5 Aug 2019

Almari pakaian anda tidak teratur isinya? Ikuti nasihat pakar ini

Bila dah tersusun cantik, baru sedap mata memandang.

Gaya Hidup Fri, 14 Jun 2019

Annabel Yao, pewaris empayar Huawei pikat perhatian dunia!

Sekalipun kaya-raya, Yao lebih selesa menjalani kehidupan seperti gadis kebanyakan.

Gaya Hidup Tue, 15 Oct 2019
Gaya Hidup Thu, 27 Sep 2018

Saksikan Persembahan Koir ‘Voci Vivace’ Oleh The Canticle Singers 6 & 7 Oktober Ini

Kalau anda nak tukar mood, cuba tonton seni muzik ini pula.

Featured Fri, 28 Dec 2018
Featured Fri, 8 May 2020
Gaya Hidup Thu, 28 Jun 2018

Ini Rahsia Puteri Aishah Untuk Kekal Cantik & Sihat Yang Perlu Anda Tahu

Kalau anda nak sentiasa cantik dan sihat macam Puteri Aishah, sila amalkan tip yang dikongsikan ini.

error: Content is protected !!