Euforia Bola 2026
Acara By: Ad Ops July 30, 2018 @ 9:39pm

Hijab & Heels Berjaya Tawan Pengunjung Karnival Jom Heboh Dengan Aktiviti & Hadiah Menarik

Wow wow wow!

Kehangatan Karnival Jom Heboh (KJH) yang berlangsung pada hujung minggu lalu telah dirasai oleh beribu-ribu pengunjung yang membanjiri KL Sports City, Bukit Jalil.

Acara padang terbesar TV3 ini merupakan platform untuk penonton-penonton setia saluran itu berinteraksi dengan lebih dekat dan terbuka dengan artis-artis tanah air.

Selain itu, ada banyak gerai-gerai barangan dan makanan yang menawarkan pelbagai diskaun menarik. Rugi kalau pergi ke KJH tapi tak beli apa-apa!

Portal gaya hidup wanita moden, Hijab & Heels, juga tidak ketinggalan untuk melakukan aktiviti promosi bagi memperkembangkan lagi jenamanya.

Acara menarik

Untuk kedua-dua hari, pengacara dan personaliti televisyen Fiza Frizzy telah bertindak sebagai emcee untuk acara-acara yang berlangsung di booth Hijab & Heels.

Dengan personalitinya yang ceria dan lawak jenakanya yang tak pernah tak lucu, dia telah berjaya menyeronokkan lagi keadaan.

Acara highlight adalah Makeup Demo oleh jurusolek selebriti terkemuka Tiar Zainal yang berlangsung pada hari Ahad seiring dengan penampilan khas oleh aktres jelita Datin Sri Maria Farida.

Dengan menggunakan palette makeup Glam Rush oleh MF Cosmetique milik Maria sendiri, Tiar telah berkongsi tip-tip makeup sambil dia menyolek pelakon baru Fiza Jolie.

Pada hari Sabtu pula, sesi Makeup Demo telah dikendalikan oleh makeup dan special effects makeup artist berbakat Watiey Abdullah. Dia juga telah berkongsi dengan pengunjung tip-tip penggunaan alat solek mengikut jenis kulit.

Satu lagi sesi menarik di booth Hijab & Heels adalah Hijab Styling di mana Instagram star Sharifah Rose mengajar para pengunjung serta peminatnya cara-cara berbeza untuk memakai tudung.

Selain itu, Hijab & Heels juga telah mengajak Chinta Nellasari untuk kongsikan kepada pengunjung teknik-teknik memakai bulu mata palsu yang betul. Rumit juga rupanya!

Selain itu, para pengunjung booth Hijab & Heels berpeluang untuk menikmati urutan tradisional yang relaxing oleh Mila dari Sri Mawar Spa.

Permainan syok!

Pada kedua-dua hari tersebut juga, team Hijab & Heels telah mengadakan 5 jenis permainan ringkas di mana para pesertanya yang terdiri daripada pengunjung KJH sendiri, berpeluang untuk memenangi hadiah menarik.

Permainan pertama adalah Teka Alat Aksesori Makeup di mana orang ramai cuma perlu namakan alat-alat aksesori solekan seperti eyelash curler, beauty blender dan pore cleaning silicone.

Permainan kedua adalah Siapa Cepat Dia Menang. Sesiapa dalam kalangan pengunjung yang menunjukkan barangan kepunyaan mereka yang krew Hijab & Heels minta seperti duit kertas RM1 atau jam tangan G-Shock paling cepat, akan menang.

Permainan Teka Bau Makanan melihat 5 peserta meneka bau pelbagai jenis ramuan masakan yang krew Hijab & Heels telah sediakan. Antaranya adalah bawang putih, oregano, buah pelaga, serbuk teh wangi dan ikan masin.

Untuk kesemua permainan ini, para peserta telah membawa pulang cenderahati ekslusif oleh Hijab & Heels.

Pertandingan yang lebih special hadiahnya adalah Makeup Couple dan Hijab Styling.

Dalam game pertama itu, 3 pasangan (sama ada suami isteri atau ibu dan anak lelaki) telah dipilih. Si lelaki perlu mengenakan makeup pada muka si perempuan. Mencabar juga!

Satu lagi pusingan menyaksikan salah seorang dalam setiap pasangan memakaikan makeup ke muka temannya. Bunyi macam senang? Langsung tak, kerana matanya ditutup dengan kain!

Pemenang telah membawa pulang sebuah palette makeup MF Cosmetique tajaan Datin Sri Maria Farida serta bulu mata palsu oleh Diva’s Secret Ifa Raziah.

Pertandingan Hijab Styling juga melibatkan 3 pasangan lelaki-perempuan, tapi kali ini, si lelaki perlu pakaikan tudung pada si perempuan, dalam gaya turban atau glam.

Para peserta game ini dihadiahkan tudung-tudung dari Butik Citra Aida dan Tudung People, serta bulu mata palsu oleh Diva’s Secret Ifa Raziah.

Kesemua permainan dan pertandingan ini memang kelakar tapi syabas diucapkan kepada pemenang dan terima kasih kerana sporting!

Sambil kesemua acara menarik ini berlangsung, orang ramai juga berpeluang untuk menangi pelbagai cenderahati eksklusif Hijab & Heels yang menarik seperti T-shirt, cap serta lanyard.

Mereka cuma perlu Like dan Follow akaun media sosial Hijab & Heels dan putarkan “Roda Impian” sebelum mereka boleh pilih hadiah apa yang mereka ingini. Walaupun cuaca panas terik ataupun hujan, mereka tetap datang.

Untuk itu, terima kasih kepada semua yang telah bantu menjayakan acara Hijab & Heels ini! Jumpa lagi di KJH seterusnya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 28 Sep 2018

Hijab & Heels Kini Di Program Wanita Hari Ini, TV3

Mulai Oktober ini, jangan lupa tengok ya!

Acara Fri, 21 Dec 2018

Jom Bawa Anak-Anak Ke Karnival Upin & Ipin 2018 Di MAEPS Serdang!

Karnival Upin & Ipin 2018 ini akan berlangsung sehingga 23 Disember 2018.

Acara Tue, 10 Mar 2026

‘Lebaran Klasika Raya’ Hidupkan Nostalgia Sambutan Aidilfitri Zaman Dulu

Kempen yang berlangsung bermula 6 hingga 30 Mac itu dianjurkan oleh 168 Park Mall

Acara Wed, 13 May 2020
Acara Sun, 12 Feb 2023
Acara Thu, 28 Nov 2019
Acara Fri, 13 Sep 2019

ABPBH32: Siapa akan dinobat juara Kategori Online?

Undi artis kesayangan anda sebelum tarikh undian ditutup!

Acara Mon, 3 Sep 2018

Festival Gegaria #KitaPunya Pukau Puluhan Ribu Pengunjung, Cayalah!

Kali ini, festival ini bertemakan Hari Merdeka!

Acara Thu, 9 Aug 2018

Wow! Fasha Sandha Pernah Memenangi Pertandingan Kerana Giginya Cantik!

Tugasan Ikon Aurawhite itu turut digalas Fasha bersama Izzue Islam serta pendakwah bebas, PU Azman.

Acara Sun, 3 May 2020
error: Content is protected !!