Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 26, 2024 @ 7:18pm

“Jangan Fitnah Anak Saya Begini, Dia tak Tahu Apa-Apa”- Zarina Zainuddin Perjelas Dakwaan Pembantu Rumah Dipukul Anak Autisme

Susulan kenyataan yang dibuat bekas pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Rahayu menerusi video yang dimuat naik di TikTok pada Isnin, pelakon Zarina Zainuddin tampil menafikan dakwaan kononnya anaknya, Azil memukul pembantu rumah mereka itu sehingga mengalami lebam dibeberapa bahagian badan.

Kata Zarina, Azil yang menghidap hyper autisme itu akan memukul diri sendiri dan tidak akan memukul orang lain seperti yang didakwa.

“Anak saya ini istimewa. Dia pukul diri sendiri je dan tak akan pukul orang lebih-lebih dia genggam tangan je.

“Jangan fitnah anak saya macam ni. Dia tak tahu apa-apa. Dia mengamuk pun dia pukul muka dia sendiri bukan pukul orang.

“Kalau nak hidup bebas di luar sana, senang nak kemana-mana jangan kau buat cerita bukan-bukan pencuri. Patutlah rantai labuh dan gelang tu lama aku cari tak ada, kau kebas,” katanya.

Perkara itu dikongsi Zarina menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

 

Dalam pada itu, Zarina turut meluahkan rasa kesal apabila orang ramai menuding jari terhadapnya, sekaligus menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pembantu rumahnya itu.

Malah, dia memaklumkan, ini bukanlah kali pertama pembantu rumahnya yang diambil dari agensi yang sama lari.

“Orang luar tak tahu cerita, jangan sedap mulut je nak cakap aku spi. Tak kena dekat kau orang, dekat mak kau orang bolehlah cakap. Aku kerja setengah mati cari duit bayar maid puluh ribu dia lari kau orang boleh sokong dia. Tak ada otak ke kau orang ni?

“Ingat senang nak cari duit macam-macam benda aku hadap. Sudah dua kali aku kena tipu dengan agensi pembantu rumah ni. Dia berambus tinggalkan anak aku masa aku pergi outstations. Aku ni pergi cari duit nak bayar gaji dia,” jelasnya.

Sebelum ini, bekas pembantu rumahnya itu mendakwa dia sudah tidak tahan kerana sering dipukul Azil.

Bahkan, Rahayu juga turut menyertakan bukti bahawa beberapa bahagian badannya mengalami lebam akibat dipukul anak aktres berkenaan menerusi sepotong video pendek yang di muat naik di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN:Pembantu Rumah Lari Tak Tahan Di Pukul Anak Autisme, Minta Zarina Zainuddin Lapor Polis Jika Dakwaan Mencuri Benar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 4 Jun 2022

[VIDEO] Buat Hal! Norreen Iman Muntah Ketika Live Di TikTok, Teruja Dapat ‘Diamond’

Alahai jarang tak buat hal lah Norreen ni 🤣 Kembang tekak min nengoknye 🤢 Min nak pesan kalau korang tengah makan jangan gatal nak tengok video tu haha

Fab Foodies! Tue, 24 Jul 2018

Jamu Untuk Ibu Mengandung Memang Wujud Ke?

Maka, semaklah terlebih dahulu tentang sesuatu ubatan tradisional dengan merujuk doktor, klinik, badan profesional, atau Portal Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Hiburan Fri, 9 Aug 2024
Eat Travel Wed, 10 Oct 2018

Nikmati Hidangan Lazat Dalam Suasana Berkonsepkan Bar Yang Dijamin 100% Halal

Jibril mengetengahkan konsep speakeasy (hidden bar) dan hidangan Barat yang lazat!

Acara Wed, 13 May 2020

UPSC sumbang 1,000 bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan

Inisiatif bagi hargai pengorbanan mereka

Hiburan Sun, 4 Sep 2022

“Selera Makan Saya Kuat” – Risteena Tolak Dakwaan Sudah Berbadan Dua

Kalau Risteena hamil mesti diorang akan umum nanti! Sabar ye

Hiburan Fri, 12 Apr 2019
Trending Thu, 19 Jun 2025
error: Content is protected !!