Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Atiqah Johari August 27, 2022 @ 6:30pm

Kagum Lihat Perkembangan Fatima! Fazura Akui Cerewet Pilih Pemakanan Anak & Hadkan Gajet

Selebriti terkenal, Fazura mengakui bahawa bergelar seorang ibu bukanlah satu tugas yang mudah kerana dia mahukan yang terbaik buat anaknya, Fatima.

Oleh itu, Fazura sangat tegas dan berdisiplin dalam memastikan perkembangan dan pemakanan puterinya itu terjaga.

Memetik laporan Sirap Limau, Fazura memaklumkan bahawa dia menghadkan penggunaan gajet buat anaknya dan hanya membenarkan Fatima menggunakan gajet untuk tujuan bermain, mendengar lagu didikan dibawah pantauannya atau suami.

Jelas Fazura, dia akan meluangkan masa bersama anaknya pada setiap hujung minggu dengan membawa anaknya keluar dan belajar perkara baru.

“Hujung minggu pula hanya untuk Fatima sahaja. Kami akan bawa dia keluar ke taman atau ziarahi keluarga. Kami mahu Fatima seronok belajar perkara baru, berkawan, bergaul dan bermain dengan sepupu-sepupu kerana hari-hari biasa, dia hanya di rumah sahaja,” katanya.

Ketegasan dan usaha isteri kepada pelakon Fattah Amin itu berbaloi apabila melihat perkembangan anaknya bergerak pantas dari aspek sosial, fizikal dan juga emosi.

“Faz sendiri kagum tengok perkembangan Fatima sekarang yang makin berkemahiran sosial. Contohnya, Fatima boleh memberi salam dan menyebut nama mama dan papa, pandai mengambil berat dengan memeluk mama serta saudara mara. Semua perkembangan ini menunjukkan minda dan emosi Fatima berkembang pantas!, “ ujarnya kepad Sirap Limau.

Untuk info, Fazura dan Fattah Amin telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan tersebut merupakan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 2.

Sumber: Sirap Limau

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Jun 2025

“Tak Sangka Dia Artis Didakwa Terbabit Kes Amang Seksual” – Zed Zaidi

‘luar nampak baik, tapi ternyata sebaliknya’ – Zed Zaidi

Hiburan Tue, 8 Oct 2019
Hiburan Thu, 10 Nov 2022

“Aku Bukan Tak Nak Support Industri Muzik Malaysia, Tapi…” – Netizen Kritik Lagu Baru Ratu Farah

Bagi pengguna tegar aplikasi TikTok, pasti ramai mengenali Ratu Farah Diva yang sering memuat naik video ‘pick up lines’ dan tarian sehingga mencuit hati penonton. Terbaharu, pempengaruh TikTok itu sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila […]

Featured Thu, 21 Nov 2024

PU Riz Anggap Simpan Foto Anak Dalam Dompet Sebagai ‘Old Is Gold’ … Sempat Titip Pesan Buat Bapa Muda

Muhammad Haris Mohd Ismail berkongsi  bahawa dia masih lagi menyimpan foto-foto anaknya di dalam dompet.

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Featured Thu, 1 Sep 2022
Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Rebecca Nur Islam Dikecam Netizen!

Ini gara-gara Datin Rebecca memegang lengan usahawan yang digelar ‘Datuk Terlajak Laris” iaitu Datuk Seri Aliff Syukri

error: Content is protected !!