Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 5, 2025 @ 6:15pm

“Tak Sangka Dia Artis Didakwa Terbabit Kes Amang Seksual” – Zed Zaidi

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, 45, meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular didakwa terlibat dalam kes amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, Zed, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, mengakui tidak mudah untuk menjangka perangai sebenar seseorang.

“Saya benar-benar terkejut. Kita tidak pernah menjangka dia yang terlibat. Tapi itulah hakikat dunia sekarang, apa saja boleh berlaku.

“Ada kalanya seseorang kelihatan baik, tapi ternyata sebaliknya. Kadang-kadang pula yang nampak ‘jahat’, sebenarnya tidak begitu. Sekarang memang susah untuk kita jangka perangai sebenar seseorang,” katanya.

Zed turut menyuarakan kebimbangannya terhadap kemajuan teknologi masa kini, khususnya kecerdasan buatan (AI), yang menurutnya boleh menjadi satu ancaman baharu kepada golongan selebriti.

Dalam masa sama, Zed turut menasihati para artis agar lebih berhati-hati, khususnya dalam pergaulan dan interaksi dengan individu di bawah umur serta kanak-kanak.

“Kes melibatkan gangguan seksual dan cabul terhadap kanak-kanak serta bawah umur kini dianggap sangat serius.

“Artis juga perlu lebih peka, terutamanya dalam penggunaan media sosial. Zaman sekarang tidak sama seperti dahulu. Namun, dalam sesetengah kes, kita juga tak boleh meletakkan kesalahan sepenuhnya pada artis.

“Tetapi apabila sesuatu isu melibatkan selebriti, ia cepat menjadi tular dan lebih mendapat perhatian daripada masyarakat serta pihak media,” ujarnya lagi.

Zed turut menasihati golongan artis agar tidak terlibat dalam sebarang perlakuan yang boleh menimbulkan syak wasangka atau kontroversi.

“Apabila artis ditahan dan hanya didakwa tanpa dibuktikan bersalah, masyarakat tidak seharusnya membuat tuduhan melulu.

“Proses siasatan mengambil masa, dan hanya mahkamah yang berhak memutuskan kesalahan individu. Selepas itu barulah pihak persatuan akan meneliti tindakan lanjut yang sesuai,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal telah ditahan polis selepas dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.

Artikel Berkaitan: Penyanyi Popular Ditahan Polis Terpalit Kes Amang S*ksual Babitkan Remaja 17 Tahun

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Mon, 26 Aug 2024
Hiburan Thu, 18 Apr 2019

‘ Saya Belum Sampai Tahap Jadi Ustaz’- Syafiq Kyle Harap Penonton Faham

Jangan fikir saya seperti Ustaz Adam yang imannya betul-betul kukuh…

Contest Wed, 2 Oct 2019

Single “Andai Nanti” Serlah Kematangan Vokal Mu’izz Zulqarnain

Terus support Mu’izz dan jangan lupa tonton video klip Andai Nanti okay!

Featured Fri, 22 May 2026

Yusry Sebak Imbas Momen ‘Gagal’ Pergi Haji Bersama Isteri Tercinta

Datuk Yusry Abdul Halim sebak ketika berkongsi mengenai ujian yang terpaksa dilalui apabila tidak dapat menunaikan ibadah haji bersama isteri tercinta, Datin Lisa Surihani.

Featured Sat, 27 Sep 2025

Terus Cipta Fenomena, Alpha Lancar MV ‘P Ramlee Saloma’

Alpha, terus mencipta fenomena menerusi single terbaharu mereka berjudul “P Ramlee Saloma”.

Cahaya Mata Fri, 14 Jul 2023
Trending Mon, 30 Jul 2018

Peminat Sukan Hiking, Iesmawadi Temui Ajal Sejurus Tawan Gunung Rinjani

Siti Nur Iesmawida Ismail, 30, temui ajal selepas beberapa jam menawan puncak Gunung Rinjani.

error: Content is protected !!