Euforia Bola 2026
Acara By: Aqilah Paharuzi March 4, 2026 @ 1:06pm

Semarak Sambutan Aidilfitri Dimeriahkan Dengan Lakaran Syawal

Melawati Mall menyemarakkan kemeriahan Aidilfitri tahun ini menerusi kempen raya ‘Lakaran Syawal’ yang menggabungkan elemen seni ukiran kraftangan Melayu, fesyen serta pelbagai aktiviti budaya menarik.

Kempen yang berlangsung hingga 6 April 2026 itu dirasmikan pereka fesyen terkenal, Datuk Indera Tom Abang Saufi, sekali gus menampilkan kolaborasi khas yang mengangkat keindahan seni warisan dalam sentuhan moden.

Antara tarikan utama ialah gerai khas di Meranti Court yang menghimpunkan pelbagai jenama tempatan seperti McVogue, Love Trisha, Anna Satrin, Orchid Classic dan Al Haraman yang menawarkan fesyen raya, samping serta aksesori.

Bagi memudahkan persiapan Aidilfitri di saat akhir, Melawati Mall turut melanjutkan waktu operasi sehingga jam 12 tengah malam pada tarikh terpilih termasuk 27 dan 28 Februari serta 6, 7, 13 dan 14 Mac.

Pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai ganjaran eksklusif termasuk penebusan Sampul Duit Raya Seni Syawal, Tikar Corak Seri serta Kotak Hadiah Ukiran Raya dengan perbelanjaan minimum tertentu.

Selain membeli-belah, suasana raya turut dimeriahkan dengan persembahan Dikir Barat, tarian raya moden serta kompang, menjadikan pengalaman berkunjung lebih meriah.

Menariknya, pembeli yang berbelanja RM100 dan ke atas dalam satu resit turut berpeluang memenangi percutian ke Korea Selatan bernilai RM15,000 menerusi peraduan khas hasil kerjasama bersama Traveloka.

Kempen Lakaran Syawal menjanjikan pengalaman membeli-belah raya yang unik sambil menghargai seni warisan tempatan dalam suasana perayaan yang penuh warna-warni.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Thu, 29 Sep 2022
Acara Fri, 31 May 2019

Silka Cheras rai 35 Penghuni Rumah Kasih Nurul Hasanah

Petugas Silka Cheras beramal dengan cara tersendiri!

Acara Tue, 17 Sep 2019

Koleksi Musim Luruh-Sejuk 2019 Safilo tampil kelainan

Penuh gaya dengan bingkai yang menarik dan aksesori yang berkilau!

Acara Mon, 4 Mar 2019
Acara Mon, 4 May 2020
#tilljannah Sun, 11 Sep 2022

Erra Fazira Ucap Tahniah Kepada Shahir, Doa Perkahwinan Kekal Ke Syurga

Lurvee Erra Fazira! Kawan yang baik kan?! ❤️

Acara Mon, 30 Jul 2018
Acara Thu, 25 Aug 2022

Hijrah Lisa Surihani Dipuji Ramai, Yusry Tidak Mahu Ambil Kredit – “Itu Apa Yang Dia Mahu, Bukan Saya Paksa”

Suka sangat dengan Lisa, Walau tanpa secalit make up tetap cantik dan berseri-seri 💖💖💖

error: Content is protected !!