Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 6, 2023 @ 7:00pm

“Kalau Bin*t*ng Memang Tak Pandai Baca”- Dituduh Riyak & Berlagak, Ryzal Ibrahim Tampil Beri Respons Padu

Pempengaruh media sosial popular, Ryzal Ibrahim, 31, sekali lagi terpalit dengan kritikan yang mengatakan dirinya riyak dan berlagak selepas memuat naik hantaran menerusi facebook miliknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Ryzal kelihatan memuat naik video mahu menjual kereta mewahnya jenis MPV, Vellfire berwarna hitam sambil menunjukkan beberapa keistimewaan kenderaan berkenaan kepada umum.

“Ryzal nak jual MPV mewah, interior pesawat first class,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Bagaimanapun, perkongsian Ryzal itu mengundang rasa kurang senang segelintir pengikutnya di laman sosial tersebut.

Bahkan ada yang tampil berani menegur tindakan Ryzal itu sebagai riyak dan berlagak.

“Ini harta dunia hanya sementara je, kalau Allah nak tarik rezeki bila-bila masa je.

“So, janganlah nak riyak dan berlagak Ryzal. Aku pakai kereta mewah pun tak pernah nak menunjuk sebab aku tahu ada ramai lagi orang yang susah.

“Harta kekayaan hanya aku dan Allah je yang tahu, tak perlu nak menunjuk dekat orang,” komen netizen.

Tidak berdiam diri dengan komen yang ditinggalkan, Ryzal akhirnya tampil membalas kenyataan individu terbabit.

” Kalau kita manusia kita kena baca tajuk dan isi, kalau binatang eksotik macam burung hantu takpelah tak pandai baca pun. Ke awak memang jelmaan burung hantu zam?,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut Ryzal bersetuju dengan caranya menegur segelintir warganet yang secara membuta tuli menuduhnya dengan panggilan kurang sopan.

Terdahulu, Ryzal pernah terpalit kontroversi sama apabila dikatakan menghina golongan B40 selepas menunjukkan rutin harian seperti membeli barang runcit di pasar raya berjenama besar serta membeli air Evian yang dikatakan seperti golongan T20 oleh netizen.

Namun, Ryzal bertegas tidak akan meminta maaf terhadap isu tersebut memandangkan dia mengakui tidak terdapat sebarang kesalahan dalam video yang dimuat naik.

“Let them realize how do we feel when the B40 makes fun of the T20. I won’t be apologize for this one, no mistake here. Simple content. Sedar diri.. jangan dah hujung bulan pinjam duit orang tak bayar.

“Ramai B40 menganjing T20. Diorang okay je, rileks,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 2 Dec 2019

Resorts World Genting’s “Winter Wonderland” Is The Most Christmas Experience You’ll Ever Get In Malaysia!

A Christmas festival never seen before by Resorts World Genting featuring lights, ice-skates and musical show.

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

‘Kau Pun Sama’ Bukan Gimik Cinta Dengan Ernie

Dipendekkan cerita, kita perlu tahu beza gimik untuk sesuatu perkara yang apa yang patut atau sebaliknya… Fikir-fikirkanlah ya netizen sekalian!

Hiburan Tue, 27 Nov 2018
Hiburan Wed, 22 Apr 2026

Dikritik Lepas Kongsi Cover Lagu Finalis AJL40, Digelar Badut… Kelly Azman Sekadar Hargai Bakat Tempatan, Mohon Henti Kecaman

Kelly Azman tampil menjelaskan isu video kompilasi lagu cover yang dikongsikannya baru-baru ini sehingga mengundang kecaman netizen.

Hiburan Sat, 10 Sep 2022
LIFESTYLE Wed, 7 Mar 2018

Kalau Anak Degil, Adakah Rotan Habuannya?

Anak suka memberontak? Tak mahu dengar kata? Memang buntu dibuatnya… Semua masalah ada penyelesaiannya, jom amalkan 5 C ini!

Trending Fri, 14 Dec 2018
Hiburan Fri, 30 May 2025
error: Content is protected !!