Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida December 14, 2018 @ 8:35pm

Bekas Menteri Zainuddin Maidin Meninggal Dunia

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin meninggal dunia di Hospital Serdang, Selangor kira-kira jam 6.20 petang, hari ini.

Perkara berkenaan disahkan oleh adiknya, Abdul Lazam ketika dihubungi NSTP sebentar tadi.

“Jenazah abang saya akan dibawa ke rumahnya di Presint 10, namun tidak tahu lagi (bila akan dibawa). Saya pun belum berada di hospital dan mahu ke sana,” katanya.

Allahyarham yang berusia 79 tahun sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya di sini, pada 13 November lalu akibat masalah paru-paru berair.

Beliau meninggalkan empat anak iaitu dua perempuan dan dua lelaki hasil perkongsian hidup dengan Datin Zaiton Zainol Abidin.

Mengenai Allahyarham, beliau dilahirkan pada 29 Jun 1939 di Kota Kuala Muda, Kedah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 Sep 2025
Featured Tue, 21 Jan 2025

[VIDEO] “Saya Sepatutnya Berada Di Dalam Flight MH370…” – Shila Amzah

Waktu tu saya tengah shooting I Am A Singer Season 2 dan…

Trending Wed, 25 Nov 2020
Featured Wed, 20 Jul 2022
Hiburan Mon, 11 Sep 2023

Sambut Hari Jadi Dengan Anak-Anak, Zarina Anjoulie Sudah Bertunang Kali Kedua Dengan Elzey?

Kalau dah jodoh memang tak kemana kan.. Happy birthday Anju!

error: Content is protected !!