Euforia Bola 2026
Acara By: Padin September 12, 2025 @ 11:13am

Pembukaan Cawangan ke-16 Gula Cakery Di The Curve Meriah… Suasana Gamat Apabila Alyph Hiburkan Pengunjung!

Suasana The Curve bertambah meriah apabila jenama F&B tempatan terkemuka, Gula Cakery merasmikan pembukaan cawangan ke-16 mereka di pusat beli-belah terbabit, pada Khamis!

Suasana bertukar gamat apabila kemunculan istimewa penyanyi rap popular, Alyph, membuat persembahan sempena majlis terbabit.

Dengan barisan lagu hits yang sudah sinonim dalam kalangan peminat muzik tempatan, persembahan bertenaga Alyph berjaya mencuri tumpuan pengunjung yang membanjiri pusat beli-belah itu sejak awal pagi.

Bukan sekadar menghiburkan, Alyph turut meluangkan masa bersama peminat menerusi sesi ramah mesra dan bergambar.

Gelak tawa serta sorakan peminat mewarnai suasana, menjadikan majlis ini bukan hanya pelancaran cawangan baharu, tetapi juga satu pengalaman komuniti yang penuh bermakna.

Pemilihan pusat membeli belah terbabit sebagai lokasi baharu bukan sekadar strategi, tetapi juga satu pengiktirafan.

Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif jenama terbabit, Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal, jemputan rasmi daripada pihak pengurusan pusat membeli belah itu sendiri membuktikan keunikan serta kekuatan jenama ini.

“Kami mahu The Curve menjadi simbol perjalanan Gula Cakery, bukan hanya tempat menikmati hidangan, tetapi destinasi meraikan momen istimewa bersama insan tersayang,” katanya.

Cawangan baharu ini tampil sebagai flagship experience dengan dekorasi kontemporari ala kafe Eropah serta menu gabungan Mexican, Western dan Local, di samping rangkaian kek ikonik yang menjadi tarikan utama sejak mula beroperasi dari dapur rumah lebih sedekad lalu.

Bagi Arieni, cabaran pasca pandemik ditangani melalui latihan pasukan, sistem operasi lebih kukuh, serta pengekalan piawaian premium agar setanding reputasi The Curve. Pengalaman menimba ilmu menerusi Program LEAP di Universiti Oxford turut memberinya keyakinan bahawa jenama tempatan mampu berdiri megah di pentas antarabangsa.

Dengan sokongan pelanggan setia, Gula Cakery terus berkembang dari Kota Kemuning hingga ke lokasi premium seperti Damansara, membuktikan jenama halal bumiputera ini semakin kukuh sebagai peneraju industri F&B tempatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 31 Jul 2023
Fab Foodies! Thu, 11 Oct 2018

Makan Papadom, Sekeping Bersamaan 857mg Garam

Bahaya Makan Papadom, Sekeping Bersamaan 857mg Garam

Acara Wed, 25 Sep 2019

Etiqa lancar skim perlindungan penyakit mental yang pertama di Malaysia

Penyakit berkaitan dengan mental tidak harus dipandang remeh!

Acara Fri, 25 Oct 2019

Parti Halloween Day of The Dead di Lost World of Tambun mengujakan!

Festival Seni Tengkorak meriahkan parti Halloween LWOT

Fab Foodies! Sun, 17 Jun 2018

端午吃粽「这5种人」别放纵!

端午节即将到来,粽子也是这个时节不可缺少的美食之一。但有消化道问题或慢性疾病者,吃粽时可要多加留意,切勿过量食用。

Fab Foodies! Thu, 4 Oct 2018

Pakcoy Adik Beradik Sawi Ke?

Pak Coy satu sayuran dari keluarga sawi yang berasal dari China, yang membezakan dengan sawi

Fab Foodies! Tue, 6 Nov 2018

吃全麦面包比较健康?专家曝4陷阱

小心全麦制品的陷阱!

Fab Foodies! Tue, 3 Feb 2026

Jom Iftar! Nostalgia Rasa Malaysia Semarakkan Bulan Ramadan

Bufet Ramadan ini akan berlangsung dari 23 Februari hingga 15 Mac 2026

Acara Wed, 10 Apr 2019
error: Content is protected !!