Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd February 24, 2021 @ 8:48pm

Muat Naik Foto “Baby Bump” , Yusry Umum Lisa Surihani Hamil Anak Ketiga

Pasangan selebriti “Malaysian Sweetheart” Datin Lisa Surihani dan Datuk Yusry Abdul Halim mengumumkan berita gembira hari ini apabila mengesahkan Datin Lisa Surihani kini hamil anak ketiga.

Menerusi status yang dimuat naik di laman Instagram, Datuk Yusry mengatakan mereka tidak berniat menyembunyikan khabar gembira tersebut kepada peminat.

Assalamualaikum. BismillahiMasyaAllah. Selepas upload gmbr sempena ulangtahun perkahwinan bersama isteri, ada beberapa yang berteka teki sama ada isteri saya mengandung. Pd hari ini , ada reporter mintk pengesahan. Tanpa niat ingin bersembunyi, kami cuma ambil pendekatan dgn fikiran, mungkin kali ini, “tk perlu utk pengumuman, lambat laun, orang akan tahu juga”. Anugerah minhah ini tentunya kami amat bersyukur kepada Allah Azza Wa Jalla, dan ia sudah dikongsikan di kalangan keluarga dan rakan rapat. Pada masa yang sama, terdetik di hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun lama utk mendapatkan zuriat. Ia bukan sesuatu yang senang yang dilalui, dan kami mendoakan mereka , moga doa mereka dimakbulkan , Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk mereka. Tambahan pula, dalam keadaan pandemik ini, byk lagi masalah negara dan keluhan rakyat yang perlu dititikberatkan. Moga Allah swt melindungi kita semua. Terima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan yang baik-baik untuk kami. Stay safe semua.

Malah, pasangan tersebut mengesahkan turut berkongsi berita kehamilan bahawa keluarga rapat dan kenalan terdekat.

Status tersebut dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan para peminat yang tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata ketiga mereka.

Khabar angin kehamilan Datin Lisa mula bertiup kencang apabila Datuk Yusry dilihat memuat naik foto romantis bersama di laman Instagramnya sempena ulang tahun mereka yang kesembilan.

Tahniah diucapkan buat keluarga mereka dari kami di Xtra!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 7 Apr 2020
Featured Wed, 29 Oct 2025

“Aku Tengah Nak Hadam Maksud Cinta Sejati” – Erma Fatima

Erma Fatima berkongsi pandangan penuh makna mengenai erti sebenar cinta sejati, yang disifatkannya sebagai pinjaman daripada Allah SWT.

Featured Tue, 2 Mar 2021
Trending Wed, 19 Aug 2020

Penjara 3 Tahun Atau Denda RM20,000 Gara-Gara Pasang Bendera Malaysia Terbalik

Ingat! Jangan sesekali pasang bendera terbalik. check dulu okay!

Featured Tue, 29 Aug 2023
Events Mon, 31 Jul 2023
Hiburan Wed, 2 Jul 2025
error: Content is protected !!