Euforia Bola 2026
Acara By: Atiqah Johari April 5, 2024 @ 5:28pm

Konsert Debut ‘Malam Melankolia’ Bawa Pamungkas & Nadhif Basalamah Live In Malaysia!

KIG Live mempersembahkan ‘Malam Melankolia: Pamungkas & Nadhif Basalamah Live in Malaysia’, konsert yang bakal menampilkan penyanyi dari negara seberang, Pamungkas dan Nadhif Basalamah ini bakal diadakan di Zepp, KL pada 3 Mei 2024, 8.30 malam.

‘Malam Melankolia’ julung kalinya diadakan bukan sekadar konsert gabungan dua penyanyi pop ini malah bakal membuatkan para penonton merasai dan mendalami setiap komposisi berjiwa, hasil nukilan masing-masing. Dikenali dengan suara dan bakat yang mengagumkan, tidak dinafikan lagi mereka akan mencipta satu malam yang tak dapat dilupakan peminat.

Pamungkas, bintang muda dalam arena muzik Indonesia, telah menawan hati peminat di seluruh dunia dengan lagu-lagu yang menyentuh jiwa dan vokal yang kuat. Dengan hit seperti ‘To the Bone’, ‘Kenangan Manis’ dan ‘One Only’, Pamungkas terus mendapat pujian atas lirik-liriknya yang introspektif dan menusuk kalbu setiap pendengar.

Turut bergabung dengan Pamungkas di atas pentas adalah Nadhif Basalamah, pemilik lagu Penjaga Hati yang tular selama beberapa bulan ini juga telah menduduki carta muzik stesen radio tempatan. Nadhif yang memiliki suara lunak dan penuh perasaan ini telah pun menambat hati para peminat di Malaysia melalui aplikasi media sosial TikTok. Dengan gabungan unik pengaruh folk dan indie-pop, Nadhif Basalamah berjanji untuk memikat penonton dengan melodi yang menyentuh dan cerita yang mengasyikkan.

Dengan kedatangan KIG Live di Malaysia, syarikat ini tetap komited kepada visinya untuk mencipta pengalaman yang menyeluruh yang dapat menyentuh hati peminat muzik di mana-mana. Dengan pemahaman yang mendalam terhadap industri dan dedikasi kepada kecemerlangan, KIG Live bersedia untuk memberikan pengalaman konsert yang akan memberi impak dan menyentuh hati penonton Malaysia.

“Kami sangat teruja untuk membawa semangat kami dalam dunia hiburan secara langsung ke Malaysia dan memperkenalkan penonton kepada melodi-melodi emosional Pamungkas dan Nadhif Basalamah,” kata Rendra R. Saputra, CEO KIG Live. “Konsert bersama ini, yang diberi judul ‘Malam Melankolia’ dengan sewajarnya, merayakan tema-tema romantis dan melankolis yang biasa ditemui dalam muzik dan lirik mereka. Peminat boleh mengharapkan sebuah malam yang sangat emosional, untuk kedua-dua artis dan penonton”.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada acara muzik yang tak terlupakan ini. Tandakan tarikh pada 3 Mei 2024, dan sertailah kami di Zepp, KL untuk satu malam yang penuh dengan melodi yang bermakna dan persembahan yang penuh perasaan. Tiket akan mula dijual bermula 3 April 2024, pukul 12 tengah hari melalui www.kiglive.com.

Harga tiket bermula dari RM550 (Marigold VIP), RM300 (Rose Free Standing), RM220 (Lily Free Standing), RM300 (Orchid Numbered Premium Seating), dan RM250 (Daisy Numbered Seating). Harga tidak termasuk bayaran pemprosesan sebanyak RM4 dan SST. Setiap individu boleh membeli maksimum 6 tiket.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Malam Melankolia: Pamungkas & Nadhif Basalamah Live in Kuala Lumpur’, layari laman web rasmi KIG Live (www.kiglive.com) dan ikuti KIG Live Malaysia di media sosial.

Pamungkas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Feb 2025
Hiburan Wed, 21 Jan 2026

Dikritik Soal Kecantikan, Isteri Ben Amir Sekat Komen Negatif Demi Ketenangan Jiwa

Isteri Ben Amir, Liana Alara menegaskan dia tidak mahu komen negatif netizen menganggu mentalnya

Hiburan Wed, 18 Mar 2026

“Saya B40, Tak Layak Salam Datin T20″ – Azza Elite Jawab Dakwaan ‘Tak Semenggah’, Dikritik Sendu… Akui Ada ‘Penyakit’ Rendah Diri

Keutamaan hidupnya kini lebih tertumpu kepada ketenangan dan kestabilan berbanding mengejar populariti.

Featured Wed, 23 Apr 2025

“Ini Datin Seri Bukan Mak Cik Ya”- Aliff Syukri Belanja Isteri Barang Kemas RM1.5 Juta

Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video pendek di akaun Instagram miliknya.

Hiburan Sun, 27 Oct 2024

Rangkaian Televisyen Media Prima Rangkul 17 Trofi Anugerah Seri Angkasa 2024

Tahniah Rangkaian Televisyen Media Prima, rangkul 17 trofi Anugerah Seri Angkasa 2024

Trending Sun, 30 Dec 2018

Selatan Filipina Digegar Gempa Bumi Kuat, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Selepas Indonesia, Giliran Selatan Filipina Digegar Gempa Bumi Kuat, Amaran Tsunami Dikeluarkan

FESYEN Wed, 8 May 2019

Jom Shopping Raya! Adira Suhaimi Tampil Dengan Koleksi Tudung Adira X Hermanas

Koleksi ini boleh didapati dengan harga RM69 sehelai. Murahnya!

error: Content is protected !!