Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin November 21, 2024 @ 5:31pm

“Dia Figura Yang Perlu Dihormati” – Dr Cute Makin Tular Di TikTok, Ada Alasan Tersendiri Jemput Zaiton Sameon Menyanyi Di Majlis Pelancaran Sunproof Coffee

Doktor estetik dan usahawan kecantikan yang semakin tular di platform TikTok, Dr Cute atau nama sebenarnya, Dr Abdullah Alias terbuka untuk menaja program hiburan demi untuk memartabatkan industri.

Ditemui di malam Gemilang Inderaloka Pahlawan anjuran syarikatnya yang menampilkan Elly Mazlein selaku pengacara majlis dan Zaiton Sameon sebagai penyanyi undangan, Dr Cute bagaimanapun enggan terlibat dengan strategi pemasaran yang kurang bersesuaian.

“Dunia hiburan menyumbang kepada ekonomi negara. Tak salah kita menaja, ia boleh membantu untuk memajukan industri hiburan. Cuma, tak perlulah ada strategi pemasaran yang tak senonoh atau pelik-pelik.

“Tak salah pengasas nak taja program hiburan, supaya orang kenal, it’s a good marketing, tapi kena berhati-hati cara untuk mewakilkan diri dalam sesuatu program itu, ia bergantung kepada diri masing-masing. Tak mustahil saya bakal menaja program hiburan, jika diberikan peluang demi untuk memartabatkan industri.

“Seperti majlis malam ini, kenapa saya jemput Zaiton Sameon sebagai artis undangan. Tak kisahlah dia artis zaman bila pun, dia adalah individu yang perlu kita hormati. Pada awalnya saya juga terkejut kerana dia menggunakan produk saya.

“Saya jemput dia kerana dia mungkin rindu nak jumpa peminat dia dan teringin nak membuat persembahan. Malam ini dia sampaikan tiga buah lagu. Kalau ikutkan dia nak nyanyi lima buah lagu, tapi kita faham keadaan kesihatannya. Kita sokong dia, itu sudah cukup. Saya sebagai peminat dia, saya harap dia terus sihat dan dipermudahkan urusan,” katanya.

Majlis terbabit turut melancarkan Kopi Oral Sunblock, Sunproof Coffee yang bertindak sebagai pelindung matahari oral pertama di Malaysia selain memperkenalkan pempengaruh popular, Muhammad Noor Zakaria (Mdno) sebagai wajah wakilan.

Dalam pada itu, Dr Cute tidak terfikir untuk melibatkan diri dalam dunia hiburan dengan melancarkan lagu atau terlibat dalam dunia lakonan seperti mana rakan pengasas lain lakukan.

Berpengalaman luas dalam bidang perubatan dan kecantikan, Dr Cute selesa dengan mengembangkan bisnes yang diceburi serta dia juga semakin giat memberi kesedaran mengenai kecantikan dengan cara yang betul di platform media sosial.

“Saya bukanlah orang yang layak untuk jadi penyanyi atau pelakon. Soalan pertama saya kalau buat lagu, ada ke orang nak dengar suara saya?

“Kemahiran serta kepakaran saya ialah sebagai doktor yang merawat pesakit, melakukan kajian terhadap pembangunan produk baharu dan sebagainya.

“Sebab bagi saya, dalam dunia bisnes kita memang didedahkan dengan dua kaedah pemasaran, kaedah yang baik dan sebaliknya.

“Kerjaya saya sebagai doktor berada di tahap profesional. Lebih baik kita beri peluang pada penyanyi yang sedia ramai di luar sana untuk teruskan kerjaya mereka atau mereka yang berbakat untuk mencuba,” katanya.

Mengulas mengenai produk terbaharu yang dikeluarkan, Dr Cute menjelaskan ia sebagai pendekatan baru dalam penjagaan kulit yang menggabungkan perlindungan UV dengan rutin harian minum kopi.

“Produk ini menawarkan cara mudah dan praktikal untuk melindungi kulit daripada kesan buruk sinaran UV, kesan terbakar oleh sinaran mentari, serta penuaan pramatang. Ia menggabungkan teknologi pelindung matahari terkini dengan ritual harian minum kopi. Ini adalah penyelesaian yang mudah, namun inovatif untuk melindungi kulit dari dalam,” katanya.

Selain memperkenalkan produk inovatif ini, Dr Cute International Sdn Bhd juga melancarkan program Usahawan Bangkit Berjaya Bahagia (UBBB), iaitu sebuah inisiatif untuk memberikan sokongan kepada usahawan Bumiputera yang berminat menceburi industri kecantikan dan kesihatan dengan kerjasama MARA, Projek Keusahawanan dan USMARI Research Center.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Aug 2019
LIFESTYLE Fri, 26 Jan 2018

Antara Makanan Yang Perlu DiElakkan Sewaktu Ingin Bersalin

Perkongsian daripada Dr Hafiz Sulaiman di laman facebook, diharap dapat membuka mata wanita di luar sana agar tidak terikut dengan petua-petua ini tanpa mengetahui kesahihannya. Nampak remeh, tapi sebenarnya bahaya yang menanti. Jom kita baca perkongsian beliau […]

LIFESTYLE Sun, 28 Oct 2018

Harmonikan Rumah Anda Bersama IKEA

Wow! Semuanya pasti rambang mata dengan barang-barang ikea kan?

Fab Foodies! Tue, 22 May 2018

Transformation Tuesday: This Old Junk Turned into KL’s First Class Dining Hot Stop

Plane in the City is one of the newest experiences everyone must try.

Gaya Hidup Thu, 8 Mar 2018

Elak Jadi Mangsa Jenayah! Semua Wanita Wajib Belajar 7 Aksi Pertahankan Diri Ini

Persepsi wanita itu ‘lemah’  sehingga mendedahkan diri mereka kepada bahaya yang menggugat keselamatan diri harus dikikis!

Gaya Hidup Sun, 22 Apr 2018

Rimas Rambut Berminyak Dan Berbau? Cuba 3 Tip Ini!

Cuci rambut banyak kali pun rambut tetap berminyak. Anda boleh cuba 3 tip ini.

Fab Foodies! Tue, 17 Jul 2018

食物GI值排行大公開「薯條、冰淇淋」非第一

每个人都关心吃什么能够让自己青春不老,的确,饮食的内容与饮食的方法(例如吃饭时间等)都会对身体造成不同影响,所以讲究饮食很重要……

LIFESTYLE Sun, 25 Nov 2018

Inilah Angel Falls Air Terjun Tertinggi Di Dunia

air terjun tertinggi di dunia yang terletak di Venezuela. Air terjun ini terletak di dalam kawasan Taman Negara kedua terbesar milik negara itu iaitu Taman Negara Canaima.

Featured Sun, 29 Mar 2020
error: Content is protected !!