Euforia Bola 2026
Acara By: Ad Ops February 20, 2018 @ 11:37am

Gegaria Fest Bakal Gegarkan Kuantan Sabtu Ini! Mira Filzah, Elfira Loy, Scha Al-Yahya Antara Awek Cun Yang Ada

Setelah menggegarkan lokasi Plaza Angsana, Johor Bahru pada 3 Februari lalu, Gegaria Fest kini bakal menggegarkan pula Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 24 Februari ini.

So, korang yang nak merasai kehangatan Gegaria Fest yang ‘panas’ diperkatakan sebelum ini, bolehlah serbu dan ajak kengkawan datang pada Sabtu ini.

Image via GoGegaria / Facebook

Dari awal pagi sehinggalah malam, memang havoc dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik di booth Lifestyle, e-Sports, Makan-Makan termasuklah aktiviti zumba dan konsert dari artis terkenal tanah air!

So sesiapa yang tak register untuk Zumba lagi, boleh register di sini cepat-cepat sebelum pendaftaran ditutup. Jangan nanti time hari kejadian korang merayu menangis nak T- shirt Gegaria yang diberi FREE, hmmm, memang tak akan dilayanlah jawabnya. So cepat-cepat register sekarang!

Mira Filzah Hangatkan Booth Lifestyle…

Image via GoGegaria / Facebook

Kalau di Shah Alam dan Johor Bahru kita ada si cumi-cumi Nabila Razali berkongsi tutorial hijab, kali ini kita ada si cantik lagi kebabom, Mira Filzah pula bakal berkongsi tutorial hijab dengan semua peminat kesayangannya di booth Lifestyle.

Selain Mira, kita juga ada Elfira Loy yang akan berkongsi tentang Social Media Responsibility, Klinik Imej dari Noorish Al- Qayyum serta Health Talk dari Dayang Damito dan Dayang Niesa.

Image via GoGegaria / Facebook

Bukan itu saja, di booth Lifestyle kita juga akan ada meet and greet dengan kumpulan De Fam, Noh Salleh, Faiz Dickie, Jinnyboy TV serta loving couple, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. Menarik kan?

Kalau korang tak datang memang rugi sangat- sangat! So, apa tunggu lagi, save the date, 24 Februari ini untuk Gegaria Fest di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang. Jumpa di sana!

Image via GoGegaria / Facebook

 

Please enable Javascript to watch this video

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 6 Sep 2019
Acara Fri, 3 Mar 2023

Yonnyboii, Alyph Cerita Kisah ‘Sengkek’

Dulu masa aku sengkek, kunyah roti dan kerepek…

Acara Tue, 29 Oct 2019

Spray anti VOC keluaran acson yang pertama di Malaysia

Memberi gaya hidup sihat dengan Pemulihkan udara dalaman!

Acara Thu, 25 Jul 2019
Acara Tue, 30 Aug 2022
Acara Wed, 4 Mar 2026

Semarak Sambutan Aidilfitri Dimeriahkan Dengan Lakaran Syawal

Lakaran Syawal semarakkan kemeriahan Aidilfitri.

Acara Sun, 19 Jan 2020
Acara Mon, 9 Jul 2018

Di Sebalik Kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Raya Anjuran Media Prima Berhad

Memang meriah majlis rumah terbuka Media Prima Berhad pada Jumaat lalu.

Acara Sat, 17 Nov 2018

HABIB Raikan Ulangtahun Ke-60 Dengan Melancarkan Pameran Barang Kemas Berinspirasikan Warisan Malaysia

Setiap satu daripada barang kemas ini mempunyai kisah emosi tersendiri.

Acara Thu, 20 Feb 2020
error: Content is protected !!