Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom February 14, 2018 @ 3:37pm

‘Go Away’ Badan Berbau! Guna 8 Cara Ini Untuk Kekalkan Wangi Badan Sepanjang Hari

Apakah reaksi anda ketika sedang berada dalam ruangan yang sempit, tiba-tiba terhidu aroma yang menyengat datang dari teman anda mahupun orang sekeliling? Menahan nafas atau bertindak dengan menyindir suspek badan berbau? Jika anda tidak mahu perkara seumpama ini berlaku kepada diri sendiri, ikuti tips mudah yang disenaraikan di bawah ini. Badan pun akan bau wangi!

gonaturalwithme.com

1. DEODORANT

Menghilangkan bau badan dengan menggunakan deodorant merupakan langkah paling mudah dan cepat kerana kesannya berlaku serta-merta. Walau bagaimanapun, hasilnya tidak berpanjangan.


2. JERUK NIPIS

Kandungan yang terdapat di dalam jeruk nipis dapat membunuh bakteria penyebab bau badan. Jeruk nipis juga dapat membantu meningkatkan PH kulit. Caranya sangat mudah, potong jeruk nipis kepada dua bahagian lalu gosokkan pada ketiak anda, tunggu sehingga kering, lalu bilaskan. Satu lagi cara untuk dicuba anda, titisan pati jeruk nipis yang diramas bersama dengan daun sirih, disapukan di bahagian ketiak anda.

3. CUKA 

Sifat anti bakteria pada cuka dapat melawan pertumbuhan bakteria. Sedikit titisan cuka yang dicampurkan dengan air kemudian sapukan di daerah ketiak serta bahagian berbau yang lain. Biarkan kering untuk beberapa waktu kemudian bilas sehingga bersih. Lakukan cara ini sebelum tidur dan bersihkan pada saat anda bangun pagi harinya.

www.rd.com

4. AIR DAN BUNGA MAWAR

Kuntuman bunga mawar yang menggoda serta baunya yang harum, boleh dipelbagaikan kegunaannya. Ia terbukti untuk menghilangkan bau badan. Caranya cukup mudah, campur bunga mawar dengan air, lalu ramaskan. Sapukan air mawar itu di bawah lengan dan daerah tubuh berbau yang lainnya. Lakukan secara rutin sampai bau ketiak anda berkurang.


5. TOMATO

Ambil lebih kurang dua biji tomato dan kisar menjadikan ia seperti bubur. Tapiskan buah tomato yang dikisar tadi dan ambil patinya dan sapukan pada ketiak anda. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas sehingga bersih. Amalkannya secara konsisten selama beberapa minggu dan anda akan berpuas hati dengan hasilnya apabila bebeas bau tidak menyenangkan.

6. LOBAK

Amalan meminum jus lobak merah selain menggunakannya sebagai skrub lulur di bahagian ketiak atau seluruh tubuh bukan saja boleh menghilangkan bau badan malah memutihkan kulit.

greenblender.com

7. PAKAIAN BERSIH

Menjaga kebersihan tubuh dengan memakai pakaian bersih, dapat mengelakkan pembiakan bakteria di bahagian ketiak juga fabrik baju yang berpeluh yang menyebabkan punca badan berbau. Mengenakan pakaian yang bersih dan fabrik yang bersesuaian dan ringan seperti kain kapas dapat membantu kulit anda untuk lebih bernafas.


8. AIR PUTIH

Pengambilan air putih yang mencukupi, dapat membantu kelancaran kitaran air yang ada pada tubuh. Air putih bermanfaat untuk menghasilkan peluh yang sihat tanpa bau. Jika anda tidak percaya, mulakan hari anda dengan bekalan air putih yang mencukupi iaitu lapan gelas sehari.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sun, 15 Apr 2018

Mariah Carey Luahkan Rasa Hati Setelah Bergelut Dengan Gangguan Bipolar Dalam Diam

Kehidupan Mariah sering melalui liku-liku tajam yang memang boleh menjejaskan kesihatan emosi dan mental mana-mana individu.

Featured Sun, 29 Mar 2020
Gaya Hidup Mon, 16 Jul 2018

Penutup Balang Kaca Anda Terlalu Ketat Untuk Dibuka? Cuba 6 Cara Ini

Teknik yang akhir sekali itu selalunya menjadi.

Gaya Hidup Thu, 12 Apr 2018

Enam Taktik Memikat Ini Mampu Membuatkan Lelaki Poket Tebal Jatuh Ke Tangan Anda

Kebanyakan wanita mendambakan lelaki kaya kerana mereka mengejar kemewahaan dan tidak mahu hidup susah.

Cahaya Mata Wed, 4 Jan 2023

Joget Di TikTok, Netizen Terkejut Tengok Adira Ada 4 Orang Anak

Penyanyi Adira Suhaimi baru sahaja melahirkan anak keempat yang diberi nama Ayub pada 29 September tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keempat Terbaharu, menerusi perkongsian Adira di laman TikTok, dia berkongsi […]

Gaya Hidup Sat, 19 Jan 2019

This man creates mini works of art using fried eggs!

Well, when the inspiration hits you, you just can’t stop!

Gaya Hidup Mon, 16 Dec 2019

Toys “R” Us tawar set mainan baharu sempena cuti sekolah

Promosi dan acara menarik turut menanti pembeli

Gaya Hidup Mon, 2 Jul 2018
Featured Tue, 17 Jan 2023

Kongsi Momen Bahagia, Hana Ismail Teruja Hidangan Dipuji Enak Oleh Dai Syed

Pasangan suami isteri, Hana Ismail dan Dai Syed acap kali mencuri tumpuan netizen kerana sering berkongsi momen bahagia dalam berumah tangga. @hanaalmauzah_Thanks sayang puji saya masak sedap 🥰♬ Ayang (Live) – Nabila maharani feat NM […]

Featured Fri, 13 Dec 2019
error: Content is protected !!