Euforia Bola 2026
Parenting By: tex_admin February 27, 2018 @ 3:19pm

Anak Mudah Jatuh Sakit Gara-Gara Alat Permainan Penuh Bakteria? Cuba 8 Tips Ini

Pernah tak korang terfikir alat permainan yang anak-anak korang suka itu sebenarnya ada bakteria? Hmm, perkara ini jangan ambil mudah tau! Jika alat permainan atau permukaan tempat si kecil tidak bersih, bakteria dan virus akan mudah berpindah dengan jayanya kepada mereka sekaligus meningkatkan risiko jangkitan. JAGA-JAGA!

https://parentinghub.co.za/wp-content/uploads/2015/04/o-CHILDREN-PLAYING-WITH-TOYS-facebook.jpg

Mesti terlintas dekat fikiran korang, membersihkan alat permainan anak adalah perkara yang sukar kan? Tidak sebenarnya, ikuti 8 tips yang mudah dan selamat ini bagi memastikan alat permainan anak bebas daripada bakteria.

1. Letakkan LEGO mereka dalam netting pakaian dan cuci menggunakan mesin basuh setiap bulan.

https://my.theasianparent.com/membersihkan-barang-mainan-kanak-kanak/

Korang juga perlu bersihkan LEGO selepas playdates juga tau, terutamanya jika anak-anak korang suka meletakkan alat permainan ke dalam mulut. Kena ingat, bakteria boleh merebak melalui air liur. 
 
2. Rendamkan rambut kusut patung Barbie ke dalam larutan pelembut kain dan air panas.
 

https://my.theasianparent.com/membersihkan-barang-mainan-kanak-kanak/

Kalau anak korang mempunyai beberapa patung Barbie, gunakan periuk besar dan besen mandi dengan larutan 1/4 cawan pelembut pakaian dan air panas. Rendamkan selama 10 minit.

Jika merendamkan satu patung Barbie sahaja, gunakan cawan dengan larutan satu atau dua sudu besar pelembut pakaian dan air panas.

Kalau nak lebih mudah, gunakan perapi rambut untuk menghilangkan kusut pada rambut anak patung Barbie dan bilas menggunakan air sahaja.

https://my.theasianparent.com/membersihkan-barang-mainan-kanak-kanak/

 
3. Cuci soft toys satu demi satu yang dimasukkan dalam netting pakaian menggunakan mesin basuh.
 

https://my.theasianparent.com/membersihkan-barang-mainan-kanak-kanak/

Tidak digalakkan untuk korang campurkan sekali soft toys dengan pakaian bagi mengelakkan warnanya luntur sekaligus akan mengotorkan pakaian dan soft toys tersebut.

4. Rendam alat permainan plastik ke dalam larutan hidrogen peroksida.

Kalau korang nak tahu, hidrogen peroksida digunakan sebagai pengoksida, agen pelunturan dan pembasmi kuman. 

https://my.theasianparent.com/membersihkan-barang-mainan-kanak-kanak/

Korang boleh letakkan alat permainan tersebut ke dalam mangkuk yang besar atau baldi, kemudian tuangkan hidrogen peroksida hingga menutupi mainan. Ia akan bergelembung seketika, korang jangan panik pulak! Apabila tidak bergelembung lagi, keluarkan dan biakan ia kering.

5. Bersih dan hilangkan bau busuk alat permainan dengan menggunakan natrium bikarbonat atau lebih dikenali sebagai baking soda.

Korang boleh larutkan 4 sudu besar baking soda dalam 1 liter air suam. Basuh alat permainan tersebut dengan menggunakan span atau kain yang lembap dan bersih. Kemudian, bilas dan keringkan.

6. Rendamkan alat permainan mandi dakam larutan cuka.
 

https://my.theasianparent.com/membersihkan-barang-mainan-kanak-kanak/

 
Kalau korang perasan, alat permainan mandi anak korang mesti akan penuh dengan kulat hitam ia adalah disebabkan oleh air yang terperangkap. Bagi menghilangkannya, gabungkan satu bahagian cuka putig dengan dua bahagian air suam. Rendamkan mainan selama 10-15 minit. Korang mungkin perlu menggunakan sesuatu untuk menahan alat permainan itu daripada terapung ke atas.
 
