Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Gaya Hidup By: Salma Syahbuddin September 15, 2025 @ 1:57pm

Malaysian Craft Council Angkat Kota Bharu Ke Peringkat Dunia, Sasar Pengiktirafan ‘World Craft City’

Malaysian Craft Council (MCC) telah menganjurkan Majlis Menandatangani Plak Pencalonan Kota Bharu sebagai ‘World Craft City’ di bawah pengiktirafan World Crafts Council (WCC).

Acara istimewa ini menjadi langkah rasmi untuk menghantar pencalonan Kota Bharu ke peringkat antarabangsa, namun ia bukanlah pengiktirafan muktamad kerana proses penilaian akan dijalankan oleh pihak WCC sebelum sebarang status rasmi diberikan.

Majlis yang cukup meriah itu turut diserikan dengan keberangkatan tiba DYMM Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, selain kehadiran YB Datuk Kamaruddin Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan, serta Encik Sundeep Kumar, Naib Presiden World Crafts Council (Rantau Asia Pasifik) dari India.

Dalam pada itu, acara ini turut meraikan keunikan seni kraf tradisional Kelantan, terutama hasil tekstil bernilai tinggi seperti Kelingkan dan Songket.

Bahkan, dua Adiguru tersohor Nik Marhamah Nik Megat (Sulaman Kelingkan) dan Che Rohani Che Mood (Tenunan Songket) tampil mempersembahkan demonstrasi eksklusif kepada tetamu termasuklah memperlihatkan proses teliti menghasilkan tekstil warisan ini.

Menurut Presiden MCC iaitu Nik Faiz Nik Amin, meskipun keputusan masih dalam proses penilaian, namun pencalonan ini membuktikan kejayaan warisan seni kraf negeri Kelantan di mata dunia.

“Walaupun pengiktirafan rasmi masih dalam proses penilaian WCC, pencalonan ini sendiri sudah membuktikan kekayaan warisan seni kraf negeri Kelantan serta sokongan padu komuniti kraf di sini.

“Pencalonan ini juga menandakan langkah signifikan MCC dalam usaha melestarikan warisan seni kraf, selain membuka peluang ekonomi kepada komuniti setempat, terutamanya wanita dan penggiat seni tekstil tradisional,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 Mar 2020
Featured Wed, 22 Apr 2020
Gaya Hidup Sat, 7 Aug 2021

“Corak Pembelajaran Dulu & Sekarang Pasti Ada Beza” – MK K-Clique

Penyanyi rap, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 25, mengakui corak pembelajaran dahulu dan sekarang mempunyai perbezaan. Merupakan siswazah jurusan perniagaan Universiti Teknologi MARA Sabah, anggota kumpulan K-Clique ini menganggap pelajar zaman sekarang beruntung […]

Featured Fri, 28 Feb 2020

5 tip jadikan diri anda ‘magnet’ positif

‘Feeling’ cantik apa salahnya!

Featured Wed, 28 Dec 2022

Didakwa Pentaksub Anwar Ibrahim, Ini Jawapan Abby Abadi

Setelah lama menyepi dalam industri lakonan, pelakon Abby Abadi telah mencuri perhatian warganet kerana menjadi penyokong tegar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) @abbyabadi112 Pentaksub DSAI? Ohh tidakkk! Sy melihat kebenaran ini seawal 1998 […]

Featured Wed, 4 Jan 2023

Petik Kata Pujangga, Ucapan Tahun Baru Hana Ismail Bakar Semangat Netizen Mulakan Hidup Baru

Tahun 2022 sudah melabuhkan tirainya, pengacara Hana Ismail menzahirkan ucapan tahun baru buat warganet agar sentiasa menjadi lebih baik dan positif. @hanaalmauzah_Episod 4 | BISMILLAH 2023 ⚡️♬ original sound – Hana ismail Menerusi hantaran di […]

Featured Wed, 21 Nov 2018

Jangan Makan Bahagian ‘Bersih’ Pada Roti Yang Berkulat!

Nampak saja bersih tapi ianya sudah dicemari dengan akar kulat.

Gaya Hidup Sat, 10 Nov 2018
error: Content is protected !!