Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie April 27, 2020 @ 4:24pm

4 kebaikan cuka epal untuk wanita

Cuka epal mengandungi pelbagai khasiat dan kebaikan untuk badan terutama wanita jika diambil secara berterusan, namun cara pengambilannya hendaklah mengikut saranan yang terdapat pada label supaya tidak memudaratkan badan.

Satu kajian dalam Journal of Functional Foods yang dikeluarkan pada tahun 2008 membuktikan pengambilan satu sudu cuka epal di dalam makanan mampu mengurangkan lemak pada perut selain membantu menyelesaikan masalah kesihatan.

Antara kebaikan daripada pengambilan cuka epal ialah meningkatkan sistem imunisasi badan seperti menghindari batuk, sakit tekak dan selesema yang sering dihidapi oleh kebanyakan individu.

Cuka epal cider Alce Nero dihasilkan daripada epal organik – gambar hiasan. FotoL Ihsan Alce Nero.

Cuka epal cider Alce Nero umpamanya dihasilkan daripada epal organik yang ditanam secara eksklusif di wilayah Trentino-Alto Adige dan bebas daripada racun perosak, baja kimia serta unsur organisma yang diubah suai secara genetik (GMO).

Cuka epal ini juga kaya dengan rasa dan mempunyai tahap asid yang rendah, menjadikannya sesuai untuk penyediaan salad dan makanan lain.

Hijab & Heels kongsikan empat cara bagaimana menggunakan cuka epal untuk kebaikan badan:

Minuman tonik pemanas badan yang dihasilkan dengan campuran cuka epal Alce Nero. Foto: Ihsan Alce Nero.

1. Tonik untuk memanaskan badan

Bahan-bahan:
I inci halia
Sedikit lobak pedas
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih,
1 biji lada habanero
1 biji lemon
1 inci kunyit
1 batang serai
100ml cuka epal cider organic Alce Nero

Langkah penyediaan: Kisar kesemua bahan. Simpan di dalam bekas kedap udara dan biar selama 14 ke 60 hari. Tapis sebelum digunakan. Tambah satu sudu besar campuran ini ke dalam secawan air panas atau teh ‘O’ untuk minuman berkhasiat yang merangsang sistem imunisasi.

2. Membantu menurunkan berat badan

Masalah berat badan sering membuatkan ramai mengeluh kerana tidak berjaya mengawal dengan baik. Bancuhan ini membantu memecahkan lemak dalam badan dan menyerap zat makanan dengan baik.

Bahan-bahan:
2 keping kulit kayu manis
1 biji oren dihiris sederhana tebal
4 cm halia
2 sudu besar madu organik
100 ml cuka epal cider organik Alce Nero

Langkah penyediaan: Didihkan kesemua bahan secara perlahan. Tapis dan simpan di dalam bekas udara. Gunakan satu sudu besar campuran air rebusan ini untuk 125 air dan minum.

3. Menangani masalah senggugut

Ambil satu sudu teh cuka epal setiap hari sepanjang kitaran haid bertujuan mengawal dan memendekkan tempoh haid. Kandungan kalsium dan kalium yang terdapat dalam cuka epal dapat melegakan kekejangan otot yang menyebabkan kesakitan seperti senggugut.

4. Menjaga kesegaran nafas

Journal of Prosthodontics yang dikeluarkan pada 2015 mencadangkan wanita mengambil satu sudu tonik cuka epal setia pagi kerana ia memiliki sifat antikulat yang membantu melawan radang membran mukus seterusnya menjadikan nafas segar sepanjang hari.

Cuka epal cider organik Alce Nero itu boleh dibeli pada harga RM12.50 sebotol di mana-mana pasar raya mega seluruh negara

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 May 2022

“I Like My Hijab & I Like Dancing…” – Gadis Ini Cetus Kontroversi Dalam Temubual Berita Antarabangsa

Sabrina tak kisah dikecam kerana dia rasa buat perkara yang betul dan yakin dengan diri sendiri…

Eat Travel Sun, 22 Mar 2020
Featured Tue, 30 Nov 2021

Berjaya Tewaskan Robert Lewandowski, Messi Menang Trofi Ballon d’Or Buat Kali Ketujuh

Penyerang Paris Saint-Germain, Lionel Messi dianugerahkan trofi Ballon d’Or berprestij buat kali ketujuh dalam satu majlis di Theatre du Chatelet, Paris pada Isnin. View this post on Instagram A post shared by Leo Messi (@leomessi) […]

Featured Sat, 11 Nov 2023

Nas Ahmad ‘Terjah’ Perlu Jalani Rawatan Jantung Segera 

Alahai sebaknya! Moga Allah permudahkan urusan abang Nas sekeluarga. Aamiin🤲

Featured Tue, 9 Sep 2025

DJ Sonic Sifatkan Fazura Wanita Hebat – “Kita Tak Kan Jadi Sekuat Dia”

Sebagai ibu tunggal, Faz seorang yang hebat dan kuat.

Featured Wed, 24 Jun 2026

“Saya Nak Anak Kembar” – Noor Nabila Terbuka Jalani Rawatan IVF 

Noor Nabila Mohd Noor mengakui menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata lagi.

Featured Tue, 31 Mar 2026

“Bukan Kah Seharusnya Sudah Selesai Semua Hal Kamu Terhadap Ku?” – Hantaran Fazura Cetus Spekulasi

Selebriti popular, Nur Fazura meraih perhatian apabila memuat naik perkongsian berbaur emosi di media sosial, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi.

error: Content is protected !!