Euforia Bola 2026
Acara By: Fatin Nurain December 4, 2022 @ 12:00pm

Diserang ‘Panic Attack’ Di FFM32, Maya Karin Berterima Kasih Dengan Faizal Hussein – “My Hero Last Night”

Baru-baru ini, pelakon Maya Karin mendedahkan dirinya diserang ‘panic attack’ ketika ingin menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM), Jumaat lalu.

Berdasarkan video yang tular di TikTok, Maya kelihatan menggigil dan hampir pitam sewaktu membacakan skrip pencalonan anugerah untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik ketika menyampaikannya bersama Faizal Hussein.

Namun, pelakon itu sempat meminta maaf dan memaut pada bahu Faizal untuk membuka kasutnya bagi memastikan dirinya tidak rebah ketika menyampaikan anugerah.

@madermyzaeskayvie Tahniah maya karin berjaya kawal serangan panic anxiety di atas pentas festival filem malaysia #mayakarin #anxiety #panicattack ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Menerusi perkongsian di Instagram, aktres jelita itu sempat memuat naik fotonya bersama Faizal diiringi kata-kata penghargaan buat pelakon lelaki itu yang membantunya sehingga selesai sesi penyampaian anugerah.

“My hero last night .. such a gentleman, siap kutip my shoes yang tertinggal atas pentas,” tulisnya.

Memetik laporan Astro Awani, Maya menyatakan dia kini dalam keadaan yang baik biarpun masih trauma dengan nasib yang menimpanya.

“Keadaan saya semakin baik. Namun, saya masih trauma. Sudah tentu saya berharap ia tidak pernah berlaku,” katanya.

Sumber: Astro Awani dan Instagram Maya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Siapa Yang Tak Nak Kahwin Kan?

Tambahnya, bukan niat untuk mengelak tetapi dia belum bersedia berkahwin memandangkan banyak perkara berkaitan projek lakonan perlu diselesaikan.

Trending Thu, 30 Aug 2018
Featured Wed, 24 Feb 2021
Hiburan Fri, 30 Nov 2018

Wohoooo! Tiket Konsert BLACKPINK Sudah Mula Dijual

Berita baik bagi pengguna Mcalls muzik, anda bakal menikmati diskaun sehingga 40% daripada harga tiket dan pembelian boleh dibuat bermula 30 November.

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

NOVEMBER MUSIM ARTIS BERTUNANG

Kedua-dua pasangan ini juga bersyukur kerana majlis pertunangan ini berjalan dengan lancar dengan dihadiri oleh keluarga dan kawan-kawan rapat.

error: Content is protected !!