Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops August 5, 2019 @ 10:00am

Almari pakaian anda tidak teratur isinya? Ikuti nasihat pakar ini

Aduh, runsingnya kepala apabila melihat pakaian berselerak di dalam almari! Jika dilipat elok-elok pun, ia masih tampak tidak kemas.

Menurut Pakar Pengemas Almari Pakaian (closet organizer), Anna Bauer, sesetengah orang menyatakan mereka sudah menyusun barang di dalam almari, tetapi susunan itu tidak kekal lama.

“Ini mungkin kerana susunan itu tidak sesuai dengan personaliti dan gaya hidup mereka. Satu lagi faktor ialah mereka mungkin telah ‘mengemas’, tapi tidak mengatur betul-betul (organise). Ada perbezaan besar di situ,” katanya.

Mengemas bermaksud anda menggantung pakaian dengan penyangkut dan melipat baju dengan tersusun supaya almari tampak bersih.

Menyusun pula bermaksud anda mengeluarkan semua pakaian dan disusun semula berdasarkan jenis baju atau seluar bagi memudahkan anda mengambil pakaian yang dikehendaki. 

Secara ringkasnya, almari yang teratur bukan saja tersusun rapi, tetapi setiap barang di dalamnya mudah dicapai.

Pandangan atau cadangan Anna diguna pakai pelbagai pihak kerana beliau disahkan pakar dalam bidang berkenaan oleh National Association of Productivity & Organizing Professionals (NAPO).

Beliau juga pernah bekerja dengan pelbagai pelanggan, yang mana beliau memberi panduan dan membantu mereka menguruskan almari pakaian masing-masing.

Pelanggannya termasuklah seorang selebriti yang mempunyai lima almari pakaian dan juga seorang ibu dengan enam orang anak yang tinggal di sebuah pangsapuri dua bilik.

Semua panduan yang beliau kongsi memang mudah untuk diikuti. Ingin tahu apakah panduan berkenaan? Teruskan membaca.

Langkah 1: Keluarkan semua barang

Dengan ruang yang kosong anda boleh membayangkan di mana anda hendak meletak dan menyusun sesuatu barang itu. Tindakan ini juga membantu untuk melihat jika anda ada beberapa jenis pakaian yang tidak diperlukan lagi.

Langkah 2: Buang atau derma pakaian yang anda tidak pakai lagi

Almari yang penuh akan menyukarkan anda untuk mengatur kandungannya. Ada bezanya apabila anda memegang sesuatu kemeja-T itu dan mula membuat alasan antara mengapa anda masih menyimpannya, dengan apabila anda betul-betul tahu bahawa anda menyukai baju itu.

Langkah 3: Letakkan label bagi almari yang dikongsi

Foto: Diana Elizabeth

Label ini membantu anda menentukan siapa pemilik bahagian tertentu dalam almari itu.

Langkah 4: Sediakan sistem yang sesuai dengan perangai anda

Contohnya, anda mungkin lebih suka menggantung daripada melipat. Untuk itu, letakkan cangkuk di dalam almari anda.

Langkah 5: Gunakan penyangkut baju yang seragam

Jika anda tidak mahu membuang sebarang baju, sekurang-kurangnya anda patut membuang (atau bagi orang lain) penyangkut baju yang tidak sama rupa dan warna.

Selain itu, susun pakaian yang bergantung supaya ia memandang arah yang sama bagi memudahkan anda untuk melihat pakaian yang ada, malah cara ini tampak lebih terurus.

Langkah 6: Simpan pakaian dengan betul supaya ia tahan lebih lama

Foto: rhnetwerk.com

Bukan semua pakaian boleh digantung atau disimpan di dalam laci. Contohnya, kemeja sutera patut digantung untuk mengelakkan kedut,baju panas bulu yang berat patut dilipat supaya anyamannya tidak rosak.

Langkah 7: Letakkan kasut yang anda selalu pakai di tempat yang mudah dicapai

Anda juga patut menyusun kasut, misalnya bagi sepasang kasut itu, satu kasut memandang ke depan, dan satu lagi memandang ke belakang.

Teknik ini menjimatkan ruang dan memberi gambaran kepada anda ketika anda hendak memilih kasut untuk dipakai.

Langkah 8: Lipat baju dan susun secara mendatar

Foto: Cary Prince Organizing

Bagi pakaian yang disimpan di dalam laci, jika anda melipat dan menyusun baju secara menegak hingga ia menimbun, anda tidak akan nampak baju-baju di lapisan bawah.

Dengan menyusun secara mendatar, lebih mudah untuk anda mengambil baju yang anda hendak tanpa menyelerakkan kesemuanya. Ruang pun jimat!

Langkah 9: Sekali-sekala, kemas kini almari

Dari masa ke masa, stail anda akan berubah, dan anda juga akan membeli baju baharu. Jadi sekali-sekala anda perlu ubah suai susun atur pakaian anda mengikut cita rasa pada waktu itu.

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 5 Aug 2018

Pecah Stereotaip, Nurul Zuriantie Shamsul Juara Di Hati Rakyat Malaysia

Biarpun gagal meraih gelaran juara pengalaman itu menjadi momen terindah bagi Nurul.

Gaya Hidup Thu, 19 Jul 2018

Malu Miss V Berbau? Atasi Dengan Tip Ini

Jika bau busuk semakin teruk, ia adalah satu tanda yang tidak baik dan boleh menyebabkan masalah yang serius.

Gaya Hidup Sun, 16 Dec 2018

‘Atuk Harimau’ Suka Jaga Badan, Hari-Hari Bersenam!

Tak sakit pinggang ke Atuk jalan begitu?

Featured Wed, 30 Nov 2022

Susulan Kes Dadah, Farid Kamil Didenda RM5,000 & Terlepas Hukuman Penjara 9 Bulan

Saya gembira kerana kes ini telah selesai di peringkat rayuan – Farid Kamil

Featured Mon, 27 Jun 2022
Featured Fri, 10 Jan 2020
Featured Fri, 6 Mar 2026

Karl Shafek Sebak Kuah Kacang ‘Sold Out’ Dalam Masa 5 Minit, Sempat Titip Penghargaan Buat Siti Nurhaliza – “Saya Terasa Seolah-Olah Diberi Sayap Kecil Untuk Terbang”

Pelakon dan pengacara yang kini bergelar usahawan, Karl Shafek mengejutkan ramai pihak apabila dia gagal menahan sebak selepas produk kuah kacangnya habis terjual kurang daripada lima minit.

error: Content is protected !!