Euforia Bola 2026
Acara By: Fadzlena Jafar February 27, 2020 @ 7:20pm

Kraftangan Malaysia perkenal inisitiaf digital bagi pikat generasi muda

Kraftangan Malaysia bakal melancarkan hab digital kraf yang diharap dapat meningkatkan daya saing industri kraf negara supaya setanding dengan negara pengeluar kraf utama lain, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (KPSB), Datuk Dr Noor Zari Hamat, berkata inisiatif berkenaan juga diharap dapat merancakkan aktiviti keusahawanan kraf tempatan seiring dengan tema sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2020 (HKK 2020), Kraf Memperkasa Sosioekonomi Rakyat.

Dr Noor Zari ketika melancarkan Hari Kraf Kebangsaan (HKK 2020) di Kompleks Kraf Jalan Conlay Kuala Lumpur. Gambar NSTP/Jim

“Bersesuaian dengan konsep Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 melalui Teras Strategik Memperkukuhkan Kesejahteraan Sosial, seni kraf dilihat antara industri yang mampu meningkatkan sosioekonomi rakyat.

“Oleh itu, inisiatif digital ini mampu menyebarluaskan mengenai aktiviti kraf di seluruh negara dan secara tidak langsung dapat menarik golongan muda untuk mempelajari seni kraf tertentu termasuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama,” katanya pada sidang media sejurus majlis pelancaran HKK 2020 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia, Suryani Senja Alias; Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) KPSB, Saraya Arbi; Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) KPSB, Mohd Zamri Mat Zain serta Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Ibrahim Ismail.

Dari kanan, Ibrahim, Dr Noor Zari, Suryani, Saraya dan Mohd Zamri bergambar di pameran adiguru kraf sempena HKK 2020 di Kompleks Kraf Jalan Conlay Kuala Lumpur. Gambar NSTP/Jim

HKK 2020 yang juga sebahagian daripada aktiviti bagi memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2020 bukan saja menjadi platform bagi usahawan kraf menjual produk dihasilkan, tetapi juga menyediakan pelbagai acara istimewa yang pasti menjadi tarikan pelancong luar negara dan tempatan.

Seramai 325 usahawan kraf terbabit dalam HKK 2020 merangkumi produk hasil rimba, hasil logam, hasil tanah dan ekstil seperti batik, tenun serta songket yang dijual pada harga berpatutan.

Berikut antara aktiviti dianjurkan:

1. Pameran Perdana

Memaparkan pelbagai gambar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menghadiri pelbagai program industri kraf tempatan

2. Pameran Batik Beragi Pahang

Pameran ini memaparkan hasil tangan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mengilhamkan motif corak beragi

3. Pameran 40 Tahun Kraftangan Malaysia

Usahawan kraf tekat dari Kuala Kangsar turut memeriahkan HKK 2020. Gambar NSTP/Jim

Sejarah hampir empat dekad penubuhan agensi di bawah KPSB ini akan dipaparkan bagi menunjukkan perkembangan sejak ditubuhkan yang berjaya meningkatkan penghasilan kraf negara

4. Pameran Produk Baru Tahun Melawat Malaysia 2020

Orang ramai berpeluang membeli pelbagai hasil kraf yang sesuai dijadikan cenderamata

5. Hab Digital Kraf

Pengunjung dapat melihat sendiri inisiatif digital yang dirancang bagi merancakkan industri kraf negara

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 30 Aug 2019
Acara Mon, 15 Jun 2026

REV Media Group Ungguli MDA d’Awards 2026, Rangkul Tujuh Anugerah Termasuk Dua Emas Utama

REV turut menerima empat anugerah perak menerusi kategori Best AI & Digital Tech Products, Best Use of Content / Advertorial / Native Advertising, Best Use of Integrated Screens dan Rising Star.

Acara Sun, 15 Mar 2020
Acara Wed, 4 Apr 2018

Apo Kono Eh Jang Duduk Rumah Ajo. Jom Poie Gegaria Fest Seremban 7 April Ini!

Kini giliran orang Seremban pula! Gegaria Fest akan berlangsung pada Sabtu ini (7 April) di Dataran Centrio Seremban 2.

Acara Thu, 25 Aug 2022

Hijrah Lisa Surihani Dipuji Ramai, Yusry Tidak Mahu Ambil Kredit – “Itu Apa Yang Dia Mahu, Bukan Saya Paksa”

Suka sangat dengan Lisa, Walau tanpa secalit make up tetap cantik dan berseri-seri 💖💖💖

Acara Tue, 21 Aug 2018

Sertai Tarian Kecergasan Di Gegaria Fest, Putrajaya. Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda!

Cabutan bertuah bernilai lebih RM2000 termasuklah FitBit Alta HR, peralatan elektrik dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti anda.  

Acara Fri, 3 Mar 2023

Yonnyboii, Alyph Cerita Kisah ‘Sengkek’

Dulu masa aku sengkek, kunyah roti dan kerepek…

error: Content is protected !!