Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom February 28, 2020 @ 3:49pm

5 tip jadikan diri anda ‘magnet’ positif

Sebelum seseorang itu menjadi insan yang berjaya, mereka perlulah mempunyai pemikiran yang positif terlebih dulu.

Bagaimana untuk mempunyai pemikiran yang positif? Caranya adalah dengan menyingkirkan sikap negatif yang mungkin terperangkap sekian lama di dalam diri anda.

Bebas sikap negatif, dapat memberi nilai positif dan kualiti insani di dalam diri anda. Bila anda positif, orang sekeliling anda juga akan menyerap tenaga positif daripada anda sekaligus mewujudkan persekitaran yang menyeronokkan.

5 langkah mudah dipraktikkan setiap hari untuk anda berubah menjadi  magnet positif kepada orang lain. Teruskan membaca!

1. Senyuman

Lemparkan senyuman manis anda kepada sesiapa pun yang berselisih dengan anda. Tapi tidak perlulah senyum kepada pasangan kekasih atau suami-isteri yang tidak anda kenali kerana bimbang nanti si isteri fikir anda mahu menggatal dengan suaminya pula.

Pendek kata, jangan sombong. Malah amalan suka senyum ini, salah satu gesture badan untuk memberitahu bahawa anda seorang yang peramah tanpa perlu anda berkomunikasi.

Orang sekeliling akan rasa selesa dan mudah berdampingan dengan anda. Bila-bila memerlukan bantuan, orang pun tak lokek nak tolong kita.

2. ‘Feeling‘ cantik

Maksud feeling cantik atau rasa cantik, bukan perasan cantik ya! Realitinya sebagai wanita pasti ada benda yang kita kurang berkenaan tentang diri kita. Mungkin rupa paras kita dan bentuk fizikal kita.

Apabila kita menghargai kekurangan diri sendiri dan menutupi kelemahan itu dengan menjaga penampilan serta keyakinan diri yang tinggi, anda akan membentuk satu sikap percaya diri yang jitu. Tetapi lakukannya dalam kadar sederhana, jangan sampai orang mengata anda perasan pula.

Selain elak perasaan cemburu dengan kecantikan orang lain, hormati diri-sendiri adalah kualiti tidak ternilai bagi  seorang wanita!

3. Jangan terlalu sensitif

Manusia dilahirkan dengan perasaan yang kompleks. Namun begitu, anda perlu tahu bagaimana untuk letak ke tepi masalah sedang anda lalui.

Hakikatnya tak semua orang berminat untuk mengetahui masalah anda. Malah bimbang jika anda terlalu sensitif, mudah terasa dan beremosi, orang sekeliling akan mula menjauhi diri anda kerana tiada siapa mahu terbaban dek masalah orang lain.

Kebijaksanaan anda mengendalikan sikap sensitif dan emosi anda, secara tidak langsung menjadikan anda seorang yang kuat.

4. Wanita dengan pendapat

Wanita tanpa pendapat atau pendirian adalah wanita yang membosankan. Tetapi pastikan dalam memberi pendapat anda berkemampuan melaksanakannya.

Mungkin pendapat anda itu, tidak semestinya dipersetujui atau didengari pihak majikan mahupun orang sekeliling. Jangan risau, sekurang-kurangnya orang melihat anda seorang yang mempunyai pemikiran yang cerdas. Orang sekeliling juga akan lebih menghormati anda.

Namun begitu, jangan sekali-kali memberikan pendapat semata-mata mahu dilihat anda juga punya idea!

5. Bersyukur

Foto: Freepik

Bersyukur dengan apa yang kita miliki. Jika merasa tidak cukup, berusaha dengan lebih gigih lagi. Selain itu, pandang-pandang kehidupan orang lain yang lebih teruk daripada kita barulah kita dapat menjalani kehidupan dengan hati yang berlapang dan penuh nikmat.

Kelebihan orang yang bersyukur dan sentiasa menghargai pemberian Allah SWT termasuk nikmat usia, kesihatan, harta benda, anak serta keluarga, akan rasa kebahagiaan hidup.

Akhir kata, jom kita mulakan lima langkah ini untuk membuatkan kehidupan anda lebih attractive!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Feb 2025

Kongsi Rasa Sedih Isu Bayi Meninggal Tersedak Susu… Warganet Kecam Madammu, Didakwa Tak Sensitif

Madammu bahkan sanggup membayar dua orang pembantu penjaga (CL) untuk menjaga anaknya.

Featured Fri, 6 Feb 2026
Featured Tue, 21 Jun 2022
Drama Thu, 6 Jan 2022

Lebih Mudah Untuk Aiman Hakim Ridza Dapatkan Keserasian Bersama Hannah Delisha Dalam 28 Hari Mencari Cinta

Drama slot Lestary 28 Hari Mencari Cinta sudah mula ditayangkan bermula 23 Disember lalu dan ia kembali menggandingkan Aiman Hakim Ridza dan Hannah Delisha. Drama 15 episod ini mengisahkan tentang watak Faisal yang dilakonkan oleh […]

Featured Tue, 23 Sep 2025

Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia

Amir memaklumkan perkara itu menerusi platform media sosialnya pada pagi Selasa.

Featured Tue, 31 Dec 2024

“Kalau Rezeki Dapat Anak Selepas Umur 30 Tahun Pun Saya Terima” – Hannah Delisha

“Saya juga sudah tahu dengan keadaan tubuh badan saya sekarang…” – Hannah Delisha

Featured Fri, 17 Mar 2023
Featured Mon, 17 Feb 2025

AJL39: Saingan Sengit! Juri Komen Jurang Markah Marsha Adalah Sebanyak 15 Peratus Jauh Meninggalkan Nadeera 

“Penilaian lagu bukan berdasarkan populariti mahupun penyanyi, namun dilihat pada kualiti”- Edry

error: Content is protected !!