Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd April 27, 2021 @ 5:29pm

“Saya Terima Dengan Hati Terbuka, Jadikan Kompaun Pengajaran” – Neelofa

Selebriti popular, Neelofa dan suaminya, pendakwah Haris Ismail atau PU Riz dikenakan kompaun berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) majlis perkahwinan mereka yang diadakan pada Mac lalu.

Neelofa dan suaminya turut dikenakan kompaun kerana melanggar syarat rentas negeri yang ditetapkan sewaktu mengadakan urusan kerja di Langkawi.

Menerusi laman Facebooknya, Neelofa mengakui kesalahannya dan menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

Baca artikel berkaitan :Akhirnya Neelofa & Keluarga Dikompaun RM60,000

“Saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris. Saya terima dengan hati terbuka dan jadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran rentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa.

“Ia juga sebagai peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP,” tulisnya.

Untuk rekod, Neelofa dikenakan kompaun sebanyak RM20,000, manakala Riz sebanyak RM10,000 dan 20 ahli keluarganya dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang kerana gagal memastikan penjarakan fizikal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Hiburan Mon, 10 Jul 2023

Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang, Shakilla Khoriri Ajak Pemfitnah Bersemuka – “Rasa Ada Individu Di Sebalik…”

Jumpa saya terus sebab fitnah yang disebarkan ini sangat melampau – Shakilla Khoriri

Featured Thu, 6 Jul 2023

“Kalau Bin*t*ng Memang Tak Pandai Baca”- Dituduh Riyak & Berlagak, Ryzal Ibrahim Tampil Beri Respons Padu

Kena lagi!!! Bertabahlah Ryzal. Mogalepasni netizen makin bijak hendaknya🤔

Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Fri, 2 Dec 2022
Featured Thu, 2 Jun 2022

“Tiba-Tiba Pakai Nama Zikir, Dah La Free Hair…” – Shiha Zikir Sedih Nama Arwah Ayah Jadi Bahan Jenaka

Pasal nama pun nak jadi isu netizen ni 🤦‍♀️ Korang pernah kena judge tak sebab nama?

Hiburan Wed, 24 May 2023
error: Content is protected !!