Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 12, 2025 @ 2:27pm

“Saya Tak Guna Satu Sen Pun” – Khairul Aming Dedah Terima ‘Live Gift’ Cecah RM32,000… Niat Mahu Bantu Orang Lain

Pempengaruh popular, Khairul Aming mencuri perhatian selepas mendedahkan jumlah wang yang diterimanya menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

Menerusi perkongsian video berdurasi lebih satu minit yang tular di platform TikTok, Aming atau nama penuhnya, Khairul Amin Kamarulzaman, 32, mengaku ‘gift’ hasil ‘live’ yang diterimanya pada malam tesebut sahaja mencecah hampir, RM32,000.

Meskipun menerima sejumlah wang yang besar untuk satu sesi live yang diadakan, Aming bagaimanapun menjelaskan, dia tidak pernah menggunakan duit hasil ‘gift’ yang diterimanya itu untuk dirri sendiri.

Malah, hasil kutipan yang diperolehi akan disalurkan semula kepada mereka yang terpilih menerusi ‘gift’ yang akan diberikannya.

“Duit yang terkumpul setakat ini adalah RM31, 931.87. Yang ni satu sen pun akau tak ambil.

“Duit ni KA (panggilan untuk dirinya) akan gunakan untuk orang lain pula.  Kejap aku masuk live orang lain aku akan bagi singa, kejap aku bagi ikan paus, kejap aku bagi kereta api. Memang tak pernah habis duit ni. Sebab KA buat live akan masuk lagi duit baru.

“Aku tak withdraw pun, aku tak tahu nak keluarkan dekat mana. Sebab tak pernah withdraw ni memang KA dah cakap awal-awal duit gift orang bagi saya tak ambil,” katanya.

 

@hasbimendezBuat baik dibalas baik. Niat ikhlas bantu ramai orang, Allah bantu semula. Inspirasi.♬ original sound – Hasbimendez

 

Tambahnya, sokongan yang diberikan terhadap produk keluarannya serta perniagaan yang dijalankan sudah mencukupi.

“Sebab anda semua support saya punya busines, itu sudah lebih dari cukup. Jadi duit gift yang selama ni masuk kita akan gunakan untuk support orang lain,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memuji tindakan anak muda berwawasan ini apatah lagi sifatnya yang suka memberi dan membantu orang lain sering menjadi inspitasi buat masyarakat.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 15 Jul 2019
Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Comelnya! Gaya Anak-Anak Selebriti Malaysia Ke Sekolah

Belajar rajin-rajin yer anak-anak semua…ops, make sure balik nanti kasut sekolah awak masih putih ok?

Trending Tue, 2 Jul 2019

Obses Tonton Video Lucah, Budak 12 Tahun Rogol Anak Asuhan

Baru 12 tahun dik oi, apa nak jadi ni?

FESYEN Mon, 9 Apr 2018

Wanita Tidak Lagi Minat Kasut Tinggi Punca Nine West Gulung Tikar?

Berdasarkan laporan Washington Post, syarikat ini gagal mendapatkan keuntungan apabila trend terhadap kasut tinggi dilihat menjunam. Wanita lebih suka kasut sukan sekarang, ya lah…senang nak ke sana sini!

Trending Thu, 15 Apr 2021

Sanggup Redah Hujan, Ebit Lew Turun Padang Bantu Peniaga Bazar Ramadan

Semoga Ustaz Ebit Lew juga dimurahkan rezeki

Hiburan Sun, 14 Apr 2019

Lepas Cili Jeruk, Ayu OIAM Sibuk Jual Sambal Terung Pula!

Jom serbu booth Ayu di MAEPS, Serdang pada 24-26 Mei nanti okay!

Featured Sat, 25 Mar 2023
error: Content is protected !!