Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 10, 2022 @ 6:16am

‘Cengkok’ Melayu Jadi Daya Penarik Masdo Di Indonesia

Kugiran Masdo mendedahkan cara nyanyian vokalis mereka, Ali Sariah menjadi tarikan peminat Indonesia.

Mula meraih populariti di negara seberang semenjak tahun lalu, lontaran vokal Ali yang mempunyai elemen Melayu menangkap telinga peminat.

“Secara jujurnya, kami tak berani nak katakan apa yang menjadi daya penarik untuk memikat pendengar di sana. Tetapi, menerusi maklum balas yang kami sering terima, mereka menggemari gaya bahasa dan cara nyanyian Ali.

“Mereka menggemari lontaran vokal yang disifatkan mempunyai elemen ‘cengkok’ Melayu. Perkara itu menawan hati pendengar dan membuatkan mereka tertarik kepada Kugiran Masdo,” kata Putu Ceri selaku pemain bes dan vokal.

Tambah pemilik nama sebenar Ahmad Azanol Khushairie ini, pada awalnya wujud rasa sangsi terhadap platform media sosial TikTok.

“Lagu Dinda banyak membantu kami tular di sana, bermula dengan platform TikTok. Jika di sana, ramai wanita yang bernama Dinda, jadi lagu terbabit banyak kali digunakan. Di sini pula, Dinda membawa maksud adik atau panggilan sayang.

“Kami sangat berterima kasih kepada platform TikTok kerana memperkenalkan nama kami di Indonesia. Bermula dengan lagu Dinda, seterusnya kami dikenali menerusi lagu Janji Manis.

“Pada awalnya kami skeptikal dengan TikTok. Kami ingatkan ia lebih fokus terhadap anak-anak muda. Sebenarnya, banyak lagi perkara lain yang boleh ditemui menerusi aplikasi terbabit. Selepas mula tular di Indonesia, barulah kami aktif di TikTok,” katanya.

Selain Putu Ceri, Kugiran Masdo turut dianggotai oleh Ali Sariah selaku vokalis, Azham Ahmad (dram) dan Asmawi (gitar dan vokal).

Kugiran Masdo ditemui pada siding media Konsert Hausboom Music 2022 di ibu negara, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat Sambutan Baik, Tiket Konsert Hausboom Music 2022 Terjual Hampir 80 Peratus

Konsert ini bakal diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada 1 Oktober hadapan.

Selain Kugiran Masdo, konsert ini bakal membariskan 11 selebriti lain seperti Hujan, Wings, Ruffedge, Joe Flizzow, Bunkface, Budak Nakal Hujung Simpang, Kapow, ForceParkBois, Chronicalz, Iqbal M, dan Banyak Bunyik Republik.

Untuk pembelian tiket yang dijual bermula RM60 sehingga RM500, layari www.ticket2u.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 10 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Ingat! Kalau Pasangan Korang Kuat Merajuk, Korang Boleh Try Cara Ni Okay!

Semoga rumahtangga Aeril dan Wawa serta pembaca setia Xtra sentiasa manis yah!

Trending Mon, 22 Oct 2018

Al- Fatihah…Chef Boe Sudah Tiada

Bagi penggemar hidangan barat Station 21 Sizzling Steak Bangsar, berita ini mungkin mengejutkan anda!

Trending Thu, 2 Apr 2020

[VIDEO] Rakyat Malaysia Disaran Jangan ‘Bebal’ Kalau Nak Raya

Tolong rakyat Malaysia, sama-sama kita patuhi arahan PKP ini okay!

Featured Thu, 24 Nov 2022
Trending Thu, 8 Apr 2021
Trending Mon, 12 Jul 2021

Tampil Dengan Single ’Aku Budak Boy’, Neon Band Band Tumpang Populariti Lagu ’Aku Budak Girl’?

Lagu ‘Aku Budak Girl’ daripada bintang Tik Tok, Suekhaizhar telah menjadi antara lagu paling popular tahun ini dengan pencapaian video #1 paling trending di YouTube untuk satu tempoh yang panjang dan jumlah tontonan video lirik […]

Hiburan Sun, 4 Feb 2024

Titip Rasa Syukur, Sharifah Amani Umum Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Alhamdulillah tahniah Amani & suami! Semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🏼👶🏻

error: Content is protected !!