Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops December 20, 2019 @ 3:45pm

Kahwin dengan pokok, selimut. Ini antara perkahwinan pelik di dunia

Kebiasaannya hujung tahun menjadi pilihan ramai untuk mendirikan rumah tangga. Ikatan perkahwinan adalah sesuatu yang suci dan biasanya dirujuk kepada penyatuan dua jiwa antara manusia.

Tapi, masih ada juga perkahwinan aneh di dunia ini yang membabitkan bukan sahaja antara manusia dan benda, malah juga dengan haiwan.

perkahwinan pelik

Bukan sahaja objek tidak bernyawa, ada wanita sanggup berkahwin dengan haiwan kesayangan. Kredit foto: Pinterest

Pelik, tapi itulah realiti yang dihadapi pada era milenia ini. Jom semak perkahwinan pelik di mana pasangan pengantinnya bukanlah manusia tapi sesuatu yang memang tidak tercapai dek akal manusia.

1. Karpet

Seorang wanita berusia 26 tahun melangsungkan perkahwinan bersama-sama karpet kesayangannya yang diberi nama ‘Mat.’

Bekki Cocks yang juga merupakan ibu tunggal kepada dua anak ini sangat menyayangi Mat kerana karpetnya itu sering menjadi pendengar setianya.

perkahwinan pelik Bekki and Mat

Kredit foto: I Am Lejen

Menurut laporan The Sun UK, Bekki memberitahu tidak dapat membayangkan hidupnya tanpa Mat di sisi dan berjanji akan menyintai ‘pasangannya’ itu sehingga ke akhir hayat.

Bekki turut berkongsi tidak sabar untuk menyambut perayaan Krismas yang bakal menjelang nanti bersama-sama Mat. Bagaimanapun, terdapat sumber mengatakan perkahwinan ini adalah untuk mempromosikan produk penjagaan rumah, Dr Beckmann.

2. Pokok

perkahwinan pelik di dunia

Kredit foto: New York Post

Menerusi portal Metro UK, wanita bujang di Mexico dilaporkan berkahwin dengan pokok kerana ingin menyelamatkan serta memelihara sumber alam semula jadi.

perkahwinan pelik dengan pokok

Wanita Mexico sanggup ‘berkahwin’ dengan pokok kerana mahu memelihara alam semula jadi. Kredit foto: Metro UK

Upacara perkahwinan yang berlangsung di San Jacinto, Amilpas di wilayah Oaxaca, Mexico, ini dilakukan sebagai satu inisiatif bagi membanteras kegiatan pembalakan haram yang semakin meningkat di wilayah tersebut.

3. Selimut

Seorang wanita berusia 49 tahun berkahwin dengan cinta hatinya, selimut di Rougemont Gardens di Exeter, Devon pada 10 Februari 2019.

Pascale Sellick nekad mengahwini ‘pasangannya’ kerana mendakwa selimut adalah “hubungan paling intim, boleh dipercayai dan merupakan pelukan terhebat” yang pernah dimilikinya.

4. Lampu chandelier

perkahwinan pelik

Amanda sanggup menukar nama keluarganya kerana terlalu menyayangi pasangannya. Kredit foto: The Sun

Pernah obses dengan Statue of Liberty, Amanda Liberty atau nama sebenarnya Amanda Whittaker kini beralih cinta dengan lampu chandelier.

Memiliki 25 koleksi lampu gantung, wanita berusia 35 tahun itu mengakui jatuh cinta dengan sebuah lampu yang berusia 91 tahun yang dibelinya menerusi laman membeli-belah dalam talian eBay.

perkahwinan pelik

Kredit foto: Mirror

Amanda memberikan nama Lumiere kepada cinta hatinya dan mengakui bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya itu.

Menurut Amanda, dia tahu ramai yang menganggap dirinya pelik kerana tertarik dengan lampu, tetapi mengakui dirinya bukan seorang yang gila dan hanya mengikut kata hatinya.

5. Permainan taman tema

perkahwinan pelik

Amy Wolfe mula jatuh cinta dengan permainan taman tema sejak umur 13 tahun. Kredit foto: Top Tenz

Amy Wolfe yang berasal dari New York, Amerika Syarikat mula jatuh cinta dengan permainan taman tema sejak berusia 13 tahun.

Amy berkahwin dengan 1001 Nachts iaitu sebuah permainan taman tema permaidani 80 kaki yang terdapat di taman tema Knoebels. Wanita ini juga sanggup menukar namanya kepada Amy Wolfe Weber, di mana Weber merupakan nama pengilang bagi permainan tersebut.

Selain kisah di atas, terdapat banyak lagi perkahwinan pelik yang berlaku di dunia ini. Antaranya kisah Amanda Rodgers yang berkahwin dengan anjing peliharaannya iaitu baka Sheba pada Ogos 2012 dalam satu majlis perkahwinan di Split, Croatia.

perkahwinan pelik di dunia

Kredit foto: Histecho

Bukan setakat haiwan, ada juga yang berkahwin dengan hantu di mana seorang wanita Amanda Sparrow Large berkahwin dengan hantu lanun dari era 1700. ‘Pasangan’ ini berkahwin di atas sebuah bot di sebuah perairan antarabangsa Ireland.

Kenyataannya, semakain ramai individu pelik di dunia ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 15 Nov 2024

Tersenarai Dalam Malaysian Book Of Records, ‘Bekpes Hot Berjaya Tawan Puncak Kinabalu’

“Bekpes Hot Tawan Puncak Kinabalu” sekaligus menerima Malaysian Book Of Records

Featured Wed, 18 Sep 2019

Al-Ikhsan lancar tudung sukan mudah kering

Guna fabrik berasaskan Smartdry Technology

Featured Fri, 20 Jan 2023
Cahaya Mata Wed, 18 Jan 2023
Featured Mon, 13 Mar 2023
Events Wed, 7 Feb 2024

Rezeki Jual Bundle, Bukti Neo Mampu Tepis Kata Hinaan… Kini Tampil Dengan Single ‘Oh Ibu’

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak ada siapa yang tahu kan…. Moga terus berjaya Neo!❤️😍

Featured Wed, 15 Jan 2025

Neelofa Kongsi Tips Jodoh, Netizen Sempat Mengusik: “Patut Bagi LMK Juga”

Noor Neelofa Mohd Noor mencuri tumpuan selepas diminta peminat untuk berkongsi tips mencari jodoh.

Featured Sat, 28 Dec 2024

Abby Abadi Jadi Mangsa Scammer Gara-Gara Mahu Ramai Follower – “Senang Sangat Terpengaruh”

Abby mengaku insiden yang berlaku berpunca daripada khilafnya.

error: Content is protected !!