Alat permainan tersebut perlu terendam sepenuhnya dalam larutan cuka suam. Asid dalam cuka tersebut akan menanggalkan kulat hitam. Kemudian, bilas dengan air. 

 Korang juga boleh sumbatkan lubang pada mainan itu dengan menggunakan glue gun.

7. Gosok ubat gigi pada alat permainan yang terkena kesan pen penanda kekal.

https://my.theasianparent.com/membersihkan-barang-mainan-kanak-kanak/

8. Gunakan campuran cuka dengan air untuk membasmi kuman pada alat permainan kayu.

https://my.theasianparent.com/membersihkan-barang-mainan-kanak-kanak/

Korang boleh campurkan satu bahagian cuka dan satu bahagian air dalam botol semburan, kemudian sembur pada kaian lembut. Lap pada mainan kayu dengan kain dan biarkan kering.

Campurkan satu bahagian cuka dan satu bahagian air dalam botol semburan, kemudian semburan pada kain lembut. Lap mainan kayu dengan kain dan biarkan kering.

So, korang mesti cuba langkah mudah ini agar anak kesayangan korang bebas bakteria dan kuman! Good Luck!

Sumber: https://my.theasianparent.com/membersihkan-barang-mainan-kanak-kanak/

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 31 May 2018

Boleh Cuba Menu Pasta Ini Kalau Anak Anda Dah Bosan Makan Bubur Nasi

Menu pasta ini pasti menjadi kegemaran si manja anda!

familuv Sat, 19 Oct 2019

6 cara ajar anak jadi orang yang baik hati

Jangan biar anak jadi pembuli!

Parenting Tue, 17 Apr 2018

4 Cara Untuk Kekalkan Sistem Penghadaman Yang Sihat Untuk Anak Kesayangan Anda

Anak perlu memiliki sistem penghadaman yang sihat bagi memastikan badan mereka bebas daripada toksik yang boleh membahayakan tubuh dan membekalkan tubuh anak dengan nutrien yang diperlukan.

Cahaya Mata Sat, 27 Aug 2022

Kagum Lihat Perkembangan Fatima! Fazura Akui Cerewet Pilih Pemakanan Anak & Hadkan Gajet

Setiap ibu mesti nak kan yang terbaik untuk anak-anak, macam tu jugak dengan Fazura 😊

Parenting Tue, 24 Apr 2018

Lindungi Anak Daripada Pemangsa Seksual Dalam Talian, Ini 7 Cara Untuk Protect Mereka

Penggunaan gajet tanpa pengawasan boleh mengundang bahaya kepada anak kerana mereka adalah sasaran yang mudah buat pemangsa seksual dalam talian.

Featured Fri, 11 May 2018

Wahai Para Ibu, Jangan Pernah Rasa Bersalah Lakukan 6 Perkara Ini

Mungkin anda rasa bersalah melakukan 5 perkara ini kepada anak ada.

Parenting Mon, 9 Apr 2018

Dinobat Si Cilik Meletop, Hadiah Ulang Tahun Pertama Paling Indah Buat Pipi Pao!

Melemparkan senyuman manis, Arif Jiwa Asyraf, yang baru saja meraikan ulang tahun pertamanya pada 31 Mac lalu, seakan mengerti kemenangannya semalam di Anugerah Meletop Era 2018 menerusi kategori Si Cilik Meletop.

Acara Thu, 13 Jun 2019
Parenting Fri, 1 Feb 2019

Amalkan membaca tujuh doa ini untuk kejayaan masa depan dan keperibadian mulia anak-anak

Sejauh mana ibu bapa mengamalkan tujuh doa ini atau tidak pernah langsung? 

Featured Tue, 22 Mar 2022

Didakwa Tiada Rasa Empati, Netizen Berang Dr. Sheikh Muszaphar Beri Tips Pujuk Isteri Tambah Anak

Ada segelintir netizen yang terkesan sehingga berkata Dr. Sheikh Muszaphar tidak pernah rasa sakit bersalin.. Apa kes ni?

error: Content is protected !!