Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops February 13, 2018 @ 3:57pm

5 Jenis Makanan Ini Bantu Kurangkan Masalah Kulit Secara Semulajadi

Ramai wanita beranggapan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan putih berseri, mereka mestilah memakai skincare yang berjenama dan mahal. Setakat yang murah-murah ini mana pandang! 

Namun tahukah anda, selain memakai skincare, anda juga boleh mendapatkan kulit yang licin dan bersih hanya dengan mengawal pemakanan? Bukan hanya elakkan makanan berminyak je tau. 

Walaupun belum ada banyak kajian yang dilakukan namun sesetengah jenis makanan terbukti boleh mengatasi masalah kulit berjerawat kerana ia mengandungi khasiat yang membantu mengurangkan keradangan (inflammation).

Ini 5 daripadanya:

1. Makanan yang kaya dengan Omega-3

maxpixel.freegreatpicture.com

Hidangan makanan sekarang banyak mengandungi asid lemak Omega-6 yang dipercayai boleh menyebabkan keradangan dalam sistem badan. No problem! Tambahkan saja lebih banyak asid lemak Omega-3 (yang boleh dijumpai dalam ikan seperti sardin, salmon dan makerel, dan juga kacang seperti flaxseed atau walnut) dalam menu. Nescaya sistem badan anda akan berupaya untuk melawan keradangan lalu mengelakkan kulit dari berjerawat.

2. Green tea

en.wikipedia.org

Teh hijau disahkan mujarab oleh pakar kulit antarabangsa kerana ia kaya dengan antioksidan seperti Epigallocatechin gallate (EGCG) yang dapat melawan keradangan. Nak minum pun boleh, nak sapu dekat muka pun tak ada masalah.

3. Tiram

pxhere.com

Secara semulajadi, tiram kaya dengan zink, sejenis mineral yang terbukti dapat mengawal kenaikan jerawat. Walaupun zink ada dalam bentuk suplemen, anda digalakkan untuk dapatkannya dari sumber asli kerana jika diambil dalam kuantiti yang besar, suplemen ini boleh buat kita sakit perut. Makanan lain yang kaya dengan zink ialah seperti daging lembu panggang (kalau organik lagi bagus!), gandum, kuaci dan biji labu.

4. Jus

pixabay.com

Kaedah ini, semua orang pasti tahu. Nutrien dalam buah-buahan dan sayur-sayuran dapat menyingkirkan toksin dari badan. Sayuran berdaun dan buah berwarna oren seperti limau, lobak dan labu manis (squash) serta beri ungu memang bagus untuk kulit kerana ianya kaya dengan vitamin A, C dan E dan mineral lain yang dapat melawan jerawat.

5. Probiotik

www.pexels.com

Selain jus, anda juga boleh memakan probiotik yang berupaya untuk membuang toksin. Probiotik ialah mikroorganisme hidup yang boleh melindungi sistem badan kita dari penyakit serta menyembuhkan kesakitan. Sumber probiotik asli ialah seperti Greek yogurt, kefir susu, dark chocolate, sup miso, tempeh dan rumpai laut.

Cubalah tips-tips di atas dan tengok sendiri perubahan pada kulit anda.

Sumber: dailysmash.co.uk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Nov 2018

Tahukah Kamu Ladies, Lelaki Turn Off Melihat Wanita Bersolek Tebal!

Lelaki lebih menghargai kecantikan asli seseorang wanita berbanding fake beauty!

Featured Wed, 25 Mar 2020
Featured Thu, 10 May 2018

Ini Cara Mudah Untuk Buatkan Kasut Anda Kalis Air, Selamatkannya Daripada Lencun

Selepas ini, tak perlu risau lagi kalau terpijak lecah.

Featured Fri, 25 Oct 2019
Oh Lawa Wed, 9 May 2018

Risiko Pakai Seluar Yang Terlalu Ketat. No. 3 Paling Bahaya!

Bagi anda yang suka pakai seluar ketat, wajib kena tahu risiko ini!

Oh Lawa Mon, 15 Jan 2018

Kanta Lekap Berwarna atau Natural?

Pemakaian kanta lekap kini menjadi trend dan merupakan antara item fesyen yang menjadi pilihan utama wanita dalam dunia kecantikan.

Oh Lawa Mon, 25 Feb 2019
Oh Lawa Mon, 3 Dec 2018

Jika Penampilanmu Onz Saat Menggayakan Beg Transparent Ini, Sah Anda Memang Stailo!

Koleksi beg plastik ini harus dijadikan koleksi wardrobe anda!

Featured Wed, 16 May 2018

Jurusolek Kim Kardashian Kongsi Tip Untuk Hilangkan Rupa Kedutan Di Bahagian Mata

Tiada siapa boleh elakkan wrinkles daripada muncul, tapi anda masih boleh “selamatkan” rupa anda.

Featured Mon, 16 Mar 2020
error: Content is protected !!