Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops February 13, 2018 @ 1:25pm

Nak Kuruskan Badan Tak Semestinya Perlu Ke Gym, Ikuti 7 Tips Mudah Ini! Ramai Dah Berjaya

Nak kuruskan badan tak semestinya perlu kerap ke gym atau betul-betul mengawasi pengambilan makanan. Malah ada yang sanggup berlapar atau menahan perut dari makan. No! Tak perlu sampai macam itu sekali. Jangan seksa badan anda. 

Cuba 7 perkara ini dan akan berjaya turunkan berat badan tanpa bersusah-payah sekalipun. 

1. Kecilkan saiz pinggan

www.amazingscience.news

Dengan menggunakan pinggan yang lebih kecil, anda akan secara automatik makan lebih sedikit.

Pinggan yang kecil mana boleh muat makanan yang banyak, kan? 

Kajian menunjukkan orang yang bertukar ke pinggan berdiameter 9 ke 10 inci berjaya kurangkan lebih kurang 8kg setahun!

2. Minum sebelum makan

www.stylecraze.com

Lebih kurang setengah jam sebelum makan, minum sebanyak 470ml air. Memandangkan perut anda sudah kenyang dengan air tersebut, anda tidak akan makan banyak nanti.

Air tersebut akan membantu memastikan metabolisme tubuh anda berfungsi dengan baik untuk membakar kalori.

3. Beralih kepada makanan yang lebih berkhasiat

phz8.petinsurance.com

Pilih alternatif kepada makanan anda yang lebih berkhasiat. Contohnya, memilih susu badam dari susu skim akan dapat mengurangkan kiraan kalori sebanyak 75%. Kiraan kalori anggur adalah separuh dari kismis, dan sama juga patty turkey dengan daging lembu untuk burger anda. Senang bukan?

4. Makan dark chocolate sebagai pencuci mulut

28 kg cokolat susu mengandungi 50 lebih kalori berbanding dark chocolate. Dari segi kandungan gula pula, memang jauh perbezaannya. Antara kebaikan makan dark chocolate ialah anda masih dapat enjoy makanan manis tapi pada masa yang sama dapat mengurangkan cravings. Antara cabaran paling susah nak diet ialah kawal diri dari mengambil makanan yang manis. 

5. Banyakkan bergerak

www.segundomedico.com

Lebih banyak anda bergerak, lebih banyak kalori yang dibakar. Tapi ini tak bermaksud anda perlu pergi ke gym selama dua jam sehari atau bangun awal pagi untuk jogging. Sebaliknya pilih untuk naik tangga berbanding lif di tempat kerja, atau park kereta anda lebih jauh dari bangunan yang anda nak pergi itu. Anda akan terkejut dengan jumlah kalori dibakar selepas melakukan rutin ini! 

6. Makan lebih kerap

www.bodybuilding.com

Bukan makan lebih banyak, ya! Daripada 3 kali makan sehari, pecahkan kepada 6 kali. Bila anda makan banyak dalam satu masa, badan tidak akan dapat digest dan gunakan semua kalori tersebut lalu kalori berlebihan itu disimpan jadi lemak. Bila anda makan sedikit sepanjang hari, badan anda akan menggunakan semua tenaga dari makanan tersebut. 

7. Tidur secukupnya

charlottedietitian.com

Kajian menunjukkan tidur terlalu sikit dan tidur terlalu banyak boleh mengakibatkan kenaikan berat badan. Tak cukup tidur bermaksud anda akan lebih rasa letih dan kemudian lapar memandangkan badan anda kekurangan tenaga yang sepatutnya anda dapat sewaktu tidur. Tidur terlalu banyak pula boleh melambatkan metabolisme dan menyebabkan lebih banyak makanan untuk disimpan sebagai lemak. Jadi, tidur sebanyak 7 ke 8 jam sehari memang optimum!

Bonus!

Kurangkan food cravings anda dengan menggunakan peppermint. Satu kajian membuktikan bahawa orang yang menghidu peppermint setiap dua jam berjaya turunkan 5 pound atau 2.3kg setiap bulan!

Jom cuba!

Sumber: dailysmash.co.uk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 28 Feb 2018

Bujur, Segitiga Atau Bulat? Ini Contoh Potongan Rambut Ideal Berdasarkan Bentuk Muka

Bentuk muka akan mempengaruhi gaya rambut atau pemakaian tudung seseorang.

Featured Fri, 9 Dec 2022

Dedahkan Rahsia Disukai Ramai, Ustaz Abdullah Khairi Tegaskan Bacalah…

Pendakwah bebas, Ustaz Abdullah Khairi tular di media sosial kerana berkongsi tip untuk disukai dan disenangi oleh orang ramai. @ciknurul06 Amalan mengelakkan permusuhan #ceramah #ceramahpendek #selfreminder #ustazabdullahkhairi #fyp #fypシ ♬ original sound – ciknurul06 Perkongsian […]

Gaya Hidup Thu, 11 Oct 2018

Ketahui Risiko Bahaya Akibat Tidur Meniarap

Tidur meniarap boleh menjejaskan kesihatan diri anda.

Gaya Hidup Mon, 15 Sep 2025

Malaysian Craft Council Angkat Kota Bharu Ke Peringkat Dunia, Sasar Pengiktirafan ‘World Craft City’

Pencalonan ini membuktikan kejayaan warisan seni kraf negeri Kelantan di mata dunia.

Gaya Hidup Mon, 8 Jan 2018

Jarang Ada Masa Untuk Diri Sendiri? 7 Tips Ini Mesti Buat Anda Senyum Sepanjang Hari

Pasti ramai ibu bapa di luar sana yang setuju jika kami simpulkan bahawa bukan mudah menjadi ibu bapa pada zaman yang begitu mencabar ini, betul kan? Susahnya nak lihat golongan ini senyum lebar di pagi […]

Featured Wed, 11 Jan 2023
Featured Fri, 21 Sep 2018

Ini Keburukan Hand Sanitizer Yang Anda Tak Tahu

Hand sanitizer sangat membahayakan sistem daya ketahanan tubuh seseorang!

Gaya Hidup Wed, 11 Apr 2018

Pancaran Cahaya Cacing Glowworm Cetus Panorama Luar Biasa Di Dalam Gua Waitomo

Sesuai dengan jolokannya sebagai bintang-bintang, cacing dengan nama saintifik Arachnocampa Luminosa itu menggantung dirinya di langit-langit gua dan memancarkan cahaya hijau atau biru yang berkilauan.

Featured Wed, 24 Apr 2019

Rindu Lebaran, koleksi kurung ‘mengancam’ sentuhan tukang jahit termahir, Ezuwan Ismail

Rindu Lebaran, koleksi tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas!

error: Content is protected !!