Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin March 16, 2018 @ 10:27am

Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Mewah Yang Wajib Anda Kunjungi!

Bagi anda yang sedang merancang untuk bercuti bersama keluarga tetapi tidak tahu hendak pergi mana, Lexis Hibiscus Port Dickson antara salah satu destinasi yang boleh anda kunjungi! Hotel ini merupakan salah satu hotel yang bertaraf lima bintang dan  pastinya menjanjikan 1,001 pengalaman percutian yang indah bersama insan tersayang.

Terletak kira-kira 120 kilometer dari Kuala Lumpur, Lexis Hibiscus merupakan pusat peranginan terapung yang menjadi mercu baharu kepada pelancong dengan konsep reka bentuk bunga raya. Menarik kan?

Foto : Agoda

Di Port Dickson, hotel ini antara satu-satunya hotel yang menyediakan kolam renang dan kemudahan sauna dalam setiap bilik. Hotel ini menyediakan 639 villa yang dilengkapi kolam renang yang terdiri daripada 117 bilik menara dan 522 bilik villa atas air. Best kan?

Selain itu, hotel ini yang menelan belanja hampir Rm400 juta telah mencipta rekod baharu di negara ini dengan menjadi hotel pertama yang dilengkapi kolam renang bagi setiap bilik dan bilik mandi wap untuk bersantai serta melakukan aktiviti bagi tujuan beristirehat. 

Bukan itu je tau, hotel ini juga telah mencatat sejarah yang membanggakan bagi industri pelancongan Malaysia apabila dinobatkan Guiness World Records bagi dua kategori. Rekod pertama adalah bagi kategori Resort Kolam Renang Terbanyak (643) Di Dunia dan Resort Dengan Villa Di Atas Air Terbanyak (522) di Dunia. Hebat!

Foto : Agoda

Jom kita tengok kecantikan dan kemewahan Lexis Hibiscus Port Dickson ini, cuci-cuci mata sikit!

Foto : Agoda

Foto : Agoda

Foto : Agoda

Foto : Agoda

Foto : Agoda

Foto : Agoda

Foto : Agoda

Foto : Agoda

Foto : Agoda

Foto : Agoda

Terpukau tak? Di sini juga bukan sahaja dapat menikmati kolam renang di dalam bilik tetapi boleh melakukan pelbagai aktiviti outdoor yang pasti happening! Antaranya seperti berbasikal, memanah dan watersport. 

Untuk pengetahuan anda juga, Lexis Hibiscus Port Dickson menyediakan beberapa jenis bilik daripada harga yang paling rendah sehinggalah paling tinggi. Tetapi harga bilik bagi yang paling rendah boleh tahan juga tau harganya, yang pasti berbaloi dengan kemewahan hotel ini! Jom tengok senarai harga mengikut kategori bilik:

1. Executive Pool Villa (RM700 – RM950)

2. Premium Pool Villa (RM800 – RM1,000)

3. Panorama Pool Villa (RM1,100 – RM1,300)

4. Sky Pool Villa (RM950 – RM1,000)

5. Imperial Suites (RM3,500 – ke atas)

6. Presindential Suites (RM5,000 – ke atas)

Jadi, apa lagi jom nikmati keseronokkan percutian mewah di hotel ini! 

Sumber:mStar, Orangnogori

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Apr 2023
Featured Fri, 28 Jun 2024
#tilljannah Tue, 6 Dec 2022

Syifa Jadi Pelaris, Aksi Adik Beradik Melvin Undang Tawa Netizen – “Depa Tak Nak Beli Kalau…”

Adik kepada Syifa Melvin, Syida Melvin tular di media sosial kerana mempromosikan barangan kosmetik semasa sesi live di TikTok. @syida.melvin Kita dok kalot sembang pasai Glowrizer yg depa dok kalot nak tengok SIFA SIFA SIFA […]

Featured Tue, 28 Dec 2021

“Betapa Jijiknya Kita Kalau Masih Merungut Tentang…” – Azhan Rani Sedih Penduduk Pedalaman Masih Tak Dapat Bantuan Banjir

Pelakon Azhan Rani yang juga merupakan seorang individu aktif membantu mangsa-mangsa terjejas banjir berkongsi pengalaman berjumpa dengan seorang mangsa banjir yang hilang tempat berteduh di Kampung Batu Kapor, Mentakab, Pahang. Melalui hantaran Instagram miliknya, Azhan […]

Featured Sun, 19 Apr 2020

Tempoh pendaftaran kelahiran, kematian dilanjutkan

Denda turut dimansuhkan sekiranya lambat daftar

Featured Fri, 9 Feb 2024
error: Content is protected !!