Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 10, 2026 @ 10:38am

Keeth Lancar EP ‘Hollywood Diaries’, Buktikan Rock Malaysia Mampu Tembus Pasaran Global

Bintang rock tempatan yang semakin mencuri perhatian, Keeth bakal mencipta satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan seninya menerusi pelancaran lagu ‘extended version’ (EP) terbaharunya berjudul, Hollywood Diaries.

Hollywood Diaries berkenaan akan diperkenalkan secara rasmi menerusi satu sidang media eksklusif yang berlangsung di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 7 Mei depan hasil kerjasama Sony Music Malaysia dan SWYM Entertainment.

Pelancaran tersebut dilaksanakan selepas kejayaan Keeth meraih gelaran Naib Juara di pertandingan Asia New Beat Grand Finals yang berlangsung di Bangkok pada 21 Mac lalu.

Kejayaan itu sekali gus mengukuhkan lagi nama penyanyi dan multi-instrumentalis berkenaan sebagai antara figura rock Malaysia yang mempunyai potensi besar untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Bukan nama asing dalam dunia muzik, Keeth sebelum ini pernah membuka persembahan untuk bekas pemain dram Steven Adler di venue ikonik Whisky A Go Go selain mewakili Malaysia ke pertandingan World Championship of Performing Arts dan membawa pulang enam pingat emas serta gelaran Division Champion.

Selain itu, Keeth juga pernah membuat persembahan di festival antarabangsa seperti Byron Bay Bluesfest dan Bali Blues Festival selain menjadi vokalis utama kumpulan legenda May di hadapan puluhan ribu penonton.

Menurut Keeth, Hollywood Diaries bukan sekadar sebuah EP, sebaliknya refleksi perjalanan hidup dan perjuangannya sebagai anak Malaysia dalam membawa muzik rock ke peringkat global.

“Setiap lagu mempunyai identitinya sendiri, tetapi semuanya dihubungkan melalui heavy riffing.

“Album ini banyak berkisar tentang kehidupan saya di Los Angeles dan interpretasi saya terhadap apa itu rock n roll,” katanya.

Keeth berkata demikian ketika ditemui pada sidang media eksklusif yang berlangsung di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambahnya, EP tersebut turut memuatkan single istimewa berjudul Fallin’ (Oceans) yang diinspirasikan daripada minatnya terhadap puisi, sukan surfing serta pengalaman mengenali budaya dan manusia sepanjang berada di luar negara.

“Terdapat sebuah single istimewa dalam album ini berjudul Fallin’ (Oceans). Ia bermula daripada minat saya terhadap puisi.

“Lagu ini mewakili spektrum emosi dan idea saya tentang cinta, dicampurkan dengan bunyi Indonesia dan muzik rock,” jelasnya.

Dirakam di Los Angeles, Indonesia dan Malaysia, Hollywood Diaries menampilkan gabungan elemen rock berat, blues, gospel dan eksperimen sonik rentas budaya yang memperlihatkan evolusi muzik Keeth ke arah lebih matang dan bertaraf antarabangsa.

Dalam masa sama, penyanyi itu berharap kemunculannya mampu membuka mata dunia bahawa pemuzik Malaysia juga mampu berdiri sama tinggi dengan artis antarabangsa.

“Hari ini dunia saling berhubung secara digital. Apa yang saya mahu tunjukkan ialah pemuzik dari Malaysia mampu membawa muzik kita, terutamanya muzik rock, ke tahap antarabangsa tanpa sebarang batasan.

“Saya berasal dari Malaysia, letakkan saya di mana-mana pentas sekalipun saya bersedia untuk Rock n Roll,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Oct 2022
Featured Tue, 25 Oct 2022

Cantik Macam Anak Patung, Kecantikan Sharifah Husna Curi Tumpuan

Pelakon, Sharifah Husna Syed Feizal kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Halim Radzi yang juga merupakan seorang pelakon dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di kediaman Husna di Kajang, Selangor pada jumaat. […]

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

30 Mei 2026 Tarikh Baharu Konsert ‘For You’ Nourul

Konsert For You Nourul yang bakal berlangsung di Zepp KL dijadualkan semula pada 30 Mei 2026.

familuv Tue, 1 Jan 2019

Bila Jadual Harian Anak Terlalu Padat Dengan Pelbagai Aktiviti, Ini Akibatnya!

Kanak-kanak bukan saja hilang tumpuan untuk belajar tetapi juga selera makan!

Hiburan Thu, 3 Apr 2025
Hiburan Tue, 11 Dec 2018

‘Filem Belum Ada Tajuk Bukan Gimik’ – Mawi

Mawi yang memilih tema komedi Islamik memberitahu filem itu dijangka berada di pawagam sekitar Mac tahun depan.

Trending Fri, 9 Aug 2019

“We are Completely Overwhelmed”, Nora Anne’s Family Expresses Gratitude

It has entered the fourth day of Nora Anne Quoirin‘s search and rescue operation, which shocked the whole nation when the Irish teenager went missing on last Sunday — August 4th, in Dusun resort Seremban. Ever […]

error: Content is protected !!