Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 15, 2023 @ 7:00pm

Song Joong Ki & Isteri Timang Cahaya Mata Pertama – “Hadiah Paling Berharga Buat Kami”

Aktor popular Korea Selatan, Song Joong Ki dan isterinya Katy Louise Saunders dilaporkan telah selamat menimang bayi pertama mereka.

Menerusi perkongsian agensi Song Joong Ki iaitu High Zium Studio secara rasmi mengumumkan, “Song Joong Ki menjadi bapa kepada seorang bayi lelaki di Itali.”

Perkongsian fancafe Song Joong Ki turut berkongsi berita gembira itu secara langsung kepada peminatnya dengan berkongsi potret anaknya memegang jarinya.

“Saya kini berada di Itali, di kampung halaman isteri saya di Rome.

“Saya sangat gembira dapat bertemu isteri dan anak saya. Dia seorang bayi yang sihat dan saya sangat gembira untuk menjaga keluarga saya dengan hati yang bersyukur.

“Saya fikir bayi kami adalah hadiah paling berharga yang kami kecapi sebagai pasangan suami isteri yang mempunyai impian terbesar iaitu untuk membina keluarga bahagia,” tulisnya gembira.

Dalam pada itu, Song turut meluahkan penghargaan kepada peminat yang tidak pernah putus menyokongnya.

“Saya berterima kasih kepada yang memberi sokongan kepada kami bahawa hari yang menggembirakan telah menemui kami.

“Saya sentiasa berterima kasih kepada Ki Aile (peminat Song Joong Ki) yang memberikan kasih sayang yang tulus dan tidak berbelah bahagi.

“Dan saya juga berharap agar ada kegembiraan yang besar dalam semua kehidupan anda juga,” harapnya.

Sehingga kini nama anak pelakon drama Descendants of the Sun itu masih lagi menjadi tanda tanya dan bakal mengumumkannya kelak.

Pada Januari lalu, Song dilaporkan sudah berkahwin dengan teman wanita yang juga aktres British, Katy Louise Saunders.

Sebelum ini, Song pernah berkahwin dengan pelakon, Song Hye-kyo pada 2017. Namun, perkahwinan itu hanya bertahan dua tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 18 Aug 2025
Hiburan Wed, 18 Jun 2025
Events Sat, 9 Jul 2022
Hiburan Fri, 13 Sep 2024

Status Perkahwinan Akhirnya Terjawab, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

Sedihnya 😭💔 Mungkin ini apa yang terbaik untuk mereka, kita tak tahu apa yang Fazura pendamkan 🥲

Hiburan Sat, 10 Nov 2018

Tahniah! Diana Amir Timang Anak Ketiga

Hanya lima minit di labour room, akhirnya Diana selamat melahirkan bayi lelaki tepat pada jam 2.16 am.

Hiburan Mon, 28 Oct 2019

易烊千玺与周冬雨主演《少年的你》大马终于定档!

由「金马」影后周冬雨伙搭当红小生易烊千玺领衔主演的《少年的你》确定于11月14日大马上画!

LIFESTYLE Fri, 24 May 2019

Apa Kisah Pak Din, Amir & Haqiem Dalam ‘Setulus Ikhlas’?

Iklan Hero Setulus Ikhlas ini dilancarkan secara rasmi pada hari ini dan sudah boleh ditonton di laman Youtube TV3 Malaysia bermula jam 12.00 tengahari tadi!

error: Content is protected !!