Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops February 20, 2018 @ 11:44am

Setajam Manakah Mata Anda? Jom Cari Benda Tersembunyi Dalam Puzzle Yang Telah Viral Ini

Sejak beberapa tahun lalu, ada individu yang telah memuatnaik pattern puzzle, dan cabarannya adalah anda perlu cari benda tersembunyi di dalam gambar yang diberikan.

Ia memang challenging kerana anda bukan saja perlukan sepasang mata yang tajam. Anda juga perlu ada tahap kesabaran yang tinggi kerana besar kemungkinan anda akan putus asa disebabkan oleh kerumitan teka-teki tersebut.

Untuk sesiapa yang belum pernah cuba tapi berminat, jom tengok puzzle-puzzle ni:

1. Dapatkah anda cari sekeping kad Krismas dalam gambar ni?

https://www.facebook.com/thedudolf/

Kita mula dengan yang mudah dulu. Ini adalah salah satu puzzle yang terkandung dalam buku “Bear’s Merry Book of Hidden Things” yang diterbitkan oleh pelukis dari Hungary, Gergely Dudás. Anda perlu cari sekeping kad Krismas antara banyak-banyak gift bag yang bewarna-warni tu.

Dah jumpa? Kalau tak berjaya, tengok jawapannya di bawah.

www.facebook.com/thedudolf/

2. Cari seekor panda

www.facebook.com/thedudolf

Ini satu lagi puzzle mudah dan comel dari Gergely Dudás. Anda nampak tak kelibat seekor panda antara orang-orang salji ni? Mudah je!

www.facebook.com/thedudolf/

Anda boleh layari Facebook Gergely untuk puzzle-puzzle lain yang dia telah hasilkan.

3. Ada 550 kambing biri-biri dalam gambar ni

twitter.com/pilgrimfarms

Pekerja ladang dari Canada, Liezel Kennedy, memuatnaik gambar ini di Twitter pada tahun 2015. “Saya hampir tak jumpa kambing biri-biri saya,” tulisnya.

Nampak tak di mana?

twitter.com/pilgrimfarms

Kat situ je rupanya! Kalau tak zoom, memang anda akan ingat kambing-kambing tu adalah sebahagian dari landscape di dalam gambar ni. Anda juga mungkin menyangka kambing-kambing tu bewarna putih.

4. Apa yang anda nampak dalam gambar ni?

www.facebook.com/Bevvoo

Warga United Kingdom Arron Bevin telah memuatnaik gambar ini di dalam Facebook pada tahun 2016. Tak lama kemudian ia menjadi viral apabila ramai berasa seronok dengan ilusi optik dalam gambar ini. Anda nampak tak apa yang “tersembunyi”?

www.facebook.com/Bevvoo

Ya! Sepuntung cerut!

5. Artis Liu Bolin ada di dalam gambar ini. Tapi di mana ya?

Digelar sebagai Human Chameleon, artis dari China Liu Bolin terkenal dengan gambar-gambar di mana dia menyamarkan diri ke dalam latar belakangnya. Lazimnya, dia mengambil masa 10 jam untuk mengecat badannya untuk serupa dengan background.

Gambar di atas telah diterbitkan dalam bukunya Liu Bolin: The Invisible Man. Anda nampak tak dia di mana?

www.kleinsungallery.com/

Anda boleh tengok hasil-hasil kerja Bolin yang lain di sini. Menarik tau!

6. Ada sebuah telefon bimbit di dalam gambar ni

www.facebook.com/jeyamay.cruz

Gambar ni pernah viral di Facebook beberapa tahun lepas. Memang pecah kepala nak cari handphone tu.

www.facebook.com/jeyamay.cruz

Rupa-rupanya casing untuk phone tu dah nak dekat serupa dengan karpet!

