Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops February 13, 2018 @ 3:49pm

20 Tip Mudah Untuk Hilangkan KG Dalam 10 Hari

Dua minggu lagi anda akan bercuti ke luar negara. Dalam fikiran sudah membayangkan tempat-tempat menarik yang ingin dikunjungi tetapi satu perkara yang menyesakkan fikiran. Bentuk badan yang gempal mungkin membuatkan penampilan kurang menarik.

Jadi agak-agaknya sempat tak untuk menurunkan berat badan? Belum cuba, belum tahu. Laman web Stylecraze memberikan 20 tip mudah dan ringkas untuk menurunkan berat badan dalam masa 10 hari. Jom semak dan amalkan. Tidak rugi pun mencuba.

1) Tambah pengambilan air kosong dalam diet harian. Kali ini minum 4 ke 5 liter air setiap hari.

2) Gantikan kopi dan teh dengan teh hijau. Teh hijau mampu menyingkirkan toksid dalam badan, malah ia juga rendah kalori.

3) Ambil jus perahan lemon dan madu pada setiap pagi ketika perut masih kosong.

www.myfussyeater.com

4) Kurangkan pengambilan karbohidrat terutamanya nasi putih. Gantikan dengan hidangan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayuran.

5)  Tambah pengambilan protein kerana protein berperanan membina otot badan sekaligus sangat efektif mengurangkan lemak dalam badan.

6) Makan banyak makanan tinggi serat kerana ia membuatkan perut kenyang lebih lama.

7) Elakkan junk food dan makanan segera kerana makanan ini selalunya tinggi gula dan garam yang boleh memperlambatkan proses penurunan berat badan.

8) Bersenam dengan betul. Tubuh badan yang aktif membantu proses penurunan berat badan dengan cepat. Boleh jogging, berenang, yoga atau senaman kardio yang diminati.

9) Jika mampu, hindarkan tiga ‘racun’ putih iaitu nasi, garam dan gula. Jika sukar melakukannya, kawal pengambilannnya.

10) Kecilkan saiz hidangan. Jika dulu anda ambil dua keping roti ketika sarapan, kali ini ambil sekeping sahaja.

https://eruportal.com

11) Jangan sesekali melangkau waktu makan kerana ia hanya membuatkan perut terlalu lapar sehingga anda makan lebih banyak daripada biasa.

12) Ambil buah-buahan yang tinggi kandungan air dan rendah kalori seperti tembikai, betik, dan strawberi.

13) Pilih snek berkhasiat jika anda suka mengunyah sebelum tiba waktu makan.

14) Jangan ambil hidangan lengkap melebihi 3 kali sehari.

15) Dapatkan tidur berkualiti. Masuk tidur dan bangun tidur pada waktu yang sama pada setiap hari.

16) Simpan makanan berkhasiat di dapur.

17) Cuba buang tabiat ‘snacking’ dengan minum banyak air kosong.

18) Dapatkan kebaikan cahaya matahari. Kajian menunjukkan mereka yang cukup vitamin D kurang stress. Apabila kurang stress, berat badan lebih mudah dikurangkan.

19) Timbang berat badan setiap dua hari untuk pastikan berat badan tidak tersasar.

20) Jangan mudah berputus asa jika mengikuti program diet.

Good luck!

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sun, 13 Jan 2019
Featured Sun, 31 May 2020
Gaya Hidup Sat, 22 Dec 2018
Gaya Hidup Tue, 17 Apr 2018

Ini Sebab Kenapa Anda Tak Patut Biarkan Handphone Anda Dicas Semalaman

Anda pernah dengarkan, yang kita tak patut biarkan telefon kita dicas berlebihan? Kononnya lama-lama kuasa bateri itu akan berkurangan.

Featured Sat, 26 Nov 2022

“Jangan Pandang Rendah Diri Sendiri” – Bicara Comel Mika Buka Mata Netizen

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat warganet. @mika_and_daddy Jangan pandang rendah dekat diri sendiri ya. Kena percaya. […]

Gaya Hidup Thu, 8 Nov 2018
Featured Thu, 9 Apr 2020

Kes keganasan rumahtangga meningkat sejak penularan wabak COVID-19

Krisis akibat arahan perintah duduk di rumah

Gaya Hidup Wed, 6 Mar 2019
error: Content is protected !!