Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar March 29, 2020 @ 11:21am

Burberry taja kajian pembangunan vaksin COVID-19 Universiti Oxford

Sejak penularan wabak novel koronavirus COVID-19 menunjukkan peningkatan mendadak di seluruh dunia khususnya di negara yang terkenal dengan imej kota fesyen seperti Itali, Perancis, Amerika Syarikat dan Sepanyol, beberapa jenama fesyen antarabangsa tampil menghulurkan bantuan.

Terkini, Burberry dilaporkan menyertai perjuangan berkenaan dengan menyumbang dana penyelidikan bagi menghasilkan vaksin COVID-19 yang dibangunkan sekumpulan penyelidik di Universiti Oxford, United Kingdom (UK).

Menurut kenyataan rumah fesyen yang berpangkalan di London itu, vaksin berkenaan dijangka akan memulakan ujian klinikal ke atas manusia, April ini.

Dalam kenyataan berkenaan, Burberry memaklumkan pihaknya memilih untuk menyalurkan sumbangan kepada Universiti Oxford berikutan rekod baik universiti itu dalam membangunkan vaksin bagi penyakit berjangkit seperti Ebola danSindrom Pernafasan Asia Barat (MERS), sebelum ini.

Burberry antara jenama yang menyalurkan sumbangan bagi membantukmemerangi wabak COVID-19. (Gambar hiasan/AFP/Tolga Akmen)

Selain itu, Burberry juga sedang dalam perancangan untuk membekalkan topeng pembedahan dengan menukar fungsi kilang jenama itu di Yorkshire, UK sebagai pusat penghasilan peralatan seperti topeng dan baju perlindungan yang boleh digunakan petugas kesihatan.

Jenama fesyen terkemuka itu turut menyalurkan sumbangan kepada beberapa badan amal di UK yang aktif dalam menyediakan bantuan makanan kepada pihak yang memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Burberry, Marco Gobbetti, berkata bantuan berkenaan diharap dapat meringankan beban semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung dengan pengurusan COVID-19 atau masyarakat yang terkesan dengan wabak itu.

“Dalam keadaan yang sangat mencabar ini, kita perlu saling bekerjasama. Kami di Burberry berbangga kerana dapat membantu semua pihak yang bertungkus lumus dalam memerangi wabak COVID-19 ini sama ada barisan hadapan yang merawat pesakit, melakukan kajian bagi membangunkan vaksin atau menyediakan makanan kepada yang memerlukan.

“COVID-19 mengubah kehidupan masyarakat dunia, justeru kami berharap sokongan ini sekurang-kurangnya dapat membantu dalam usaha menyelamatkan nyawa, mengawal wabak ini dan membantu dunia untuk pulih daripada kesan wabak ini,” katanya.

Selain Burberry, beberapa jenama fesyen terkemuka turut komited dalam memerangi wabak COVID-19 yang ketika ini memberi kesan mendalam khususnya di Eropah.

Antara jenama yang tampil memberi bantuan termasuk Prada yang kini menukar fungsi kilangnya dengan menghasilkan topeng perubatan untuk membantu hospital-hospital di Tuscan, Itali.

Dior pula menukar fungsi kilang harumannya dengan menghasilkan cecair pembasmi kuman untuk tangan yang diharap dapat mengimbangi kekurangan bekalan bahan itu di seluruh dunia.

Selain Universiti Oxford, beberapa universiti seperti Universiti Copenhagen Denmark turut menjalankan penyelidikan bagi membangunkan vaksin COVID-19. (Gambar hiasan/AFP/Thibault Savary)

Sementara itu, Ketua Jabatan Sains Perubatan Universiti Oxford, Prof Dr Gavin Screaton, berkata sumbangan syarikat korporat seperti Burberry itu bukan sahaja dapat membantu pihak yang memerlukan ketika ini, tetapi pada masa sama membangunkan teknologi yang memberi manfaat kepada manusia sejagat.

“Kami teruja dengan sumbangan yang amat diperlukan ini dalam usaha kami membangunkan vaksin COVID-19. Burberry antara contoh dermawan korporat yang sentiasa berfikir ke hadapan dan saling melengkapi agenda pembangunan kerajaan.

“Sumbangan ini akan memberi impak yang pantas dan nyata dalam keadaan yang amat membimbangkan ketika ini, sekali gus memberi ruang untuk kita memberi maklum balas yang tepat terutama dalam penyelidikan yang sangat kritikal ini,” katanya.

Gambar hiasan utama: Kredit REUTERS/Andreas Gebert

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Jun 2025
Featured Fri, 8 May 2026
Featured Tue, 27 Jul 2021

“Beliau Banyak Korban Masa Dan Tenaga”- Ramai Pertahankan DG Hisham

Tindakan pelakon Lana Nodin dan Rita Rudaini yang mencadangkan agar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Menerusi laman sosial, rata-rata warganet tidak bersetuju […]

Gaya Hidup Wed, 4 Dec 2019

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP bantu kanak-kanak Orang Asli

Sumbang 30 sen daripada setiap pembelian

Featured Fri, 17 Mar 2023
Eat Travel Wed, 12 Feb 2025

Terus Kembangkan Sayap Cawangan Keempat, Jom Nikmati Sajian Stik & Udang Kara Premium di Elmina

Kay’s Steak & Lobster kini meluaskan operasi dengan pembukaan cawangan keempat di Elmina Temu, Shah Alam.

Gaya Hidup Sun, 29 Jul 2018

5 Cara Mudah Nak Halau Tikus Dari Rumah

Memang susah nak halau tikus, tapi anda boleh atasi dengan 5 petua bernas ini.

error: Content is protected !!