7. Salah seorang ballerina ini berbeza dari yang lain

www.facebook.com/dancewearcentral/

Gambar ini diterbitkan oleh Dancewear Central, syarikat yang mengeluarkan pakaian untuk penari-penari. Menurut Reader’s Digest, hanya satu dalam 10 orang boleh mengesan perbezaan antara ballerina-ballerina dalam gambar ni. Adakah anda salah seorang yang berjaya?

Dancewear Central

Ye, kasut seorang ballerina tu lain dari yang lain! Patutlah susah! Dua garisan pendek tu je yang membezakan.

8. Nampak tak seekor kura-kura?

www.lenstore.co.uk/vc/can-you-spot-it/

Nampak je gambar ni dipenuhi dengan bunga teratai, tapi ada seekor kura-kura yang tersembunyi. Tengok betul-betul tau.

www.lenstore.co.uk/vc/can-you-spot-it/

Alahai comelnya kura-kura tu. Patutlah susah nak cari.

9. Ada satu snowflake yang lain dari yang lain

www.casumo.com/en/

Buka mata anda besar-besar sebab puzzle ini susah sikit untuk cari jawapannya. Jumpa tak yang mana satu?

www.casumo.com/en/

Ini jawapannya. Sekarang cabarannya nak kena cari kat mana snowflake ni berada dalam gambar tadi.

10. Ada satu kapal terbang yang berlawanan arah berbanding kapal-kapal lain

www.aph.com

Untuk puzzle yang ini pun anda kena buka mata besar-besar tapi taklah sesusah puzzle snowflake tu. Nampak tak? Jangan terkeliru!

www.aph.com/

Tu dia, di atas negara Turki. 

Haih, walaupun puzzle-puzzle ini susah, anda akan rasa syok dan puas kalau anda berjaya cari jawapannya. Bagi anda, yang mana paling susah?

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 6 Dec 2018

Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Doorway Effect’

Jangan risau, kesan lupa ini hanya seketika saja.

Featured Wed, 25 Jul 2018

Tumit Kaki Pecah & Merekah? Jom Guna Bahan Ini, Gerenti Licin!

Meskipun ramai yang tidak memandang serius mengenai permasalahan ini, namun ia juga sama penting dengan merawat wajah.

Featured Wed, 30 May 2018

Biarpun Sibuk Shooting, Ia Bukan Alasan Emma Maembong Tidak Berpuasa!

Jom semak tip sahur dan cara pelakon yang popular menerusi drama “Kau Yang Terindah” ini kekal bertenaga di set penggambaran.

Gaya Hidup Tue, 27 Feb 2018

5 Benda Di Rumah Ini Anda Tak Pernah Terfikir Pun Nak Cuci Tapi Sebenarnya Patut!

Bila nak bersihkan rumah, bukan setakat sapu dan mop lantai, atau lap dan susun perabot je tau. Sebenarnya ada beberapa alat atau perkakas rumah yang anda selalu pakai tapi mungkin tak pernah terfikir nak cuci. 

Gaya Hidup Tue, 5 Jun 2018
Featured Mon, 12 Nov 2018

Ketahui Logo Halal Dari Seluruh Dunia Yang Diiktiraf Jakim

Teliti dahulu logo halal sebelum membeli!

Featured Fri, 20 Jan 2023

Berangkat Ke Tanah Suci Tanpa Anak, Alif Teega & Aisyah Hijanah Ingin Fokus Ibadah

Personaliti media sosial, Alif Teega bersama isterinya, Aisyah Hijanah berangkat ke Makkah berdua tanpa kehadiran anak-anak mereka. @alifteegaAlhamdulillah❤️ rezeki jadi tetamu Allah. Doakan Alif dan Aisyah selamat pergi dan pulang. Sedih tinggal deejah dan Hassan […]

Featured Sat, 14 Dec 2019

Sukar tidur? 5 tanaman ini mampu buat tidur lebih nyenyak

Tidak perlu lagi bergantung pada pil tidur

Featured Fri, 20 Dec 2019
error: Content is protected !!