Euforia Bola 2026
Acara By: Padin September 26, 2022 @ 7:44pm

Julang Karya Adaptasi Pilihan Peminat, Undian Anugerah Telenovel ke-8 Terima Maklum Balas Positif

Undian atas talian bagi Anugerah Telenovela Ke-8 (ATN8) tahun ini menerima maklum balas positif.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah ATN8, Datuk Rosmarayu Mokhtar, jumlah undian yang diterima menjadi tanda kesetiaan peminat yang selama ini menjadi tulang belakang kerjaya pelakon kegemaran mereka.

“ATN8 terbahagi kepada dua konsep penilaian iaitu pemilihan calon oleh juri profesional dan pemilihan calon oleh peminat melalui undian atas talian.

“Undian online sangat mendapat sambutan sehingga mencecah 4.8 juta penyertaan peminat. Sambutan luar biasa kali ini adalah disebabkan kesetiaan peminat terhadap artis pujaan masing-masing.

“Pernah juga sistem pengundian ini cuba diceroboh, namun kami memiliki sistem kawalan keselamatan yang sangat kebal.

“Sistem pengundian pada kali ini sangat mencabar kerana ia menggabungkan pencalonan karya terbitan bagi tahun 2019, 2020 dan 2021,” katanya.

Sementara itu, pengundian online bagi fasa 1 ATN8 telah mula dilancarkan pada Mac lalu bagi memberi peluang kepada para peminat tegar untuk mengundi karya-karya adaptasi ‘Book2Screen’, iaitu novel ke drama, telefilem dan filem.

“Pada tahun ini, terdapat 106 calon telenovela telah berentap bagi merebut lebih 40 Anugerah menerusi dua kategori, iaitu Kategori Popular (100 peratus undian online) dan Kategori Terbaik (100 peratus penjurian oleh juri profesional).

“Kesemua karya adaptasi yang tercalon mestilah ditayangkan di televisyen atau stesen satelit atau stesen umum (Free To Air) atau pawagam. Buat masa ini, pencalonan bagi tayangan melalui laman sosial tidak akan diterima,” tambahnya.

Dalam pada itu, Pengurus Projek ATN8, Dr Roslan Basarudin menjelaskan, pihak penganjur masih lagi mencari penajaan dari mana-mana pihak bagi merealisasikan anugerah berkenaan.

“Jika sesiapa ada mengikuti kami pada tahun sebelum ini ia tidaklah sebesar penganjuran anugerah hiburan yang lain. Hal ini berlaku kerana kekangan bajet penganjuran yang terhad.

“Saya bersama Rosmarayu sentiasa komited dalam mendukung hasrat kerajaan untuk merancakkan lagi industri penerbitan dan seni kreatif negara dengan penghasilan karya-karya yang berkualiti tinggi dan bertaraf dunia.

“Seterusnya bakal memberikan impak besar terhadap pembangunan tamadun, sosial serta ekonomi negara menurut acuan Keluarga Malaysia,” katanya.

ATN8 anjuran bersama Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dan D’Ayu Pictures Sdn Bhd.

Antara kategori bagi undian online termasuklah Novel Popular, Telenovela Popular, Pelakon Lelaki Telenovela Popular, Pelakon Wanita Telenovela Popular dan Pasangan Serasi Popular. Undian atas talian bagi fasa ketiga top 5 pula telah dilancarkan pada 20 September 2022.

Senarai penuh pencalonan ATN-8 boleh dilawati di laman web rasmi Anugerah Telenovela http://www.anugerahtelenovela.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 29 Jan 2018

Jom Meriahkan Gegaria Johor Bahru

Festival Gegaria ini terbahagi kepada lima zon utama iaitu Zon Makan-Makan #Gegaria, Zon Throwback Tunnel #Gegaria, Zon Gaya Hidup #Gegaria, Zon Komuniti #Gegaria, dan Zon Hiburan #Gegaria.

Acara Thu, 27 Nov 2025
Acara Fri, 1 May 2020

Nasi kerabu imbau kenangan berbuka di kampung

Hotel Maya buat penghantaran ke rumah

Acara Wed, 26 Sep 2018
Acara Fri, 18 Oct 2019

Menu popular Kenny Rogers Roasters buat kemunculan semula

Garlic Butter Chicken, ayam panggang yang dilimpahi dengan sos berkrim mentega dan bawang putih

Acara Tue, 30 Oct 2018

Kehangatan Karnival Jom Heboh Di Angsana Johor Bahru Turut Dirasai Di Booth Hijab & Heels

Sama seperti edisi Jom Heboh sebelum ini, acara ini memang seronok.

Acara Thu, 27 Feb 2020
Acara Fri, 10 Aug 2018
Acara Fri, 3 Feb 2023

Erna Elliyana & Shuib Sepahtu Anjur Kamya Fest, Tampilkan 20 Selebriti Popular

Barisan selebriti popular seperti Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor 88, Wak Doyok, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, Bella Astillah, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol dan […]

error: Content is protected !!